DDH 1: Penghujung Tahun

470 41 0
                                    

Semasa mereka keluar berjalan di taman, mereka sibuk bercerita tentang banyak hal.

"Macam mana dengan si Hayley tu?"tanya Mesut kepada Tao.

"Nampaknya, dia dah diberi tempoh untuk menginsafkan diri dia. Profesor suruh dia bantu pustakawan di perpustakaan,"kata Tao.

Mereka semua ketawa.

"Kesian,"kata Marco.

Dari jauh kelihatan Taehyung berlari dengan laju sekali.

"Hei, korang semua!"Taehyung memanggil mereka.

"Kenapa ni Taehyung?"tanya Jungkook.

Taehyung tercungap-cungap sambil menarik nafas dalam-dalam.

"Ada berita gembira,"katanya.

"Apa?"tanya Lily.

"Profesor McGonagall batalkan ujian akhir tahun!"kata Taehyung.

"Kau biar betul?"kata Chanyeol dengan teruja.

"Ya, aku tak tipu! Profesor yang bagitau kat aku tadi!"kata Taehyung sambil meletakkan Stuart di bahunya.

"YEAH!"jerit mereka semua sambil melompat gembira.

"Alah, dibatalkan?"tanya Rose.

"Jangan nak merungut pula ye,"kata Marco sambil menyiku bahu Rose.

Rose muram.

~~~

Pada waktu makan malam akhir tahun, semua pelajar menanti dengan penuh debaran. Keputusan juara rumah tahunan akan diumumkan sebentar saja lagi.

"Baiklah pelajar-pelajar Hogwarts yang saya kasihi, hari ini adalah hari terakhir persekolahan sebelum cuti musim panas bermula. Saya tahu semua pelajar mesti tak sabar nak tunggu siapakah yang akan menjadi juara rumah tahunan pada tahun ini,"kata McGonagall.

Semua pelajar bertepuk tangan.

"Baiklah. Saya akan umumkan...tempat keempat, Hupplepuff dengan 398 mata,"kata McGonagall.

Semua pelajar Hupplepuff bertepuk tangan.

"Tempat ketiga...Ravenclaw dengan 423 mata."

Semua pelajar Ravenclaw bertepuk tangan.

"Tempat kedua...Slytherin dengan 478 mata."

Semua pelajar Slytherin bertepuk tangan.

"Dan...tempat pertama bagi rumah terbaik tahun ini...Gryffindor dengan 500 mata!"

Semua pelajar Gryffindor bersorak gembira dengan keputusan yang diberi. Perasaan gembira begitu terpancar pada wajah mereka masing-masing apabila Gryffindor dinobatkan sebagai juara rumah tahunan pada tahun 2017 itu. Begitu juga bagi Lily yang pertama kali belajar di Hogwarts.

Semua pelajar Gryffindor bersorak gembira sambil mencampakkan topi mereka masing-masing ke atas siling.

~~~

Tahun persekolahan di Hogwarts telah pun berakhir. Semua pelajar pulang ke rumah mereka masing-masing dengan beg bagasi dan haiwan peliharaan mereka.

Sebelum menaiki Express Hogwarts, Lily bertemu dengan kawan-kawannya terlebih dahulu sebelum pulang.

"Albus!"panggil Lily apabila Albus memasukkan bagasinya ke dalam kabin.

"Hei, Lily!"kata Albus. "Sedihnya bila berpisah dengan kau. Tak ada lagi kawan gila-gila aku."

"Bulan September kan dapat jumpa lagi,"kata Lily sambil tersenyum.

"Hehe...yalah,"kata Albus.

Lily mencari Rose.

"Lily!"Rose memanggil Lily.

Lily melambai ke arah Rose. Rose datang bersama Marco.

"Aku rindu Hogwarts,"kata Rose.

"Aku pun,"kata Lily.

Marco membuat ekspresi menangis. Rose menepuk bahu Marco.

"Jangan buat perangai bila kau nak bermalam dekat rumah aku sepanjang cuti ni,"kata Rose.

"Hahah...aku gurau aje,"kata Marco.

Lily berpaling ke belakang dan melihat Mesut berjalan sambil menyeluk kedua belah tangannya ke dalam poket sweaternya.

"Hai, Mesut!"kata Lily.

"Hai..."kata Mesut dengan dua jari yang diangkat.

"Terima kasih sebab tolong kami...walaupun kitorang ingat kau jahat tapi hati kau memang murni. Kau ni bagaikan abang aku,"kata Lily.

"Really?"kata Mesut.

Lily mengangguk. Mesut ketawa.

"Yalah kalau begitu. Aku nak masuk dah ni. Jom, Marco!"Mesut mengajak Marco untuk menaiki keretapi itu.

"Bye, Mesut!"kata Lily.

"Bye!"Mesut membalas.

"Bye, Cik Marmalade!"kata Marco sambil membuat aksi mini lovenya.

"Sempat lagi!"jerkah Rose yang telah menaiki keretapi itu.

Lily pun menaiki keretapi itu. Lily melihat Tao yang berjalan melimpasinya. Lily menahan Tao.

"Hai Edi,"kata Lily.

"H-hai,"kata Tao lalu tersenyum manis.

"Aku sedih,"kata Lily.

"Kenapa?"tanya Tao.

"Sebab terpaksa berpisah dengan kau,"kata Lily.

Tao tersenyum lalu memeluk Lily dengan erat. Lily pun membalas pelukannya. Tao terus meleraikan pelukan itu.

"Bye Lily,"kata Tao.

"Bye Edison,"Lily melambai ke arah Tao.

Express Hogwarts mula bertolak meninggalkan Stesen Keretapi Hogsmeade. Masing-masing mengucapkan selamat tinggal kepada Hagrid termasuklah Lily yang melambai kepadanya. Hagrid pun membalas lambaian setiap pelajar.

Tahun pertama di Hogwarts telah pun berakhir. Lily kini tidak sabar untuk berjumpa dengan keluarganya di London.

Tamat

8 Julai 2018
12:12 A.M
Tamat re-edit:19 Jun 2020

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now