DDH 2: Explanation

120 14 1
                                    

Selepas sesi pengisihan ke dalam rumah dan makan malam selesai, semua pelajar pulang ke asrama masing-masing. Lily dan Rose mengambil keputusan untuk duduk di Ruang Utama asrama Gryffindor.

"Aku rasa kan...Profesor memang nak bantah tindakan kementerian tu,"kata Rose.

Lily hanya terdiam sahaja sambil mengangguk.

"Kau perasan ke yang Hogwarts langsung tak nak projek pembuatan portal tu berlaku? Ada kemungkinan kementerian dikawal oleh pihak lain sekarang ataupun mereka gunakan brainwashing spell. Siapa yang tau?"Rose mula membuat andaian sendiri.

"Seems like it maybe,"Lily melunjurkan kakinya ke hadapan.

"Ataupun...ada sesuatu yang mereka rancangkan selama ni. Mana tau itu mungkin rancangan untuk musnahkan-"

"Shut! Rendahkan suara kau Rose, kita tak nak ada yang panik di sini,"Lily memandang di sekeliling ruang tersebut, nasib baik tidak ada orang.

Pintu dibuka. Kelihatan Marco dan Mesut memasuki asrama tersebut. Lily dan Rose terdiam.

"Lily ada surat,"Mesut membaling sekeping sampul surat yang berjaya disambut oleh Lily.

Lily terus membuka sampul surat itu.

Lily!

Kenapa kamu tak bagitau mak cik yang kamu lari hah? Nasib baik mak cik jumpa kunci tau! Kalau kamu balik ke rumah nanti, mak cik siat-siat kamu! Hurghh!

Lily menahan tawanya.

"Kenapa kau ni?"tanya Rose.

"Mak cik aku mengamuk pasal aku fly dari rumah haritu,"Lily memandang rakannya sambil menggigit isi pipi daripada terus tersenyum.

Rose menggulingkan matanya. Lily pula sudah menyimpan surat itu ke dalam poket jubahnya.

"Dari mana kau dapat surat ni?"tanya Rose kepada Mesut.

"Jabatan Perhubungan dengan Dunia Muggle yang beri surat ni kepada Profesor McGonagall,"kata Mesut lalu berjalan masuk ke dalam dormnya semula.

Lily dan Rose melopong faham. Sementara itu Marco terus duduk di sebelah Rose lalu mengeluarkan coklat dari poket jubahnya.

"Ini untuk korang dua,"tangan yang penuh dengan coklat itu terus diberikan kepada Rose dan Lily.

"Thanks,"ucap Lily yang dibalas oleh Marco kemudian.

"Apa yang korang rancak sangat bercerita ni?"tanya Marco kepada mereka berdua.

"Tentang portal tu,"balas Rose dengan ringkas kerana mulutnya dipenuhi dengan coklat.

"Ouh, portal itu...aku tau. Mesti korang semua pun hairan kan sebab kenapa Hogwarts tak nak portal tu ada?"kata Marco.

"Korang pun tau juga ke?"tanya Lily.

"Tau. Semua pengawas kena panggil ke pejabat pengetua tadi sebab nak bincangkan tentang isu ni. Pihak sekolah nak jadikan kami sebagai barisan hadapan kalau ada apa-apa yang jadi di Hogwarts. How cruel..."

"Kenapa pula?"Rose memintas kata Marco.

"Sepatutnya pihak kementerian yang patut jadi barisan hadapan. Kita mungkin tak tau yang Death Eater akan muncul semula,"jelas Marco.

Mereka berdua hanya terdiam. Mendengar sahaja nama Death Eater itu, terasa seriau sehingga menusuk ke liang roma.

Ketika mereka bertiga berada di situ, Seokjin bersama rakan-rakannya yang lain masuk ke dalam sambil ada yang membaling barangan ke atas.

"Kenapa korang lambat?"tanya Marco kepada mereka.

"Profesor McGonagall bincang pasal Quidditch tadi,"mata Seokjin tertumpu ke arah Lily.

"Erm, Lily. Esok profesor nak jumpa kau,"katanya lalu naik semula ke dorm bersama yang lain.

Lily mengangguk.

Kelihatan Chanyeol, Sehun dan Jaehyun keluar dari kumpulan itu lalu mengikuti mereka bertiga duduk di atas lantai.

"Tak sejuk ke kat situ?"tanya Lily.

"Tak. Kami orang Asia dah biasa macam ni,"Chanyeol tersenyum sumbing.

"Korang ada dapat apa-apa maklumat pasal portal tu tak?"tanya Jaehyun kepada mereka.

"Setakat ni belum ada Alex, kalau ada pun...mungkin pihak sekolah tak akan bagitau,"kata Marco dalam nada hampa.

"Aku ada dengar yang Profesor McGonagall tengah tulis surat bantahan kepada kementerian sekarang,"kata Sehun.

"Really?"soal Rose.

Sehun mengangguk. "Mungkin surat tu akan dihantar malam ni juga."

"Jadi apa kita nak buat?"tanya Lily.

"Tunggu,"kata Chanyeol sambil merehatkan kepalanya pada sofa.

Sesi perbualan itu bertukar hening semula sebelum mereka semua pulang ke dorm masing-masing.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now