DDH 1: Berita Mengejutkan

452 43 0
                                    

Pada waktu makan malam, semua pelajar Hogwarts berkumpul mengikut kumpulan masing-masing. Makanan-makanan yang dihidangkan begitu menaikkan selera para pelajar yang makin kelaparan.

Tempat Gryffindor

"Hei, mana Mesut?"tanya Marco kepada Rose.

"Aku tak tahu, Llama,"kata Rose.

"Tolong hormat sepupu Jerman kau, boleh?"kata Marco.

"Yalah,"kata Rose sambil mengerlingkan matanya.

Tempat Slytherin

"Gelojohnya kau makan,"kata Albus kepada Scorpius.

"Kau nak ayam?"Scorpius menghulurkan paha ayam panggang yang sangat besar kepada Albus.

"Nak,"kata Albus sambil mengangguk laju lalu merampas paha ayam itu daripada Scorpius.

"Korang berdua memang gelojoh,"kata Merula.

"Kitorang makan untuk hidup...bukan macam kau,"kata Scorpius.

"Jangan nak memandai-mandai hina dia pula!"kata Hayley yang duduk di samping Merula.

"Albus, jom pindah ke tempat lain...tak selera pula nampak si rambut ungu ni,"kata Scorpius yang mengajak Albus ke tempat lain.

"Nasib baik ada tempat kosong...kalau tak tentu kita dah makan kat lantai dah,"kata Scorpius.

"Tapi kita berdua aje yang ada kat sini,"kata Albus.

"Hei, Albus dan Scorpius!"seorang perempuan berambut kuning cair dan berambut kerinting datang kepada mereka.

"Hei, Adeline!"Scorpius menyapa Adeline Ackerman, pelajar tahun pertama Slytherin yang duduk dihadapan mereka.

"Kenapa kamu ada di sini?"tanya Adeline.

"Kami tak selesa dengan si Glitch tu,"kata Scorpius.

Adeline ketawa.

"Kasihannya budak tu...dia hanya berkawan dengan budak-budak yang setaraf dia je,"kata Adeline.

"Maksud awak?"tanya Albus.

"Dia hanya berkawan dengan budak-budak yang sama keturunan dia je,"kata Adeline.

"Sama keturunan?"Scorpius curiga.

"Apa maksud awak yang sama keturunan tu?"tanya dia lagi.

"Hayley berasal dari sebuah keluarga sihir yang kuat dari sebuah pulau terpencil berdekatan dengan Antartika...saya dengar keluarga tu boleh mengawal lima elemen Bumi iaitu api, tanah, ais, air dan angin,"kata Adeline.

"Maksudnya, Hayley boleh mengawal lima elemen tu?"tanya Albus.

Adeline mengangguk.

"Merula Synde, pelajar yang mengaku kuat tu pun sama keturunan dengan Hayley juga,"kata Adeline.

"Jadi, mereka tu memang tak boleh dikalahkan lah,"kata Scorpius.

"Tak semestinya,"kata Adeline. "Kalau dia tak pandai gunakan kuasa lima elemen dia tu, dia boleh kehilangan kuasa dia dan menjadi ahli sihir biasa."

"Oh, begitu,"kata Albus.

~~~

McGonagall mengetuk kaki cawan kaca dengan sudu untuk memberi perhatian kepada semua pelajar yang sibuk berborak.

"Perhatian kepada semua pelajar! Saya mahu umumkan sesuatu,"kata McGonagall. "Disebabkan sesi persekolahan kita akan menuju ke bulan Jun tak lama lagi, pihak sekolah akan membuat ujian akhir tahun kepada semua pelajar."

"Ujian?"kata segelintir pelajar kepada rakan-rakan mereka masing-masing.

"Oh tidak! Ujian akhir datang lagi,"kata Marco sambil meletakkan tangannya di pipi.

"Ujian akhir? Menarik!"kata Rose.

"Kau kata ujian akhir tu sesuatu yang menarik? Maaflah sebab soalan ujian semuanya susah tau!"kata Marco.

"Itu membuktikan kau tak pandai!"Rose menyindir Marco.

"Sh*t,"Marco mencarut.

"Siapa pelajar terbaik di tahun kau?"tanya Lily kepada Marco.

"Mesut dan Richard,"kata Marco.

"Mesut? Mesut Özil ke?"tanya Rose.

Marco mengangguk.

"Dia memang pandai ke?"tanya Lily.

"Ya, dia boleh baca pemikiran orang dan meramal sesuatu kejadian,"kata Reus.

"Betullah,"gumam Lily kepada Rose.

"Apa yang betul?"tanya Rose.

"Dia memang genius,"kata Lily lagi lalu memalingkan wajahnya ke arah Marco semula.

"Jangan kau kata yang dia genius, dia baik semua tu...dia tu sebenarnya bongkak, sombong dan tak bermoral,"kata Marco yang seolah-olah marah dengan sikap rakannya itu.

"Tapikan dia kawan baik kau,"kata Rose.

"Walaupun dia kawan baik aku, aku tak layan langsung pun dia,"kata Marco.

Marco ternampak Mesut yang duduk bersama kawan-kawannya yang lain.

"Tengok tu dia selalu abaikan aku. Nak juga dia berkawan dengan para senior Gryffindor tu,"kata Reus.

"Budak yang badan besar dan berambut coklat tu Michael Dane, adik lelaki dia pelajar tahun keempat di Ravenclaw dan nama dia Aaron Dane."

"Yang gigi dia ada braces tu?"tanya Rose yang menudingkan jarinya kearah seorang lelaki berambut kuning gelap dan bercermin mata itu.

"Oh, itu pula Jackson Kennedy...pengawas Gryffindor tahun keenam,"kata Marco.

"Oh, begitu...jadi hari-hari Mesut pergi berkawan dengan senior tu?"tanya Lily.

"Setiap masa dan setiap waktu,"kata Marco.

"Dan kau diabaikan?"tanya Rose.

"Ya,"kata Marco.

"Kasihan,"kata Rose.

"Tak apa, dah biasa,"Marco menggigit perlahan nuggetnya.

~~~

"Aku takutlah dengan ujian tu...macam mana kalau aku gagal nanti?"tanya Scorpius kepada rakan-rakannya.

"Padan muka!"kata Hayley dan terus berlari.

"Biadapnya kau!"Scorpius pun mengejar Hayley.

Baru sahaja Scorpius mengeluarkan tongkat saktinya, tangannya dipegang oleh seseorang. Scorpius menoleh dan terpandang Mesut di belakangnya.

"Tak baik kau buat begitu kalau kau tak pandai,"kata Mesut.

"Apa maksud kau?"tanya Scorpius.

"Bagus kau bagi kerja ni kat aku,"kata Mesut. "Jom ikut aku!"

Scorpius pun mengikuti Mesut. Mereka mengekori Hayley ke mana sahaja dia pergi.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now