Semasa sesi kelas Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam, Harry mengajarkan mereka tentang Sumpahan yang Tidak Boleh Dimaafkan.
"Baik, siapa boleh bagi saya maksud Sumpahan yang Tidak Boleh Dimaafkan?"kata Harry.
Rose mengangkat tangannya.
"Bagus, Rose!"kata Harry sambil tersenyum.
"Sumpahan yang Tidak Boleh Dimaafkan merupakan sumpahan yang berbahaya dan tidak ada penawar. Betul tak profesor?"tanya Rose.
"Betul apa yang kamu cakap. Maksud bagi sumpahan ini sangat umum dan apa-apa sahaja definisi yang berkaitan tentang sumpahan ini boleh diterima,"kata Harry.
Semua pelajar mengangguk faham.
"Baiklah bagi tahun kamu, saya hanya akan ajarkan kamu tentang teori sahaja,"kata Harry. "Disebabkan sumpahan ini sangat merbahaya, kamu hanya akan dapat praktikkan mantera ini pada tahun keenam."
"Maksudnya, kita akan berlatih mantera ini pada tahun keenam?"tanya Rose.
"Ya,"kata Harry. "Baiklah, Sumpahan yang Tidak Boleh Dimaafkan terdiri daripada 3 jenis."
Harry mengambil kapur dan mula menulis pada papan hitam.
"Pertama, sumpahan mengawal minda ataupun lebih dikenali sebagai Imperio,"Harry menulis sumpahan tersebut pada papan hitam. "Kedua, sumpahan menyeksa."
Semua pelajar terus menumpukan perhatian mereka kepada Harry.
"Sumpahan ini memberikan kesan yang buruk terhadap lawan di mana lawan tersebut akan diseksa teruk,"kata Harry. "Sumpahan ini juga lebih dikenali sebagai Crucio."
Lily membuntangkan matanya.
"Sumpahan tu yang sering terkena kepada Mesut, Tao dan Chanyeol!"kata Lily dalam hati.
"Dan yang terakhir adalah-"Harry menukar kapur tulis. "Sumpahan membunuh."
Suasana menjadi sunyi. Masing-masing mula mempamerkan reaksi yang cuak.
"Jangan sesekali mengambil mudah tentang sumpahan ini,"kata Harry dengan serius. "Sekali terkena, lawan kamu akan mati."
Semua pelajar masih mendiamkan diri.
"Sumpahan ini juga sering disalah gunakan,"kata Harry. "Jadi, kamu kena berhati-hati."
"Apa nama sumpahan ini profesor?"kata Rose sambil mengangkat tangan.
Harry memandang Rose sambil tersenyum.
"Avada Kedavra,"kata Harry.
Lily terus teringat tentang insiden yang dihadapi olehnya setahun yang di mana Tom Jr hampir membunuh Lily dengan mantera tersebut.
~~~
Lily berjalan keluar dari asrama Gryffindor menuju ke perpustakaan. Semasa di koridor, dia bertembung dengan Chanyeol yang membawa buku-buku untuk dihantar ke perpustakaan.
Tiba-tiba, mereka berlanggar di antara satu sama lain sehingga buku-buku yang dibawa oleh Chanyeol bertaburan. Lily segera mengemas buku-buku tersebut.
"Ah, aku minta maaf!"kata Lily.
"Tak apa,"kata Chanyeol sambil tersenyum.
Semasa mereka sibuk mengutip buku-buku tersebut, Lily menumpukan perhatiannya terhadap seutas loket. Loket tersebut kelihatan sangat cantik.
"Ini loket kau ke?"kata Lily kepada Chanyeol.
"Ya,"kata Chanyeol.
Chanyeol masih berasa janggal tetapi pada masa yamg sama hatinya berbunga-bunga apabila bertemu dengan Lily.
Lily terus memberikan loket itu kepada Chanyeol. Secara tidak sengaja, Chanyeol tersentuh tangan Lily. Tangan gadis yang lembut itu membuatkan hati Chanyeol tidak keruan.
Wajah Chanyeol terus bertukar kemerahan.
"Err...aku minta diri dulu,"kata Chanyeol.
"Bye!"Lily melambai ke arah Chanyeol sambil tersenyum.
Chanyeol membalas lambaian dan senyumannya itu dengan manis.
~~~
Ruang utama asrama Gryffindor
Tao sedang berbaring di atas sofa sambil membaca buku. Pintu asrama dibuka dan kelihatan Chanyeol sedang memasuki asrama tersebut.
Chanyeol tersenyum tersipu-sipu malu sambil berlari menuju ke biliknya. Tao memandang Chanyeol dengan penuh hairan.
"Richard,"kata Tao kepada Chanyeol.
Chanyeol menoleh.
"Ya?"kata Chanyeol.
"Kenapa dengan kau ni?"kata Tao sambil tersenyum. "Lain macam je gembira hari ni."
"Tak adalah,"kata Chanyeol lalu berlari kembali masuk ke dalam bilik.
Tao menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Apa yang terjadi dengan budak ni?"kata Tao.
Ariana datang.
"Tao,"kata Ariana.
"Apa?"Tao memandang Ariana.
"Profesor Slughorn panggil kau,"kata Ariana. "Dia nak bawa kau untuk minum petang."
Tao bingkas bangun lalu keluar dari asrama dengan perasaan yang teruja.
"Haih, budak ni,"kata Ariana. "Ucap selamat pun tak, ni terus keluar."
YOU ARE READING
(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]
Fanfiction[Completed] [Vol. 1] Tahun Pertama Lily Marmalade tidak mengetahui tentang statusnya sebagai seorang ahli sihir berdarah kacukan. Sekeping surat yang diterima dari sekolah sihir Hogwarts telah mengubah hidupnya. [Vol. 2] Bilik Rahsia Pembukaan semul...