DDH 2: Bertemu dengan Flavia

107 11 2
                                    

"1 mata untuk Gryffindor!"

Semua pelajar Gryffindor bersorak dengan gol yang dijaringkan oleh Mesut itu.

"Sekarang bola Quaffle berada pada tangan chaser baru Gryffindor iaitu Jennie Kim. Tetapi dikejar oleh Scorpius yang segera memecut nimbus 2020nya."

"Jennie ada bakat dalam Quidditch,"kata McGonagall.

"Kita lambat ambil dia masa pemilihan dulu sebab kita terlepas pandang,"kata salah seorang guru kepada McGonagall.

"Oh itu dia! Jennie Kim meluru ke gegelung gol dan akhirnya 1 mata lagi untuk Gryffindor!"

"Finally!"Jennie menangis kegembiraan. Pelajar tahun kedua itu tidak dapat membayangkan betapa gembiranya dia ketika itu.

Sementara itu, Lily dan Hayley bersaing mendapatkan bola Snitch yang terbang menuju ke arah tempat penyokong Ravenclaw.

Luhan yang sedang memerhatikan mereka terus menundukkan kepalanya dan memerhati mereka yang mengejar bola Snitch itu.

"Thank God,"kata Luhan.

"Jagalah kau!"kata Hayley kepada Lily.

"Aku takkan menyerah,"Lily terus memecut laju dengan penyapu Nimbus 2020 nya.

Hayley dengan berang terus memecut laju penyapu terbangnya sehingga dia terlanggar gegelung gol Gryffindor.

"Aduh!"Hayley terus terjatuh ke bawah bersama penyapu terbangnya yang terlepas dari genggaman.

"Haha kasihan,"kata Sehun yang menjadi Keeper bagi pasukan Gryffindor.

Akhirnya Lily mendapat bola Snitch itu dan membawa kemenangan kepada pasukan Gryffindor. Wisel ditiup dua kali menandakan Gryffindor menjadi juara sekali lagi dalam kejohanan Quidditch Hogwarts. Semua warga Hogwarts bersorak gembira ke atas kemenangan mereka.

Malang tidak berbau, Lily telah hilang kawalan dan menyebabkan dia terjatuh di atas timbunan pasir yang lembut.

"Lily!"Tao terus mendapatkan Lily. "Kau okay ke?"

"Tangan aku,"kata Lily sambil menahan sakit.

"Tangan dia dah terluka!"kata Chanyeol. "Aku akan tolong kau ambilkan pembalut luka, Edi."

Tao hanya mengangguk sekilas sambil mendukung Lily.

~~~

Chanyeol datang bersama kit perubatan dan terus membalut tangan Lily yang cedera.

"Pembalut tu aku dah rendam dalam air rebusan herba. Harap-harap dapat sembuh dengan segera,"kata Chanyeol.

"Terima kasih Richard,"kata Lily.

"Sama-sama,"kata Chanyeol.

Asrama Gryffindor

Tao terus mendukung Lily masuk ke dalam biliknya. Dia telah mendapat keizinan daripada Ariana yang kebetulan berada di dalam bilik tersebut.

"Lily tak apa-apa ke?"tanya Ariana.

"Tak, dia akan okay,"kata Tao.

"Edi, terima kasih sebab dukung aku dari lapangan tadi sampai asrama. Erm, maaflah kalau menyusahkan kau,"kata Lily yang terbaring di atas katil kepada Tao.

"Eh, taklah! Aku ikhlas ni nak bantu kau...akukan sayangkan kau,"kata Tao sambil memegang kepalanya yang masih sakit akibat hentaman Bludger tadi, nasib baik Puan Pomfrey ada membawa ubat untuknya tadi.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now