DDH 4: Tugasan Kedua

63 2 0
                                    

Tugasan kedua telah bermula di mana tugasan tersebut dijalankan di sebuah bukit yang tinggi berdekatan dengan Menara Ravenclaw.

Sebuah menara kayu telah dibina sebagai tempat untuk mereka memanjat nanti. Tugasan pada kali ini sangat mencabar kerana setiap peserta perlu berhadapan dengan ketinggian.

Menara yang dibina juga sangatlah tinggi sehingga membuatkan lutut anda bergetar jika anda melihat menara tersebut dari bawah hingga ke puncak.

Setiap peserta perlu memanjat menara tersebut untuk mendapatkan bendera yang dipacakkan di puncak menara setinggi 30 kaki itu. Bendera yang dipacakkan itu juga mempunyai petunjuk untuk tugasan yang ketiga dan terakhir.

Semua peserta sudah bersedia dengan pakaian keselamatan mereka masing-masing iaitu vest, pad pelindung dan topi. Tali tidak disediakan dan peserta perlu memanjat menara tersebut atas risiko sendiri.

Hon dibunyikan menandakan pertandingan sudah bermula. Semua peserta mula memanjat menara tersebut dengan bersungguh-sungguh.

Zeenavie cuba mencari tempat yang sesuai untuk memautkan tangannya pada menara tersebut.

"Saya rasa gila saya ini sudah mencapai tahap maksimum!"kata Zeenavie sambil ketawa mengilai.

Tiba-tiba, dia berpaut pada kayu yang rapuh sehingga menyebabkan dia hampir terjatuh. Mujurlah Zeenavie mampu mengawal keseimbangan badannya.

~~~

William sedang berusaha untuk sampai ke puncak. Walaubagaimanapun, kakinya mula lenguh sehingga dia tidak mampu meneruskan cabaran itu lagi.

"Aku tak patut putus asa!"kata William lalu menyambung kembali pendakiannya itu.

~~~

Rafaela yang sangat lincah terus memanjat menara tersebut sehingga ke puncak. Dia mencabut bendera Slytherin yang dipacakkan di puncak tersebut lalu melompat gembira.

Semua pelajar bersorak gembira dengannya apabila dia berjaya sampai di puncak tersebut.

"Sekarang, macam mana aku nak turun?"kata Rafaela.

"Rafaela!"panggil Hagrid sambil menunggang Buckbeak.

"Terima kasih, pak cik!"kata Rafaela.

"Tak ada masalah,"kata Hagrid.

Hagrid ditugaskan untuk membawa turun peserta yang berjaya sampai ke puncak dengan menunggang Buckbeak sebagai pengangkutannya.

Rafaela terus menaiki Buckbeak dan turun ke bawah.

~~~

Chanyeol berusaha untuk sampai ke puncak menara tersebut. Peluh mula membasahi dahinya kerana dia terlalu banyak menggunakan tenaganya untuk memanjat menara tersebut.

Tiba-tiba, Chanyeol tersilap langkah sehingga menyebabkan dia hampir terjatuh dari menara 30 kaki itu tetapi dia berjaya diselamatkan oleh Luhan yang kebetulan menjadi auror yang bertugas sepanjang Triwizard berlangsung.

Dengan menggunakan kehebatan yang sedia ada, Luhan dapat mengawal Chanyeol dari bawah dengan hanya berdiri dan mengacungkan tongkatnya sahaja.

Chanyeol terus mendaki lagi sehingga sampai ke puncak. Dia terus mencabut bendera Gryffindor dan menjadi peserta kedua yang berjaya sampai ke puncak menara 30 kaki itu.

Semua pelajar Gryffindor bersorak gembira dengan kejayaannya sekali lagi dan menyanyikan lagu kemenangan rumah mereka.

~~~

Chanyeol meneliti petunjuk pada sekeping kertas yang dilekatkan pada kayu bendera tersebut.

Rose datang lalu menyapanya.

"Hai, Chanyeol!"kata Rose.

Chanyeol mendongak dan melihat penampilan Rose yang berbeza pada hari ini. Rose memakai kaca mata bulat yang sesuai dengan bentuk mukanya.

"Kau nampak lain hari ini,"kata Chanyeol.

"Biasalah,"kata Rose. "Aku pakai kaca mata hari ini."

"Kau rabun ke?"tanya Chanyeol kepada Rose.

Rose mengeleng. "Taklah, saja je nak bergaya."

Chanyeol mencebik.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now