[Lily's POV]
Aku nak tau apa sebab Mesut jadi macam tu. Macam mana lelaki sempurna seperti selalu dikatakan membawa masuk barangan ilmu hitam?
Ini mungkin desas-desus saja. Bukannya kenyataan.
Jeritan Albus yang semakin menggila sehingga terkeluar halkum itu tidak kuhiraukan malah aku terus berjalan masuk ke dalam hutan itu.
Aku kena tau apa yang terjadi di sebalik semua ini!
~~~
Aku bersembunyi di sebalik dinding rumah Hagrid dan menampakkan sedikit sahaja mataku dari jauh kerana tidak mahu diketahui oleh empat balak hensem yang bersemuka antara satu sama lain.
Boleh tahan juga kehenseman diorang walaupun dari jauh weh.
Aku mendengar satu persatu perbualan mereka.
"Di sini, aku nak cabar korang berdua...kita bertanding kuasa tongkat masing-masing,"kata Mesut.
"Maksud kau...duelling?"tanya Edison sambil meraup rambutnya ke belakang.
Mesut mengangkat sebelah keningnya. Tanpa berlengah, lelaki terus mengeluarkan tongkat sihir yang mirip dengan tongkat sihir aku.
Ewah, kau copy aku eh?
"Kau ingat tongkat sihir bulu unikorn kau tu dapat selamatkan kau kah? Tongkat sihir aku ni dapat kalahkan kaulah...sedarlah diri tu sikit, Edison Huang Zi Tao,"Mesut terus menghalakan tongkat sihirnya ke arah Edison.
"Aku lebih rela mati daripada dimalukan di khalayak awam...Expelliarmus!"Edison terus menyebut manteranya dan menyebabkan Mesut terbuang ke dalam semak-samun.
Mesut bangkit semula dan mengacukan tongkat saktinya kembali.
"Rictusempra!"Mesut mengeluarkan mantera dari mulutnya dan membuatkan mantera itu terkena kepada Edison.
Edison terus melayang ke udara sehingga tersembam ke tanah dengan kuat sekali.
"Tak guna kau Özil! Tarantellegra!"jerit Edison lalu mantera itu terkena pada kaki kiri Mesut.
Kaki kiri Mesut terus menari-menari tanpa dikawal. Edison dan Charles sudah ketawa terbahak-bahak.
Ryan yang marah terus merampas tongkat sihir Mesut dan mengacukannya ke udara.
"Accio tongkat sihir!"
Dengan serta merta tongkat sihir Ryan datang dan terus diambil olehnya.
"Finite Incantatem!"
Kesan sihir ke atas kaki Mesut terus hilang. Kembali kepada yang normal. Mesut terus menghalakan tongkat sihirnya.
"Serpentsortia!"seekor ular keluar dari tongkat sihir Mesut.
Edison dan Charles lekas berundur apabila ternampak ular itu. Mereka berpeluh dingin dan membesarkan mata mereka.
Ular itu menghampiri mereka berdua seolah-olah ia ingin mematuk mereka.
Namun, haluannya berubah apabila haiwan itu perasan akan sesuatu.
Dan ia bergerak menghampiri aku.
What the fish...
Aku terus berlari keluar dari tempat persembunyianku sambil menjerit.
Namun, sesuatu kejadian tidak disangka berlaku apabila keempat-empat pelajar lelaki itu perasan akan kewujudan aku.
Mati-
"Ahah! Rupa-rupanya, ada orang yang memerhatikan kita!"kata Edison dengan geram.
"Berapa kali aku pesan jangan bahayakan diri? Kau ni bodoh ke?"Edison menarik telinga aku.
Aduh, sakit!
"A-aku nak cari sepit rambut aku je pun,"aku melepaskan tangan Edison.
"Cari sepit rambut konon...macamlah dia pernah pakai sepit rambut sebelum ni,"Edison menggulingkan matanya.
"Weh baliklah!"marah Edison kepada aku.
Belum sempat aku pulang, Hagrid sudah berada di belakang sambil mencekak pinggangnya.
"Maaf tapi Profesor McGonagall sudah jatuhkan hukuman terhadap kamu...termasuklah cik Marmalade,"pandang Hagrid ke arahku.
Edison terus menepuk dahinya. Dia mula marah dan membuat muka masam ke arah aku. Sementara aku pula tersenyum bangga ke arahnya.
Bravo, kita sama-sama kena denda harini!
"Patronus profesor yang pantau kita,"bisik Ryan kepada Mesut.
"Yeah!"aku menjulang tinggi kedua belah tanganku apabila Hagrid sudah masuk semula ke dalam pondoknya.
"Ni semua salah kau!"marah Tao dengan menggila sekali.
Aku menjelir lidah ke arahnya sambil menepuk tangan.
"Gila,"sindir Mesut kepadaku.
"Suka hati akulah! Kau apa tau,"kataku sambil menyilangkan semula kedua tanganku.
Nampaknya terpaksalah empat balak hensem Hogwarts ini menebalkan muka melayan kelakuan aku yang semakin menggila.
YOU ARE READING
(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]
Fanfiction[Completed] [Vol. 1] Tahun Pertama Lily Marmalade tidak mengetahui tentang statusnya sebagai seorang ahli sihir berdarah kacukan. Sekeping surat yang diterima dari sekolah sihir Hogwarts telah mengubah hidupnya. [Vol. 2] Bilik Rahsia Pembukaan semul...