Lily dan Rose sedang menikmati makan tengah hari mereka di Dewan Besar. Semasa mereka sibuk menikmati makan tengah hari mereka, seorang lelaki yang memakai jubah hitam dan bertopeng sedang berjalan melalui mereka sambil memerhatikan mereka dengan pandangan yang tajam.
"Siapa dia ni?"tanya Rose.
"Aku tak tahu,"kata Lily.
"Kau Violette Marmalade?"tanya lelaki itu.
Lily mengangguk.
Tiba-tiba, lelaki itu terus mengacungkan tongkat sihirnya ke arah Lily. Lily pula terus mengeluarkan tongkat sihirnya untuk melindungi dirinya sendiri.
"Expelliarmus!"
Lelaki itu terbuang jauh ke meja Slytherin sehingga menyebabkan makanan yang dihidangkan tumpah.
Semua pelajar kecuali Lily dan Rose segera keluar dari Dewan Besar tersebut kerana terlalu takut.
Lelaki itu terus membuka topengnya dan menampakkan mukanya yang bengis. Lelaki tersebut ialah Joni.
"Violette Marmalade,"kata Joni. "Kau muncul kembali selepas 13 tahun."
"Siapa kau?"tanya Lily.
Joni ketawa sinis."Siapa aku?"
Lily dan Rose terdiam.
"Lelaki ini menakutkanlah,"kata Rose.
"Akulah...Jonnisthon,"kata Joni.
"Orang suruhan Tom Jr!"kata Lily kepada Rose.
"Aku ditugaskan oleh Tom Jr untuk datang ke sini untuk mencari kamu,"kata Joni. "Hampir lagi aku daftarkan kau ke Triwizard tapi peraturan sekarang lebih ketat."
Lily mula mengerutkan dahinya.
"Jadi aku bercadang untuk datang ke sini dan terus bunuh kau!"kata Joni.
Joni terus mengacungkan tongkatnya ke arah Lily.
"Stupefy!"
Lily terus terjatuh. Lily bangun kembali dan mengacungkan tongkatnya ke arah Joni.
"Conjuctivitis!"
Tiba-tiba, pandangan Joni menjadi kabur dan dia tidak mampu melihat dengan sempurna.
"Arghh!"marah Joni. "Dari mana kau belajar tentang mantera ini?"
"Profesor Flitwick yang ajarkan,"kata Lily sambil ketawa.
"Kau main-main ya!"kata Joni lalu mengacungkan tongkatnya sekali lagi ke arah Lily walaupun pandangannya mula kabur.
"Imperio!"
"Finite Incantatem!"Lily berjaya menghentikan sumpahan yang tidak boleh dimaafkan itu.
McGonagall datang bersama Keiling, Filtwick, Slughorn dan para pengawas dari semua rumah untuk menyelamatkan keadaan. Harry bersama pasukan auror yang lain juga datang masuk ke dalam dewan tersebut.
Joni yang masih kesakitan cuba untuk memastikan dirinya masih kuat untuk melawan musuhnya itu.
Harry terus datang ke arah Joni bersama auror-auror yang lain.
"Jonnisthon!"kata Harry. "Kamu ditahan kerana membuat kekacauan di kawasan sekolah dan mengancam budak di bawah umur. Kamu akan dikenakan tindakan."
"Jangan nak halang akulah!"kata Joni.
"Kamu akan dihantar ke Mahkamah Kementerian Sihir untuk tindakan selanjutnya,"kata Harry lalu mengeluarkan tongkat sihirnya. "Petrificus Totalus!"
Dengan serta-merta, badan Joni menjadi kaku. Auror-auror yang lain terus mengangkat Joni untuk dihantar ke mahkamah.
McGonagall terus mendapatkan Lily.
"Kamu tak apa-apa?"tanya McGonagall.
"Tidak profesor,"kata Lily.
"Nampaknya, rancangan mereka semakin jelas,"kata Keiling.
"Rancangan Death Eater?"tanya Filtwick.
"Ya,"kata Keiling. "Rancangan mereka untuk membunuh Lily sudah semakin jelas. Ada kemungkinan...Venom juga akan terlibat dalam rancangan ini."
"Daripada buku azimat, kes Venom sehinggalah pembebasan Joni,"kata McGonagall. "Semua itu ada maksud yang tersirat."
Lily tergamam. "Maksud profesor...semua kejadian itu ialah rancangan Death Eater untuk membunuh saya?"
"Ya,"kata McGonagall.
"Patung yang ada di halaman rumah aku,"Tao terus muncul. "Aku rasa itu pun antara salah satu rancangan mereka untuk membunuh kau, Lily. Mereka buat tipu helah yang sangat licik."
Lily terdiam.
"Lebih baik kamu berjaga-jaga sekarang,"kata McGonagall. "Kami akan sentiasa melindungi kamu."
McGonagall memegang bahu Lily. Lily mengangguk.
YOU ARE READING
(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]
Fanfiction[Completed] [Vol. 1] Tahun Pertama Lily Marmalade tidak mengetahui tentang statusnya sebagai seorang ahli sihir berdarah kacukan. Sekeping surat yang diterima dari sekolah sihir Hogwarts telah mengubah hidupnya. [Vol. 2] Bilik Rahsia Pembukaan semul...