[Lily's POV]
Pasukan Quidditch Gryffindor sudah bersedia untuk memasuki gelanggang. Aku mula berasa takut.
Mak aii nervous bhai!
"Aish...takutlah!"kataku kepada Seokjin.
"Tak apa, saya pun begitu masa saya mula-mula ikut dulu,"Seok Jin cuba menenangkan aku dengan pengalamannya semasa menyertai Quidditch dahulu.
"Bila awak mula ikut Quidditch?"tanyaku kepadanya.
"Masa saya umur 13 tahun,"jawab Seok Jin secara ringkas. Aku hanya melopong.
Pintu kayu sudah dibuka. Sinar matahari amat menyilaukan mata kami.
"Silaulah!"Edison cuba melindungi matanya dari sinar matahari itu.
Pengulas untuk perlawanan kali ini merupakan pelajar tahun pertama Hufflepuff iaitu Edison Smith, anak kepada Zacharias Smith.
"Yah, sekarang kita akan menyaksikan perlawanan yang ditunggu-tunggu iaitu Gryffindor menentang Slytherin! Harap-harap cuaca baik saja hari ini,"katanya.
"Pengulas kali ni bagus sikit daripada sebelumnya,"kata Richard.
"Kenapa?"tanyaku.
"Dulu Ahmad yang jadi pengulas. Sudahlah nakal, banyak mengejek pula tu...entah apa yang dia cakap,"kata Sandra kepadaku.
"Dipersilakan pasukan Gryffindor dan Slytherin untuk masuk ke gelanggang!"
Kami terus masuk ke dalam dengan penyapu terbang masing-masing. Formasi dibentuk sehingga membuatkan semua penonton terpegun dengan kami.
Semua penyokong dari kedua-dua pasukan bersorak dengan kuatnya. Rose mula meneropong dari tempat duduk pelajar Gryffindor. Bersamanya ialah pelajar yang sebaya dengannya, Esther Raid yang berambut hitam ikal mayang, bermata biru dan berkulit pucat
"Weh, kau rasa mana Lily?"tanya Esther.
"Aku rasa dia tengah terbang sekarang,"kata Rose yang masih meneropong ke arah pemain-pemain Gryffindor.
"Eh tengok tu! Albus jadi seeker Slytherin lah!"mata Rose membeliak.
"Scorpius mana?"tanya Esther.
"Scorpius jadi chaser,"balas Rose.
~~~
30 minit lagi, perlawanan akan dimulakan. Puan Hooch berada di atas padang sambil bercekak pinggang.
"Ingat! Saya tak mahu ada di antara kamu yang menipu dalam perlawanan ni...saya akan lepaskan semua bola ni,"Puan Hooch pun membuka peti kotak yang berisi bola-bola Quidditch.
"Dan sekarang, perlawanan telah dimulakan dengan sebiji Quaffle diterbangkan ke udara dan saya nampak Mesut, pelajar tahun keempat sedang sibuk mengejar bola tu. Ouh, nampaknya dia dikejar oleh Scorpius sekarang ni!"
Mesut memegang bola Quaffle itu dengan erat sambil dikejar oleh Scorpius. Scorpius sudah mula penat apabila Mesut terus memecut laju dengan Fireboltnya.
Scorpius mendengus kasar sambil menggetap bibirnya.
"Damn it!"Scorpius memecut semula penyapunya.
"Semakin lama Mesut memecut laju di sana dan mata diberikan untuk pasukan Gryffindor!"
Petugas penambahan mata yang duduk di satu lagi menara pun menambahkan mata Gryffindor.
Sementara itu, bola Bludger terus mengacau para pemain. Tao pula sudah bersedia dengan bet pemukulnya.
"Tak guna punya Bludger...senang je kan kau buat kerja,"Tao terus memghayunkan bet pemukul ke arah Bludger yang menghampirinya.
Bludger itu terbang dan mengacau pemain yang lain.
~~~
Bola Snitch yang masih tidak kelihatan membuatkan aku buntu. Benda kecil itu masih lagi berterbangan ke sana ke sini. Sampaikan aku sendiri pun hampir terjoget di langit.
Yalah, aku kan gila.
Tidak lama kemudian, aku ternampak Albus yang sibuk mengejar bola kecil itu.
"Hei Albus! Kau ingat kau hebat sangat ke?"kataku sambil mengejar Albus.
Albus tergelak kecil.
"Kalau kau hebat, mari kita bertanding siapa yang dapat benda tu,"kata Albus lalu mengejar bola itu.
Aku yang sama sekali rasa tercabar ya amat terus mengejar bola Snitch emas yang terbang di hadapanku itu. Albus yang semakin memecutkan penyapunya terus mendahului aku.
Kau ingat kau akan menang Potter? Kau tengok, kau tengoklah!
Penyapu terus diacukan tinggi sedikit ke udara sehingga aku memecut dengan lebih laju meninggalkan Albus.
VRZOOOMMMMM!
Kelajuan penyapu Nimbus yang mengalahkan penyapu-penyapu lain itu hampir sahaja membuatkan seluruh kulit mukaku hampir tercabut.
"AAAAAAAAAAAAAAAAAA!"aku menjerit sekuat hati sambil mataku terbeliak besar.
Seok Jin, Richard dan Edison mula memerhatikan aku dengan pandangan yang agak blur.
"Aku harap kulit muka dia tak tercabut,"gumam Richard.
"Aku pun,"kata Edison.
Seok Jin pula sudah meneguk air liurnya.
"Aku takkan terlibat kalau ada apa-apa terjadi nanti,"kata Seok Jin.
Richard dan Edison merenung tajam ke arah Seok Jin.
"Kau kapten!"Richard menekan ayatnya.
"Yeol...aku rasa aku nak lantik kau jadi kapten lah,"gumam Seokjin lagi.
"Asal?"Richard membulatkan matanya.
"Sebab kau hebat."
Seokjin tersengih. Edison dan Richard pula saling berpandangan.
"Gue nggak mahu!"Richard berlalu pergi.
Edison pula terus bergelut dengan Bludger yang hampir menghentam mereka berdua.
Sementara itu, aku terus menjerit sekali lagi sehinggalah aku ternampak sebiji bola kecil yang terbang di hadapanku.
YOU ARE READING
(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]
Fanfiction[Completed] [Vol. 1] Tahun Pertama Lily Marmalade tidak mengetahui tentang statusnya sebagai seorang ahli sihir berdarah kacukan. Sekeping surat yang diterima dari sekolah sihir Hogwarts telah mengubah hidupnya. [Vol. 2] Bilik Rahsia Pembukaan semul...