DDH 1: Real Reason

507 48 1
                                    

[Lily's POV]

Selepas hari yang begitu menakutkan itu, aku sangat bersalah kerana membiarkan diri terjebak dalam bahaya yang boleh membawa maut. Biarpun aku masih belum dapat menghindari sikap aku yang sering mengambil tahu tentang hal di sekeliling.

Itulah lain kali jangan jaga tepi kain orang. Eh, betul ke tu? Ah, lantaklah!

Selepas tamat kelas posyen, aku berjalan seorang diri menuju ke Dewan Besar.

Sambil berjalan, aku sempat bersiul seketika untuk menghilangkan kebosanan. Memandangkan Albus, Rose dan Scorpius ada kelas tambahan masing-masing sekarang ini.

Sesampainya di Dewan Besar, aku melihat beberapa orang pelajar sedang duduk sambil berbual bersama rakan-rakan mereka. Sementara aku pula hanya membawa sebuah buku yang dipinjam dari perpustakaan sebagai peneman.

~~~

Ketika aku sedang khusyuk membaca buku itu, aku didatangi oleh Richard yang sibuk membawa bola keranjangnya. Bola itu sengaja diputarkan di atas jari telunjuk apabila lelaki itu duduk di hadapanku.

"Hei, Lily!"sapa Richard kepadaku.

Bahuku terhinjut sedikit. Aku memerhatikan Richard dengan kening yang dijongketkan sebelah. Bibir dicebikkan sambil lelaki itu terus merenung aku dengan pandangan meliriknya.

"Apa yang kau nak?"tanyaku dengan selamba.

"Nothing. I'm bored,"Richard tersenyum.

Aku mengalihkan pandanganku ke arah Richard semula. Buku History of Magic ditutup. Keluhan dilepaskan.

"Rajin juga kau...sanggup kau baca buku history yang tebal gila ni,"kata Richard dengan senyuman yang sinis.

"Well, aku saja je. Lagipun aku boring,"kataku.

"Mana yang lain?"alis Richard terjongket ke atas sekali lagi.

"Yang lain...masih ada kelas. Ah, malaslah nak layan diorang. Bagus lagi aku layan diri sendiri aje!"

Richard tergelak kecil.

"Jom,"lelaki itu bangun semula sambil membawa bolanya.

"Nak ke mana?"tanyaku.

"Adalah,"suaranya semakin menghilang apabila dia melangkah keluar dari Dewan Besar itu.

~~~

Sesampainya di sebuah lapangan yang berdekatan dengan pokok Whimping Willow, Richard memberhentikan langkahnya sambil mengambil sehelai daun kering yang berguguran di lapangan rumput itu.

"Luas juga tempat ni,"kataku sambil mengambil sedikit udara segar di situ.

"Di sinilah tempat aku lepaskan segala tekanan aku,"Richard hanya merenung kosong di situ dengan pandangan yang menonong.

Aku memerhatikan di sebalik raut wajahnya yang agak tenang. Dari iris coklat tuanya sehingga hidung bangir dan bibir mungilnya cukup membuatkan lelaki itu kelihatan amat sempurna.

Rasa macam tak layak pula seketul kentang berdiri bersama dengan putera raja ni. Eh-

"Kau pernah terfikir tak apa tujuan kau datang ke sini?"tanya lelaki itu dengan rambut hitam pekatnya yang terbuai ditiup angin.

"Tak tau...aku dapat surat je terus sekolah kat sini. Kalau aku cakap aku nak belajar...macam klise pula,"kataku dengan jujur.

Aku dapat mendengar bunyi gelak tawa daripada Richard seolah-olah lelaki itu menyindir aku lagi.

"Welp, sounds like you don't want to tell the truth. Your voice never lie."

My voice never lie? Apa maksud kau Richard?

"A-apa maksud kau?"tanyaku kepadanya sambil menguiskan kaki pada lapangan itu.

"Kau tak sedar ke suara kau bergegar tadi?"Richard menahan tawanya.

Aku mendecit kecil sambil menggulingkan mataku. Kedua belah tangan disilangkan pada dada. Daun kering yang gugur berhampiran dikuis perlahan.

Bayu petang itu menyapa kami berdua. Sedang kami hanyut dalam keheningan masing-masing, aku bersuara semula.

"Aku ada tujuan kenapa aku datang ke sini,"aku lihat Richard sudah berpaling memandangku.

"Apa?"tanya dia.

"Sejak kecil, aku tak pernah tau di mana mak bapa aku. Apa yang aku tau daripada makcik aku, mereka dua dah meninggal. Tapi aku still tak percaya sampai sekarang-"

"Why?"tanya Richard.

Aku menghela nafas seketika sebelum menyambung semula bicaraku.

"Sebab Hagrid cakap mak bapa aku hilang. Hilang secara misteri,"kataku kepadanya.

"Ouh...aku pernah baca artikel pasal tu dulu,"suaranya seakan rendah sedikit.

"So kau nak cari mak bapa kau?"

Aku mengangguk.

"Tapi aku tak tau di mana dan apa yang aku tau mereka kena culik oleh Death Eater,"aku memandangnya sekilas sebelum seseorang memanggilku dari belakang.

"Lily!"

Aku terpandang Edison sedang berlari anak ke arah kami.

"Puas aku cari kau. Rupanya kau ada kat sini dengan Richard,"Edison menghela nafas seketika.

Aku memandangnya sambil menyilangkan kedua belah tangan pada dada.

"Kau ni penat semacam je. Baru habis lari ke?"

Edison memandangku lalu mengangguk.

Richard pula sibuk membuat bump pada bolanya sambil bersiul. Sementara aku dan Edison ralit memerhatikan pemandangan langit Hogwarts yang semakin membiru.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now