Lily masuk ke dalam dapur lalu melihat Molly sedang menyediakan sarapan untuk mereka.
"Boleh saya tolong nenek?"kata Lily lalu bergegas membantu Molly.
"Eh, tak apa! Nenek boleh buat sendiri,"kata Molly.
"Tak apa. Saya tolong,"kata Lily.
Lily terus mengambil pinggan dan mangkuk lalu menyusunkannya di atas meja.
Selepas selesai menyediakan sarapan, Lily terus duduk di hadapan Rose dan Hugo manakala Molly duduk di penjuru meja makan tersebut.
Lily memotong roti lalu menyapu lepa coklat hazelnut pada roti tersebut. Roti itu kemudian dimakan dengan penuh selera.
"Semalam saya mimpi buruk lagi,"kata Lily yang memecahkan suasana sunyi di meja makan itu.
Molly memandang Lily lalu membesarkan matanya.
"K-kamu mimpi buruk lagi?"tanya Molly.
Lily mengangguk. "Dalam mimpi tu, ada seorang ahli sihir lelaki yang cuba membunuh saya semasa bercakap dengan seorang lagi lelaki."
"Rodmunson Glitch,"kata Rose.
Molly, Hugo dan Lily memandang Rose.
"Macam mana kau tau?"tanya Lily.
"Rodmunson ialah orang yang paling setia dalam Death Eater,"kata Luhan. "Segala perintah mereka akan dilaksanakan oleh Rodmunson dengan segera walaupun kakinya telah dipatahkan."
Dahi Lily berkerut.
"Hmm..."Lily mengeluh.
"Eh, makanlah!"kata Molly."Kamu kata kamu nak pergi berkhemah."
"Kau tak bagitahu aku yang kau pergi camping, Lily!"kata Rose.
"Kau kan tak suka,"Lily menahan sengih. "Lagipun aku dah bagitau dengan mak cik aku untuk hantarkan sedikit makanan kepada aku nanti."
Tidak lama kemudian, surat yang dikirim oleh Lily sampai dan berada di hadapan gadis itu.
Lily mengambil surat itu. Surat itu terbuka dengan sendiri.
"Lily, hati-hati ya nanti...mak cik dah kirimkan makanan itu kepada kawan Asia kamu. Jangan lupa cuci muka dan berus gigi kalau kamu tak nak digelar Violy lagi,"kata surat itu lalu terlipat sendiri.
"Baik mak cik,"kata Lily.
Lily terus menghabiskan makanannya lalu beredar dari situ.
YOU ARE READING
(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]
Fiksi Penggemar[Completed] [Vol. 1] Tahun Pertama Lily Marmalade tidak mengetahui tentang statusnya sebagai seorang ahli sihir berdarah kacukan. Sekeping surat yang diterima dari sekolah sihir Hogwarts telah mengubah hidupnya. [Vol. 2] Bilik Rahsia Pembukaan semul...