DDH 4: Naga Romania

61 5 0
                                    

Lily, Albus, Rose dan Scorpius berjalan menuju ke taman selepas selesai kelas transfigurasi. Mereka mengambil tempat duduk untuk berbual.

"Kau rasa Triwizard kali ni mencabar tak?"tanya Rose.

"Sangat mencabar,"kata Albus.

"Aku dengar pusingan pertama akan bermula pada hari Rabu minggu hadapan,"kata Scorpius.

"Betulkah?"kata Lily.

Scorpius mengangguk.

"Hari ini, pihak Kementerian Sihir terbang ke Romania untuk mengambil naga,"kata Albus. "Pak cik aku, Charlie Weasley yang mengurus pengambilan naga tu."

"Pak cik Charlie cakap naga kali ini sangat ganas,"kata Rose.

"Habislah mereka semua,"kata Scorpius.

Lily mula berfikir sesuatu.

"Kalau kita tengok naga tu sekarang, boleh tak?"tanya Lily.

"Yalah! Naga dari Romania tu sekarang ada di kawasan lapang di Hutan Larangan!"kata Albus.

"Jadi kita boleh pergi tengoklah?"kata Lily.

"Tapi tentu kita akan dihalang,"kata Scorpius.

"Hmm..."masing-masing berfikir.

"Oh ya!"kata Albus. "Aku ada simpan jubah halimuan milik ayah aku. Mungkin jubah tu boleh bantu kita untuk ke sana."

"Idea yang bernas!"kata Lily.

"Jom kita pergi sekarang!"kata Rose.

"Kejap, aku pergi ambil jubah tu dulu,"Albus terus berlari ke asrama Slytherin.

"Wait Albus!"Scorpius mengekori Albus.

~~~

Mereka ke Hutan Larangan dengan memakai jubah halimunan.Kelihatan beberapa buah sangkar yang menempatkan naga-naga tersebut tersusun rapi.

Suasana di kawasan tersebut begitu menakutkan apabila terdapat banyak naga yang ketakutan sambil mengeluarkan api dari mulut mereka.

"Whoa!"kata Scorpius sambil membuka jubah halimunan tersebut. "Kalau kita lalu kat situ mesti kita dah jadi ayam panggang dah."

Dari jauh kelihatan Hagrid sedang memerhatikan naga-naga tersebut.

"Keadaan naga ini masih baik,"kata Hagrid. "Charlie!"

Charlie datang dengan membawa catatannya.

"Bagaimana dengan naga ini?"tanya Hagrid.

"Pihak Kementerian akan bawa sangkar naga itu pada esok hari,"kata Charlie. "Jadi pak cik tak perlu risau."

"Baiklah,"kata Hagrid.

"Saya rasa pak cik patut berhati-hati sebab naga yang kami ambil ni sangat ganas,"kata Charlie.

Tiba-tiba, seekor naga yang terkurung di dalam sangkar berhampiran dengan Hagrid mengeluarkan api. Charlie segera menarik tangan Hagrid dengan perasaan yang cemas.

Charlie terus membawa Hagrid ke tempat yang selamat.

"Fuh, nasib baik!"kata Charlie.

"Betul cakap kamu,"kata Hagrid. "Saya patut hati-hati."

"Sebab itulah kenapa kawasan ini sekarang menjadi kawasan larangan,"kata Charlie.

"Lebih baik kita pulang,"kata Albus kepada rakan-rakannya.

Empat sekawan itu terus pulang ke kawasan sekolah dengan memakai semula jubah halimunan itu.

~~~

Semasa Albus, Rose, Scorpius dan Lily berbual di taman, Hayley dan rakan-rakannya datang lalu menendang kerusi sehingga jatuh.

"Hayley!"Lily terus berdiri menghadap Hayley.

"Hayley, apa kau buat ni?"kata Scorpius.

Hayley mengangkat sebelah keningnya. "Tak ada."

"Bagaimana dengan naga tu?"tanya Hayley.

"Kau tak perlu tahulah!"kata Lily.

Hayley melemparkan senyuman yang sinis sambil berpeluk tubuh.

"Kalau aku nak tau?"tanya Hayley.

"Tidak ada kena-mengena dengan kau,"kata Rose.

Hayley terus berlalu pergi.

"Triwizard tu bukan untuk kau semua,"kata Hayley. "Kejohanan tu hanya untuk pelajar yang mahukan kematian sahaja."

"Kurang ajar!"kata Lily.

"Sabar Lily sabar,"kata Albus.

"Yang penting dia dah pergi,"kata Scorpius.

"Aku betul-betul meluat dengan dia,"kata Lily. "Bilalah budak tu nak berambus dari sini?"

"Entahlah, aku pun tak tahu sampai bila,"kata Scorpius.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now