DDH 1: Leisure Time

473 44 8
                                    

Setelah Tao, Chanyeol dan Lily pulang ke asrama Gryffindor, mereka terus berehat di bilik umum. Rose dan Ariana pun datang dari tangga.

"Korang dari mana ni?"tanya Tao.

"Dari bilik tidur...aku dengar kau dengan Angela dah break,"kata Ariana.

"Benda bodoh tu lagi,"kata Tao.

"Apa maksud kau dengan benda bodoh tu?"tanya Ariana.

"Peeves,"kata Tao lalu menaiki tangga. Chanyeol pun mengekorinya.

Rose dan Ariana memandang ke arah Lily semula sambil membuat isyarat dengan menggerakkan sedikit kepala ke atas. Lily hanya mengangkat bahu.

~~~~~

"Kau pergi mana tadi?"tanya Rose kepada Lily.

"Hutan Larangan...kitorang kena kejar budak Angela tu,"kata Lily.

"Apa kau dah buat?"kata Ariana Grande, pelajar tahun ketiga yang berkulit gelap dan berambut panjang berwarna perang.

Lily mengeluh.

"Apa lagi...buat onarlah,"pandangan Lily dialihkan ke arah yang lain.

Rose dan Ariana menepuk dahi mereka.

"Kenapa?"tanya Lily.

"Kitorang risau kalau geng dia tu nak buat hal dekat kau pula lepasni. Dahlah ganas, gila lagi tu,"kata Ariana.

"Ya...budak tu gila,"Lily mengumpat Angela.

Mereka bertiga pun ketawa dengan terbahak-bahak.

"Sama macam kau,"sindir Rose.

"Heh!"Lily meninggikan suaranya.

Suasana di dalam bilik bertambah riuh dengan bunyi gelak tawa daripada Rose dan Ariana. Masing-masing terhibur dengan jenaka yang dilontarkan.

~~~~~

Semasa Lily dan Rose menuruni tangga, mereka terlihat Mesut dan seorang lagi rakannya, Marco Reus pelajar tahun keempat Gryffindor yang berambut blonde dan berhidung mancung.

"Kau nampak tak apa yang aku nampak?"kata Rose kepada Lily.

"Apa?"kata Lily.

"Aku nampak sesumpah dengan llama sesat kat sini,"Rose menuding jarinya ke arah dua orang lelaki itu.

Marco berdehem dengan kasar sekali.

"Kau tau tak...mengejek pengawas boleh menyebabkan korang dua ni dikenakan tindakan tau."

"Ek eleh, macamlah dia ingat dia tu tak pernah buat dosa langsung,"kata Rose.

Reus mendecit sinis ke arah sepupunya itu sambil menggulingkan bebola matanya.

"Yo Marco Polo,"Rose mengejek Marco.

"Hei, itu tak kelakarlah!"marah Marco.

Rose ketawa lalu membawa Lily keluar dari asrama. Mereka berdua berjalan menuju ke taman dan berjumpa Scorpius di sana.

"Macam mana kau boleh rapat sangat dengan Marco?"kata Lily kepada Rose.

"Marco tu kan sepupu aku. Dia dilahirkan dalam keluarga berdarah tulen dari Jerman...keluarga mereka ada pertalian darah dengan Igor Karkaroff."

"Igor Karkaroff?"tanya Lily.

"Ahli Death Eater yang dibunuh oleh Lord Voldermort sendiri. Dia ialah pemgetua sebuah sekolah sihir di Denmark namanya Durmstrang,"kata Rose.

"Igor Karkaroff ni jahat ke?"kata Lily.

"Aku tak tahu...ada yang cakap dia ni jahat,"kata Rose.

"Hei, itupun Scorpius!"

Scorpius yang sedang duduk sambil membaca buku manteranya segera menutup buku itu dan berjalan mendapatkan Lily dan Rose.

"Hai. Korang buat apa kat sini?"tanya Scorpius.

"Kitorang nak jalan-jalan makan angin,"Rose tersenyum.

"Oh yalah,"gumam Scorpius lalu melontarkan pandangannya ke arah tasik Black Lake.

"Di mana Albus?"tanya Rose.

Dari jauh kelihatan Albus yang sedang berlari menuju ke arah mereka.

"M...m...m...maafkan aku. Aku terlambat tadi sebab profesor Slughorn pelawa aku untuk minum petang,"kata Albus dengan tercungap-cungap.

"Mentang-mentanglah dapat markah tinggi ujian posyen,"kata Scorpius.

"Tapi rumah kita dapat 15 markah tau,"kata Albus.

"Baguslah,"kata Scorpius.

"Apa yang korang bincangkan sekarang?"tanya Albus.

"Tak ada apa yang nak dibincangkan langsung. Awek berdua ni pun nak jalan-jalan je,"kata Scorpius.

"So?"tanya Albus sekali lagi.

"We just need a time for some leisure,"kata Rose.

"Alright...Macam mana dengan Mesut tu agaknya?"kata Albus.

"Kenapa dengan Mesut lagi ni?"kata Rose.

"Aku dengar cerita, Mesut ada tatu,"kata Albus.

"It's normal to have a tattoo, right?"kata Lily.

"It's your opinion, but for me it isn't. Lagi satu, tatu dia mencurigakan,"kata Albus.

"Kenapa...dia cacah tatu lambang Death Eater ke?"tanya Rose.

"He's not a Death Eater. Tatu dia ada lambang bulan dengan tulisan-tulisan yang mencurigakan,"kata Albus.

"Mencurigakan?"kata Scorpius.

Albus mengangguk.

"Kejap-kejap...seingat aku, hanya Moonlight Soldier saja yang ada tatu macam ni,"kata Rose.

"Macam mana kau tau?"kata Albus.

"Aku ada nampak tatu tu di tangan Edison,"celah Scorpius.

"Tangan Ariana pun ada,"kata Lily.

Semasa mereka sibuk bercerita, Mesut berjalan melalui koridor dan memerhatikan mereka berempat. Mesut pun datang menuju ke arah mereka.

"Apa yang korang rancak bualkan ni?"tanya Mesut.

"Oh tak ada apa-apa,"kata Albus.

"Ada kena mengena dengan aku tak?"kata Mesut lagi.

"Umm...hehe tak ada pun...kan,"Rose teragak-agak untuk bercakap dengan Mesut.

"Yalah. Aku tau yang korang semua selalu mengata aku,"kata Mesut dan terus berlalu pergi.

"Mesut boleh baca fikiran kitalah,"kata Albus.

"Dia ada kuasa sihir yang kuat aku rasa,"kata Lily.

"Walaupun dia pelik,"kata Rose.

"Eh, apa kata kita pergi ke perpustakaan sebab profesor McGonagall suruh kita cari maklumat tentang objek transfigurasi. Scorpius dan Albus tak nak ke?"kata Rose kepada mereka berdua.

"Naklah,"kata Albus.

Mereka pun pergi ke perpustakaan sehingga waktu makan malam.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now