DDH 1: Merungkai Rahsia

558 51 0
                                    

Lily mendahului Albus dan berjaya menghampiri bola Snitch itu. Dia hampir menangkap bola itu tetapi dia hilang kawalan terhadap penyapunya dan mula terhuyung-hayang.

"Alamak, nampaknya Lily akan r.i.p lepas ni,"kata pengulas itu lalu bahunya dipukul oleh McGonagall.

"Apa kamu cakap?"McGonagall meninggikan suaranya.

"T-tak ada profesor,"kata pengulas itu sambil tersengih.

~~~

Akhirnya, Lily jatuh ke tanah lalu tergolek-golek. Semua penonton mula risau dengan keadaan Lily termasuklah rakan sepasukannya yang lain.

Lily mula mual. Tiba-tiba sesuatu benda keluar dari mulutnya. Sebiji bola yang kecil dan berwarna emas mula mengeluarkan sayapnya. Dengan teruja, gadis itu menjerit.

"AKU DAH DAPAT BOLA NI!"

Puan Hooch meniup wiselnya.

"Gryffindor menang!"

Semua pelajar Gryffindor bersorak dengan kemenangan mereka.

~~~

Lily, Rose, Scorpius dan Albus berjalan bersama ke sebuah taman yang terletak di tengah-tengah bangunan istana Hogwarts itu. Mereka ternampak Jungkook dan Tao yang sibuk bercerita tentang sesuatu.

Lalu, mereka pun berlari menghampiri dua orang senior mereka itu.

Scorpius terus berlari ke arah Tao lalu memegang bahunya.

"Yo wassap dude!"kata Scorpius yang membuatkan lelaki itu terkejut dengan bahu yang sedikit terhinjut.

"Kau ni buat aku terkejut je!"marah Tao kepada Scorpius.

"Sorry,"kata Scorpius lalu duduk di sebelah Tao.

Albus mengikuti Scorpius manakala Rose dan Lily duduk di sebelah Jungkook.

"Apa yang korang ceritakan ni?"tanya Lily kepada Tao dan Jungkook.

"Kitorang cerita tentang..."Tao memandang Jungkook.

Jungkook hanya mengisyaratkan supaya Tao meneruskan kata-katanya.

"Hm, macam mana nak cakap dengan korang ni?"Tao mula teragak-agak.

Jungkook pun merendahkan suaranya. "Korang kenal tak dengan pelajar lelaki Gryffindor tahun keempat yang nama dia Mesut Özil?"

"Kenal,"angguk Albus.

"Kenapa dengan dia?"tanya Scorpius.

"Diorang cakap Mesut ni mencurigakan...ramai orang syak dialah yang bawa barangan ilmu hitam kat sini-"

"Tapi bapa dia kan auror. Mustahillah kalau dia ada barangan ilmu hitam sebab bapa dia tentu dah musnahkan barangan tu"Tao memintas kata Jungkook.

"Aku pernah nampak yang dia ada Firebolt...ada kena mengena tak dengan kata-kata orang lain tu?"tanya Lily.

"Diorang kata itu ialah barangan yang dijelmakan...ada satu kedai di KnockTurn Alley yang dapat menukarkan satu barang menjadi satu barang yang diinginkan dengan kaedah ilmu hitam,"kata Tao.

"Macam-macam kaedah mereka guna...ada yang guna cecair tertentu dan campuran-campuran dari bahan-bahan yang merbahaya,"kata Jungkook.

"KnockTurn Alley?"Lily mahu mengetahui.

"KnockTurn Alley...tempat di mana banyak barangan ilmu hitam dijual,"kata Tao.

"Tapi Mesut ni bukan dari keluarga kaya ke?"tanya Rose.

"Ya...aku dengar bapa dia selalu abaikan dia, mak dia dah lama meninggal dunia. Dia selalu tinggal di manor besar keluarga dia...kadang-kadang dia akan pergi ke Diagon Alley ataupun KnockTurn Alley,"kata Jungkook.

"Shh! Mesut datang,"Rose terus mendiamkan kawan-kawannya.

Mesut berjalan bersama Ryan Gibbs, kawannya yang sebaya dengannya dan pelajar dari Rumah Ravenclaw. Mesut melalui mereka sambil merenung ke arah mata mereka berenam satu persatu.

Pandangannya yang tajam bak pisau membuatkan Scorpius cuak. Mesut berhenti lalu menoleh pandangannya ke arah Tao dan Jungkook.

Kemudian, dia membisikkan sesuatu ke dalam telinga Ryan.

"Weh, Edison! Charles! Jom pergi masuk hutan,"kata Ryan sambil tersenyum sinis.

"Kitorang takkan ikut,"kata Tao.

"Ikut jelah!"marah Ryan.

"Aku takkan ikut!"Tao membulatkan matanya.

"Kau nak aku dengan Charles mati?"kata Tao lagi.

Mesut datang menghampiri Tao lalu merentap kuat kolar baju kemejanya.

"Ikut arahan kami, jangan nak melawan,"Mesut terus melepaskan genggamannya dan menjatuhkan Tao ke tanah.

Tao memandang dengan penuh kebencian apabila Mesut dan Ryan meninggalkan mereka. Semakin lama mereka semakin menghilang di mata.

Tao dan Jungkook terus mengeluarkan tongkat sihir mereka lalu memandang empat sekawan itu sekilas.

"Dah korang baliklah. Aku tak nak ada yang ikut pula nanti,"Tao merenung tajam ke arah Lily.

"Termasuklah kau Lily,"katanya lagi.

Kemudian, mereka terus mengejar dua pelajar lelaki yang semakin menjauh dari mereka.

Lily terus memerhatikan dua pelajar itu lalu memandang Rose dengan pandangan mencurigakan.

"Apa?"tanya Rose.

"Bye,"Lily berjalan meninggalkan mereka.

"Weh, Lily! Kau dah gila ke?"Albus menjerit ke arah Lily.

Namun, gadis itu terus memekakkan telinganya sambil kaki terus melangkah menuju ke kawasan hutan larangan itu.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now