"Pihak kementerian sihir belum lagi balas surat profesor tu,"kata Ariana sambil menggulungkan pasta dengan garfu.
Lily merenung ke arah kawannya itu sambil mengangkat kedua keningnya. Buku yang dibaca ditutup semula lalu diletakkan di atas meja.
"Jangan-janganlah...kementerian dah kena brainwash..."gumam Lalisa Manoban, pelajar tahun kedua Gryffindor yang sedang menikmati puding itu.
Lily tertunduk. Lama dia mendiamkan diri sebelum dia bersuara semula.
"Sudahlah dengan tanggapan kau tu Lisa,"tegur Ariana.
"Yalah, manalah tau,"kata Lisa lagi sambil mengambil seketul nugget di hadapannya.
"Tapi kan...kalau kementerian belum balas lagi surat tu, tak semestinya diorang kena brainwash,"kata Lily.
"Ya tak ya juga. Tapi kenapa diorang lambat balas?"tanya Lisa.
"Burung hantu,"Lily mengangkat kedua bahunya. Garfu yang dipegang terus mencucuk nugget ayam yang masih bertimbun itu.
Suasana di Dewan Besar sangat bising dengan pelbagai suara dari pelajar-pelajar setiap rumah. Semasa mereka rancak bercerita, sekeping surat terbang dari tingkap dewan tersebut.
"Surat apa tu?"kata Scorpius yang kehairanan.
Pelajar lain pun menumpukan perhatian mereka terhadap surat terbang itu. Surat itu terbang menuju ke arah Marco.
"Aik surat ni-"kata Marco. "Alamak!"
"What happen?"tanya Mesut.
"Mak aku! Habislah!"Marco terus mengambil surat itu.
Tiba-tiba surat itu berkata-kata.
"MARCO! KAMU TERLUPA NAK BAWA KASUT HOGWARTS KAMU KAN!"
"Err..ya mak,"kata Marco.
"JADI, KASUT SIAPA YANG KAMU PAKAI?"
"Kasut j-junior...er, Marco pinjam aje haha,"kata Marco sambil teragak-agak.
Pelajar yang lain tertawa.
"KENAPA KAMU BUAT BEGITU! KAMU TAU TAK YANG MAK DAH LAMA GERAM DENGAN PERANGAI KAMU!"
"Ya mak...Marco tau,"Marco meminta maaf. Pelajar yang lain masih ketawa lagi.
"SATU LAGI YANG MAK TAK PUAS HATI. KENAPA KAMU CURI PAKAI KERETA NENEK MOLLY IKUT SUKA HATI KAMU? SAMPAIKAN KAMU TINGGALKAN KOTORAN KAT KERUSI PEMANDU LAGI TAU!"
"KOTORAN APA TU?"jerit Puan Reus sekali lagi.
Semua pelajar mula terkekek sementara Chanyeol yang memegang telefonnya terus merakam kejadian tersebut sambil menahan senyum.
"M-Marco nak belajar memandu aje pun."
"BELAJAR MEMANDU LAH SANGAT!"jelmaan ibu Marco dari surat itu terus mengeluarkan tangannya dan menarik telinga Marco.
"Aduh, mak sakit mak!"kata Marco yang kesakitan.
"HAA...TAU PUN! Oh, Aurora...mak cik ucapkan syabas sebab dapat masuk Gryffindor dan KAMU MARCO! KALAU KAMU BUAT LAGI...SIAPLAH!"surat itupun terkoyak sehingga menjadi cebisan di hadapan Marco.
"Rasa oren ke?"tanya Mesut.
"Kau diamlah,"kata Marco.
Mesut pun ketawa.
"Sakit ke kena tarik telinga?"tanya Chanyeol yang masih merakam rakannya itu.
Marco menjelir lidah ke arah sahabatnya.
~~~
Kelas posyen pun dimulakan. Slughorn membawa sekotak posyen yang berwarna-warni.
"Profesor, apa nama posyen tu?"tanya Rose.
"Ini adalah posyen tiruan yang sering dihasilkan oleh kedai sihir untuk dijual kepada kanak-kanak. Ianya sejenis Zonko,"kata Slughorn. "Posyen ini hanya membolehkan seseorang terbang, halimunan dan bertukar menjadi haiwan."
"Posyen ini selamat untuk kanak-kanak ke?"tanya Albus.
"Of course!"kata Slughorn. "Baiklah saya mahu kamu semua buka muka surat 45 untuk membuat ramuan posyen tiruan ini."
Semua pelajar pun melakukan apa yang diarahkan oleh Slughorn.
"Ramuan...ekstrak batang ceri, daun pokok pain dan air tulen,"kata Lily yang membaca semua ramuan posyen itu.
"Bahan-bahan untuk membuat posyen ini sangat ringkas sebenarnya tetapi memerlukan proses yang teliti supaya hasil yang diharapkan itu menjadi,"kata Slughorn. "Baiklah semua pelajar boleh mula buat posyen ini."
"Hmm...ekstrak ceri?"Scorpius meneliti sebotol ekstrak ceri yang dipamerkan itu. "Profesor, boleh ambil banyak-banyak tak ekstrak ni?"
"Tak boleh...kamu mesti ambil dua titis sahaja,"kata Slughorn.
"Hmm...dua titis,"Scorpius terus mengambil dropper dari meja.
~~~
"Baiklah pelajar, masa sudah tamat. Semua boleh cuba minum posyen yang kamu buat dan saya mahu lihat hasilnya,"kata Slughorn.
Semua pelajar pun meminum posyen yang dibuat oleh mereka.
"Weh aku terbanglah!"kata Scorpius yang terbang di sekeliling kelas posyen itu.
"Aku boleh halimunan! Hello ada yang nampak aku tak?"tanya Albus. "Kesan posyen ni akan hilang dalam seminit agaknya."
"Kitorang tak nampak kaulah Albus!"kata Adeline.
"Aku pun boleh terbang!"kata Rose.
"Aku dah jadi kucing,"kata Lily sambil memegang ekor dari punggungnya. "Meow meow!"
Semua pelajar teruja dengan hasil yang mereka peroleh.
"Jangan risau semua! Posyen ini hanya dapat bertahan selama seminit sahaja,"kata Slughorn.
"Kan betul kata aku hanya seminit aje,"kata Albus.
"Emm...yalah,"kata Adeline.
YOU ARE READING
(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]
Fanfiction[Completed] [Vol. 1] Tahun Pertama Lily Marmalade tidak mengetahui tentang statusnya sebagai seorang ahli sihir berdarah kacukan. Sekeping surat yang diterima dari sekolah sihir Hogwarts telah mengubah hidupnya. [Vol. 2] Bilik Rahsia Pembukaan semul...