Lily dan Rose berjalan keluar dari rumah bersama dengan suasana yang kelam kabut. Tao pula kelihatan begitu cemas manakala dua gadis itu masih bingung dengan apa yang berlaku.
"Tao?"kata Lily.
Tao tidak menoleh. Dia hanya sibuk menyarungkan sneakersnya lalu memakai mantel hitam pemberian ayahnya pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-13.
Tiba-tiba, Lily terpandang sebuah patung wanita yang terduduk menangis terpacak berdekatan dengan sebatang pokok yang renek.
Lalu, Lily berjalan perlahan menuju ke arah patung tersebut kerana diselubungi perasaan ingin tahu. Tao yang melihat Lily berjalan ke arah patung tersebut terus menarik tangan Lily dengan segera.
"Lily!"
Lily menoleh ke arah Tao lalu mengelipkan matanya.
"Kenapa?"tanya Lily.
"Kau nak pergi mana?"tanya Tao.
"Patung tu...memang ayah kau beli ke?"Lily menudingkan jarinya ke arah patung tersebut.
Tao memandang patung tersebut. Dengan serta-merta air mukanya berubah.
"Baik kau tak payah tanya pasal patung tu,"Tao terus menarik tangan Lily dan berjalan keluar dari perkarangan rumahnya.
"Kenapa?"tanya Lily.
"Itu semua rahsia,"kata Tao. "Kalau aku bagi tahu kau, mungkin aku dalam bahaya."
"Bahaya jenis apa yang kau akan hadapi?"tanya Lily.
"Baik kau tak payah tahu,"kata Tao.
Lily mengeluh."Aku seriuslah!"Tao mula marah.
Lily terus diam tanpa mengeluarkan sepatah kata. Rose pula tidak mengendahkan perbualan mereka berdua.
Dari jauh, kelihatan Rodmunson sedang memerhatikan dua orang remaja tersebut berjalan keluar dari rumah mereka.
"Nampaknya...dia dah tau pasal patung tu,"Rodmunson ketawa sinis. "Ceh, kau tunggulah Edison! Nasib kau akan sama juga dengan ibu kau!"
Rodmunson mengeluarkan tongkat sihirnya lalu dihalakan ke arah patung tersebut. Patung itu bertukar menjadi seekor ular yang besar.
Ular itu datang menghampiri Rodmunson lalu mendesis. Rodmunson menghalakan kembali tongkat sihir tersebut ke arah ular itu. Lalu ular itu bertukar kepada seorang wanita cina yang jelita. Wanita itu terdiam kaku.
"Medusius,"Rodmunson memanggil nama tersebut kepada wanita itu.
Nama tersebut diberikan oleh Tom Jr semasa dia menemuinya di Hutan Darkshire.
Medusius mendesis sambil menjelirkan lidahnya yang terbelah dua.
"Ada apa yang boleh saya bantu, Tuan Glitch?"tanya Medusius.
Medusius sudah dilatih oleh Tom Jr untuk bercakap seperti manusia sejak hari pertama dia dipelihara oleh Tom sendiri.
"Saya nak kamu perhatikan keluarga Huang dan budak Marmalade sepanjang masa,"kata Rodmunson.
"Saya kena jadi patunglah ni?"kata Medusius yang mula tidak puas hati.
"Yalah! Jadi apa lagi?"kata Rodmunson yang mula bengang. "Kamu nak saya laporkan perkara ni kepada tuan kamu?"
Medusius pantas menggeleng tanda tidak mahu. "Tak! Tak! Saya tak nak dikurung di dalam peti harta karun dia yang panas tu! Sesak nafas saya."
"Jadi, kamu patut ikut arahan. Tak kiralah sama ada arahan tu daripada tuan kamu ataupun bukan, kamu tetap menjadi orang err maksud saya binatang suruhan Death Eater,"kata Rodmunson.
YOU ARE READING
(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]
Fanfiction[Completed] [Vol. 1] Tahun Pertama Lily Marmalade tidak mengetahui tentang statusnya sebagai seorang ahli sihir berdarah kacukan. Sekeping surat yang diterima dari sekolah sihir Hogwarts telah mengubah hidupnya. [Vol. 2] Bilik Rahsia Pembukaan semul...