DDH 3: Pertarungan

75 8 0
                                    

"Expelliarmus!"kata Lily lalu membuang Sarah jauh dari tempatnya.

"Pandai sangat kau bermain tongkat ya!"kata Sarah. Sarah terus mengambil tongkat sihirnya.

"Impedimenta!"kata Sarah.

Pergerakan Lily menjadi semakin perlahan. Lily terus menghalakan tongkatnya tanda dia belum menyerah kalah.

"Tarantellegra!"jerit Lily.

Kaki Sarah menjadi tidak terkawal dan sering menari mengikut rentaknya tersendiri. Sarah mula berang.

"Rictusempra!"kata Lily sekali lagi.

Jampi tersebut terkena pada Sarah sehingga menyebabkan Sarah terbuang ke atas.

Sarah menghalakan lagi tongkat sihirnya ke arah Lily.

"Oppugno!"kata Sarah.

Beberapa ekor rama-rama yang terbang terus bertukar menjadi peluru yang hampir menyerang Lily. Lily segera berlari sambil melindungi dirinya di dalam belukar.

Sarah menghampiri Lily sambil ketawa. Sarah terus menghalakan tongkatnya ke arah Lily lagi.

"Crucio!"kata Sarah yang menyeksa Lily. Lily menjerit kesakitan sambil memaksa dirinya untuk bangkit dari seksaannya itu.

Lelaki yang berselubung hitam itu keluar dari lubang tersebut sambil mendukung abang gadis itu.

"Kita bunuh saja mereka berdua di sini,"kata lelaki itu.

Sarah terus ketawa dengan jahatnya sambil mengambil Adner lalu mencampakkannya di atas tanah.

"HAHAHAHAHA!"kata Sarah.

"Bunuh budak lelaki tu!"kata lelaki itu dengan teruja.

Sarah terus memulakan tanggungjawabnya untuk membunuh dua orang pelajar Hogwarts itu. Lily hanya mampu memejamkan matanya. Dalam hatinya, dia tidak tahu lagi bagaimana untuk membantu abangnya yang akan dibunuh tidak lama lagi.

Setiap bait mantera yang disebut oleh Sarah itu membuatkan hati Lily terdesak untuk melemahkan Adner. Walaupun masa semakin suntuk tetapi Lily tidak akan berputus asa.

Tiba-tiba, aura keberanian datang mengalir dalam jiwanya dan menyebabkan Lily bertindak ganas sehingga menyebabkan Sarah terjatuh.

"Crucio!"kata Lily lalu memusingkan roh Sarah ke udara. "Accio botol kaca!"

Sebuah botol kaca datang ke tangan Lily lalu dia memasukkan roh Sarah ke dalam botol tersebut. Lily menutup botol tersebut dengan gabus. Sarah mengetuk dinding botol itu berkali-kali untuk dilepaskan dari botol itu.

Lelaki yang berselubung itu terus mengambil tongkat sihirnya. Lily terus menghalang lelaki itu dengan mengacungkan tongkatnya.

"Sectumsempera!"

Lelaki itu terus terbuang dan kesan luka pada badannya terhasil akibat mantera itu.

Lelaki itu bangkit lalu mengacungkan lagi tongkat sihirnya.

"Avada Kedavra!"kata lelaki itu.

Lily juga menghalang mantera lelaki itu dengan menyebut 'Expelliarmus'.
Pertarungan menjadi sengit. Lelaki itu berusaha untuk membunuh Lily manakala Lily berusaha untuk menumpaskan lelaki itu.

Akhirnya, Lily berjaya mengalahkan lelaki itu. Lelaki itu terus berlari ke satu tempat sambil menjerit:

"AKU AKAN KEMBALI, MARMALADE! AKU AKAN KEMBALI!"

Lelaki itupun terus menghilang dari mata. Lily berasa lega kerana dapat menyelamatkan abangnya yang masih lemah.

Lily terus membuat cahaya merah dari tongkatnya.

"Perriculum!"kata Lily. Satu percikan cahaya merah keluar dari tongkatnya.

Cahaya merah itu menarik perhatian McGonagall dan yang lain. Mereka semua terus pergi ke tempat cahaya itu.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now