DDH 3: Hutan Darkshire

85 8 0
                                    

Kejohanan Quidditch Hogwarts kembali lagi. Walaubagaimanapun, Ravenclaw menjadi saingan Gryffindor pada perlawanan akhir kali ini kerana Slytherin berjaya dikalahkan oleh mereka.

Kelihatan Jungkook menjadi seeker bagi pasukan Ravenclaw.

"Perlawanan kali ini akan menjadi lebih sukar, Lily,"kata Seokjin kepada Lily.

"Ya, mereka ada Jungkook. Jungkook ada Firebolt,"kata Lily.

"Memang perkara ini akan menjadi lebih sukar,"kata Seokjin lagi.

Wisel ditiup. Semua pemain berada di posisi masing-masing.

Lily menjalankan tanggungjawabnya sebagai seeker pasukan. Dia mula mencari bola snitch yang berterbangan di angkasa sambil berlumba bersama Jungkook.

Semakin lama semakin tinggi Lily terbang ke angkasa. Dia merasakan dirinya sesat tambahan pula cuaca hujan renyai-renyai dan angin sedikit kencang mengganggu penglihatannya. Mujurlah ada gogal khas yang dapat membantunya melihat kawasan sekeliling.

Tiba-tiba, penyapu Lily hilang kawalan. Penyapu itu mula berpusing 360 darjah secara berulang-ulang. Lily mula pening dan mual.

"Tak mungkin!"kata Lily.

Bahunya disentuh secara tiba-tiba. Dia menoleh ke belakang lalu melihat roh Sarah yang menakutkannya. Lily terkejut dan gagal mengawal penyapu Nimbusnya.

Situasi semakin genting. Lily mula hilang kawalan. Genggaman tangannya juga terlepas dari penyapu itu. Lily berusaha memegang batang penyapu itu namun gagal. Dia jatuh menjunam ke tanah.

Rose yang sedang meneropong situasi itu terus menjerit.

"ADA PEMAIN JATUH MENJUNAM!"jerit Rose.

Semua penonton mula kecoh. Ada yang menjerit dan ada juga tergamam. McGonagall terus bangkit dari tempat duduknya dan menghalakan tongkat sihirnya.

"Arresto Momentum!"

Keadaan menjadi berhenti untuk seketika. Lily merasakan pandangannya semakin gelap dan mula pitam.

~~~

"Lily!"

Lily membuka matanya perlahan-lahan. Kelihatan Rose, Albus, Scorpius, McGonagall dan semua rakan sepasukannya berkerumun untuk melihat keadaannya.

"Syukurlah kau selamat!"Rose terus memeluk Lily.

Lily yang masih dalam keadaan bingung tersenyum secara paksa.

"Pasukan kita naib juara,"kata Tao.

"Tapi itu tak apa. Yang penting Lily selamat,"kata Ariana.

"Ya betul tu,"kata Sandra.

"Saya dapat tahu yang kamu sedang diganggu oleh roh tu,"kata McGonagall.

"Betulkah profesor?"tanya Mesut.

"Ya. Lagipun profesor Trelawney beritahu hal ini kepada saya,"kata McGonagall. "Kejadian tu bermula bila angin semakin kencang dan langit menjadi gelap."

"Tapi macam mana saya selamat, profesor?"tanya Lily kepada McGonagall.

"Semuanya disebabkan bantuan auror Luhan,"kata McGonagall. Luhan yang sedang duduk membaca sebuah buku di atas sebuah katil langsung memandang mereka.

"Saya ternampak seorang pemain jatuh menjunam dengan deras sekali,"kata Luhan. "Saya tak tahu yang pemain tu sebenarnya Lily. Bila profesor McGonagall jampikan awak, saya terus ambil penyapu terbang dan ambil awak."

"Kau bernasib baik Lily,"kata Tao.

"Terima kasih semua. Aku minta maaf kalau aku jadi penyebab kekalahan kita,"kata Lily.

"Tak, Lily. Tak,"kata Chanyeol sambil memegang bahunya. "Kau dah lakukan yang terbaik. Kau tak buat apa-apa kesalahan."

"Ini terjadi secara kebetulan,"kata Ariana.

"Ya,"kata Rose.

~~~

Empat sekawan itu berjalan keluar menuju ke rumah Hagrid selepas tamat sesi persekolahan.

"Selamat tengah hari, Buckbeak!"kata Albus yang membelai Buckbeak.

Buckbeak mula bermanja bersama Albus. Hagrid keluar dari rumahnya sambil membawa secawan teh dan biskut majerin.

"Apa khabar, Albus, Lily, Scorpius dan Rose! Bagaimana dengan sekolah hari ini?"tanya Hagrid.

"Baik-baik sahaja pak cik,"kata Rose.

"Kami datang nak melawat pak cik. Lagipun kesian pak cik seorang diri,"kata Scorpius.

"Sifat kamu sama seperti ibu bapa kamu yang lain,"kata Hagrid sambil ketawa.

"Betulkah?"tanya Albus.

"Ya. Ayah kamu, Harry Potter pun selalu datang ke sini bersama ibu bapa Rose,"kata Hagrid.

"Oh..."kata Albus.

"Mari masuk. Cuaca sekarang pun berkabus,"pelawa Hagrid kepada empat sekawan itu.

Selepas mereka masuk, mereka berempat duduk di atas sofa secara berdepan. Albus dan Scorpius duduk bersebelahan dengan Hagrid manakala Lily dan Rose duduk di hadapan mereka.

"Jadi, apa tujuan kamu datang ke sini?"tanya Hagrid.

"Kami nak tau sangat pasal Hutan Darkshire. Dalam banyak-banyak staf di Hogwarts, pak cik sajalah yang tahu semua tentang hutan tu,"kata Lily. "Jadi boleh tak pak cik bagi info?"

"Haha...bila masa pula kamu berempat berminat sangat tentang hutan ni? Setahu pak cik, hutan tu memang tak berpenghuni,"kata Hagrid. "Hutan ni sangat tebal. Semakin lama kamu masuk ke dalam hutan tu, semakin gelap keadaan di sekeliling."

"Lepas tu? Lepas tu?"kata Scorpius dengan teruja.

"Di sana ada banyak hantu!"kata Hagrid dengan suara yang menyeramkan.

"Woah!"mereka semua terkejut.

"Dan di sana ada...NARGELS!"Hagrid mengejutkan mereka berempat.

Mereka terjatuh dari sofa lalu bangkit semula.

"Tapi pak cik, apa itu Nargels? Adakah benda itu wujud?"tanya Rose.

"Pak cik pun tak tahu sebab pak cik dengar dari Luna Lovegood tentang makhluk itu. Sampai sekarang pak cik belum jumpa si Nargels tu,"kata Hagrid.

"Pak cik tahu tak di mana Adner sekarang?"tanya Lily.

"Tak. Pak cik tak terlibat dalam operasi tu,"kata Hagrid. "Sampai sekarang auror masih bingung di mana keberadaannya."

Scorpius ternampak sepinggan biskut majerin lalu berusaha mencapainya. Hagrid memberikan biskut itu kepada Scorpius.

"Kamu nak biskut?"kata Hagrid.

"Nak!"Albus pula yang mengambil biskut itu dan memakannya.

Lily dan Rose juga mengambil biskut itu lalu mengucapkan terima kasih kepada Hagrid. Tiba-tiba, empat cawan teh panas terbang ke atas meja.

"Wow!"kata Albus dengan terpegun.

Mereka menikmati minum petang mereka. Selepas itu, mereka pulang ke asrama.

"Terima kasih untuk info dan minum petang itu tadi, pak cik Hagrid!"kata Lily.

"Sama-sama. Nanti kalau ada masa, kamu boleh datang ke sini lagi!"kata Hagrid.

"Okay pak cik!"kata Albus.

Lalu mereka pun pulang ke asrama.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now