Kali ini, Lily dan Rose akan memasuki tapak khas untuk pengawas. Bersama mereka ialah Tao, Sehun dan Chanyeol yang sibuk mengangkat beg bagasi mereka masing-masing.
Selepas itu, mereka duduk dan melepaskan lelah masing-masing.
"Hei, Rose! Kau nampak cantiklah hari ini,"kata Chanyeol.
"Aku?"Rose menuding jari ke arah dirinya sendiri. "Mimpi."
"Tak. Kau memang cantik,"kata Sehun. "Tao, bagitahu perkara yang sebenar."
"Begini, sebenarnya ada yang sukakan kau,"kata Tao.
"Siapa? Takkanlah kau pula?"tanya Lily.
"Ish,taklah! Aku ada taste aku sendiri duh,"kata Tao.
Lily membuat muka jengkel. Malas mahu melayan lelaki sebegini yang agak annoying di matanya.
"Orang yang sukakan kau tu ialah-,"kata Tao sebelum ayatnya dipotong oleh Rose.
"Ialah siapa?"tanya Rose.
"G-R-A-Y-S-,"belum sempat Chanyeol menghabiskan ejaan nama orang itu, Rose mula menjadi tidak sabar.
"Bagitahu jelah siapa!"marah Rose.
"Gray-Gray...,"kata Sehun pula.
"Gray apa lagi ni!"kata Rose.
"Gray-Grey-Gry-Greee...,"Tao sempat bergurau.
"Gray Grey Gry?"tanya Rose.
"Bukan! Bukan!"kata Tao.
"Grayson-"kata Rose.
"Dylan Hendry?"sambung Lily.
Tiga lelaki itu mengangguk laju. Lily pula tergamam.
Rose memandang Lily dengan wajah yang pelik.
"Grayson...Dylan Hendry?"tanya Rose.
"Ya! Grayson..."kata Chanyeol.
"Dylan,"kata Tao.
"Hen-"kata Lily.
"-Dry"Sehun menghabiskan nama itu.
"Grayson-Dylan-Hendry,"kata Rose. "Maknanya Grayson yang minat kat aku?"
"Ya!"kata Tao, Sehun, Lily dan Chanyeol.
"Eww...lelaki tu lagi!"rungut Rose.
"Kenapa kau jijik dengan dia?"tanya Chanyeol. "Kacak pula tu. Tapi tak sekacak aku. Ceh!"
"Dahlah muka macam jejaka perasan. Perangai pun sombong semacam!"kata Rose.
"Eh,taklah! Grayson tu baik orangnya!"kata Tao. "Walaupun dia sombong, tapi dia tu budak pandai dan selalu menolong orang. Kau jangan salah faham Rose."
"Grayson tu berani. Tahun ni dia akan terpilih sebagai Beater untuk acara Quidditch nanti,"kata Sehun.
"Betul ke?"tanya Rose.
"Betul!"Chanyeol berusaha untuk membuat Rose percaya pada ayatnya.
"Kalau kau bohong...siaplah! Aku nak pergi ke tandas dulu!"Rose bingkas bangun dan membuka pintu.
Tetapi pintu petak itu terkunci.
"Kenapa tak dapat buka ni?"Rose berusaha membuka pintu petak itu.
Tiba-tiba, pintu itu terbuka dan Rose hampir terjatuh. Mujurlah tangannya disambut oleh seorang lelaki yang memakai mantel pengembaraan berwarna hitam.
Apabila Rose mendongak,dia melihat seorang lelaki berambut chestnut, berwajah chiseled, bermata emerald dan berdada bidang sedang merenungnya dengan tajam.
Lelaki itu ialah Grayson.
Rose dengan wajah yang menyampah terus meninggalkan mereka dan pergi ke tandas.
"Kenapa dengan Rose tu?"tanya Grayson.
"Hmm...Gray. Nampaknya...dia mungkin terima!"Chanyeol mengenakan Rose.
"Yeah! Baguslah!"kata Grayson sambil melompat sedikit kerana gembira. "Violette, boleh bagi ruang tak?"
Lily segera menjauhkan diri dari Grayson.
"Alang-alang, kau duduk di sebelah aku,"kata Tao kepada Lily. "Biar tak kacau daun."
"Betul kata kau,"Lily terus duduk di sebelah kiri Tao. Tao memegang bahu kiri Lily.
"Kita hanya perlu tunggu Rose saja lagi,"kata Chanyeol.
"Sebelum tu, boleh kita bercerita tentang pelajaran?"tanya Lily.
"Idea yang bagus! Aku sekarabg tengah ambil Arithmancy, Alchemy, Pengajian Muggle dan Penjagaan Haiwan Ajaib untuk N.E.W.T nanti,"kata Chanyeol.
"Dapat ke kau angkat subjek semua tu nanti?"tanya Tao.
"Harap-harap je lah,"kata Chanyeol. "Hei, Tao! Berapa banyak subjek kau ambil untuk O.W.L nanti?"
"Sepuluh,"kata Tao. "Mantera, Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam, Posyen, Transfigurasi, Herbologi, Astronomi, Penjagaan Haiwan Ajaib, Sejarah Sihir, Peramalan dan Tulisan Purba."
"Wah, banyaknya! Huang, kau tak penat ke?"tanya Sehun.
Tao menggeleng.
"Cayalah Tao! Kalau aku, enam subjek pun aku rasa dah macam beban dah untuk aku,"kata Grayson.
"Jadi kau ambil enam lah untuk O.W.L nanti?"tanya Tao.
"Taklah, aku terpaksa ambil tujuh sebab profesor McGonagall cakap enam tu terlalu sikit,"kata Grayson.
"Tak apa. Kawan baik kau ni kan ada sebab Edison Huang Zi Tao akan sentiasa membantu kawan baiknya Grayson Dylan Hendry untuk lulus O.W.L pada tahun ini,"kata Tao sambil ketawa. Grayson pun turut ketawa.
"Kau memang baiklah Tao,"kata Sehun kepada Tao.
"Macam mana dengan aku pula?"tanya Chanyeol kepada sepupunya.
"Kau pun sentiasa membantu aku. Walaupun kau sekarang menumpang di rumah aku dan dijaga oleh ayah dan ibu aku, tapi kau pun tak kurang seperti Tao,"kata Sehun.
"Cerita korang ni macam cerita Romeo and Juliet pula,"kata Lily sambil mengesat air matanya yang hampir menitis.
"Eh, ada yang nak menangis lah di sini!"kata Tao sambil membelai rambut Lily lalu menyeka air mata gadisnya dengan mesra. "Masih sedih lagi?"
Lily terdiam seketika apabila wajahnya mula merah.
"T-tak. Terima kasih,"kata Lily.
Grayson, Chanyeol dan Sehun membuat ekspresi muka jijik dan mual dengan perlakuan mesra pasangan itu.
"Kalau nak muntah pun...muntahlah di tempat lain bukan di sini,"kata Tao.
"Cemburulah tengok korang berdua ni...sekarang ni di mana Rose?"kata Grayson.
"Yalah, takkan Rose merajuk kot?"kata Chanyeol.
Rose membuka pintu dengan kuatnya sambil membawa sebuah bakul penuh dengan gula-gula.
"Lily! Kenapa kau duduk dengan Edison?"tanya Rose.
"Rose, a-aku minta maaf tapi-"Grayson terus menyampuk.
"Jejaka yang kacak ini mahu berkenalan dengan lebih lanjut dengan Rose Weasley ini,"kata Grayson.
Rose membuat ekspresi muka jijik.
"Pergilah,"kata Chanyeol.
Dengan teragak-agak, Rose duduk di sebelah Grayson lalu melakukan perilaku cara duduk yang sopan sambil menjauhkan diri dari Grayson.
Tetapi Grayson terus mendekatkan dirinya dengan Rose sehingga membuat Rose tidak selesa.
Rose memandang Lily tetapi kawannya itu membuat tanda untuk melayan lelaki di sebelahnya dengan baik dengan memuncungkan bibirnya ke arah Grayson.
Rose hanya pasrah.
YOU ARE READING
(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]
Fanfiction[Completed] [Vol. 1] Tahun Pertama Lily Marmalade tidak mengetahui tentang statusnya sebagai seorang ahli sihir berdarah kacukan. Sekeping surat yang diterima dari sekolah sihir Hogwarts telah mengubah hidupnya. [Vol. 2] Bilik Rahsia Pembukaan semul...