Suasana di Bilik Utama Gryffindor sedikit riuh dengan bunyi petikan gitar yang dimainkan oleh Chanyeol. Semua pelajar Gryffindor tidak berhenti memujinya dan meminta banyak lagu untuk dimainkan oleh Chanyeol.
Lily yang memakai hoodie merah yang dihadiahkan oleh Tao juga menyaksikan persembahan Chanyeol itu.
"Richard sangat suka dengan gitar baharunya,"kata Tao sambil memegang bahu Lily.
"Ed, terima kasih untuk hoodie ni,"kata Lily.
"Aku kan kawan kau. Mestilah aku yang akan belikan hadiah ini kepada kau,"kata Tao.
Lily tersengih. "Tapi level kau macam lebih dari kawan pula."
"Taklah. Aku memang baik,"kata Tao.
"Richard, cuba mainkan lagu Somewhere Only We Know pula!"kata salah seorang pelajar lelaki tahun pertama kepada Chanyeol.
Chanyeol pun mengangguk lalu memainkan lagu permintaan pelajar itu tadi.
Semua pelajar terus menyanyikan lagu yang dimainkan oleh Chanyeol dengan girang.
~~~
Lily, Rose, Albus dan Scorpius berada di perpustakaan. Kelihatan Jong Dae sedang menyusun buku-buku yang berselerak di sekeliling.
"Weh, macam mana dengan keadaan Adner sekarang?"tanya Rose kepada mereka berdua.
"Adner semakin pendiam,"kata Albus.
"Dia tak nak cakap dengan siapa-siapa pun. Lagipun bila kami tanya apa-apa je soalan, dia jawab sepatah,"kata Scorpius.
"Malah Jasper pun tak tahu bagaimana untuk pulihkan Adner kembali,"kata Albus.
"Aku rasa dia sekarang jatuh sakit,"kata Lily.
"Ya, firasat aku juga mengatakan begitu,"kata Rose. "Lagipun, dia abang kau Lily."
"Kami tak tahu sama ada dia jatuh sakit atau tak,"kata Scorpius.
"Tapi Jimin dan Jasper ada cakap yang Adner selalu mengigau,"kata Albus. "Adner akan menjerit dan cakap 'Tolong saya!' 'Tolong saya!' "
"Ataupun 'Saya tak mampu!' dan 'Jangan apa-apakan saya!',"sambung Scorpius.
"Aku rasa kita patut bawa perkara ini kepada Profesor McGonagall,"kata Rose.
"Jangan! Hal yang lain mungkin akan berlaku kalau kau bagitahu,"kata Albus.
"Tapi-"kata Rose.
"Kita biarkan dulu. Bila sudah sahih baru kita akan bagitahu,"kata Scorpius.
"Tak. Sepatutnya, profesor McGonagall perlu tahu tentang hal ini sebelum abang aku jatuh sakit,"kata Lily.
"Tapi tolonglah dengar cakap kami-"Lily terus memotong percakapan Albus.
"Perkara ini akan melarat dan semakin teruk kalau kau tak bagitahu,"kata Lily.
Albus mengeluh.
~~~
Selepas keluar dari perpustakaan, mereka ternampak Jimin sedang melaporkan sesuatu kepada McGonagall.
"Profesor, keadaan Adner bertambah teruk,"kata Jimin.
"Betulkah?"tanya McGonagall.
"Ya profesor,"kata Jimin. "Dia selalu mengigau dan meronta-ronta semasa tidur."
"Kami tak tahu bagaimana untuk pulihkannya sebab bila kami tanya apa-apa soalan kepadanya, dia akan mengamuk dan hempaskan barang ke sekeliling,"kata Yoongi pula.
YOU ARE READING
(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]
Fanfiction[Completed] [Vol. 1] Tahun Pertama Lily Marmalade tidak mengetahui tentang statusnya sebagai seorang ahli sihir berdarah kacukan. Sekeping surat yang diterima dari sekolah sihir Hogwarts telah mengubah hidupnya. [Vol. 2] Bilik Rahsia Pembukaan semul...