Suasana menjadi sunyi seketika. Semua masing-masing berfikir tentang isi yang akan dibicarakan oleh mereka untuk mengelakkan perbualan kosong terjadi.
"Bagaimana dengan pertandingan tu nanti? Berapa banyak pusingan yang akan diadakan?"tanya Lily.
"Empat,"kata Tao. "Satu pusingan ditambah."
"Dulu ada tiga,"kata Sehun. "Kalau empat pusingan ni mungkin pusingan baru tu lebih mencabar."
"Ya,"kata Ariana.
"Konsep pusingan pertama masih dikekalkan,"kata Ariana lagi. "Maknanya tahun ini Kementerian Sihir akan berbelanja besar untuk membeli naga dari Romania."
"Mungkin naga kali ini lebih ganas berbanding naga sebelumnya,"kata Chanyeol.
"Bagaimana dengan pusingan yang lain?"tanya Lily.
"Pusingan kedua sudah berubah,"kata Chanyeol.
"Bagaimana dengan pusingan tersebut?"tanya Ariana.
"Entahlah, aku pun tak pasti,"kata Chanyeol.
Tiba-tiba, Chaeyoung datang lalu mengoncangkan bahu abangnya.
"Abang! Abang! Abang!"kata Chaeyoung. "Ada tetamu datang!"
"Siapa lagi yang datang ni?"tanya Chanyeol.
Albus dan Scorpius datang ke dalam tempat tersebut melalui pantri.
"Maaf lambat,"kata Albus. "Kami ada masalah teknikal."
"Scorpius sakit perut tadi. Gara-gara makan biskut basi,"kata Albus lagi.
"Haihh...Scorpius,"keluh Sehun.
Mereka bertiga terus mengambil tempat duduk. Albus duduk di sebelah kiri Sehun manakala Scorpius pula mengambil tempat duduk di penjuru.
Chaeyoung membawa dulang berisi dua cawan teh dan sepinggan biskut kepada mereka.
"Maaf, saya tak makan biskut...saya sudah serik,"kata Scorpius.
"Biar abang habiskan,"kata Chanyeol.
Chaeyoung memukul bahu abangnya. "Abang! Biskut ini untuk tetamu!"
"Abang gurau je lah,"kata Chanyeol lalu ketawa.
"Apa tajuk perbincangan korang hari ini?"tanya Albus.
"Triwizard,"kata Sehun.
"Hei, aku dapat tahu yang Kementerian Sihir akan menurunkan had untuk menyertai pertandingan tersebut,"kata Scorpius.
"Betulkah?"tanya Ariana.
Scorpius mengangguk laju.
"Berapa had umur yang minimum bagi seorang pelajar untuk menyertai Triwizard?"tanya Chanyeol.
"15 tahun,"kata Rose.
"Maknanya, kita pun boleh ikut,"kata Ariana kepada Tao.
"Yalah,"kata Tao sambil tersenyum.
"Tapi bukankah pertandingan tu merbahaya?"kata Lily yang risau dengan Tao.
"Jangan risau,"kata Tao. "Kami sanggup berkorban. Kalau ada apa-apa yang terjadi dengan aku pun...aku akan sentiasa sayangkan kau."
Semua orang bersorak sambil memandang mereka berdua kecuali Chanyeol yang terus beredar keluar dan menuju ke pantri.
"Aku nampak kau berdua ni ada keserasianlah,"kata Ariana dengan teruja.
Lily dan Tao tersengih.
"Bagaimana dengan awak, Sehun?"tanya Chaeyoung.
Semua orang menumpukan perhatian terhadap Sehun.
"Saya? Err...entahlah,"Sehun menunduk sayu
"Aww..."kata mereka semua dengan penuh simpati.
Chanyeol datang kembali sambil membawa segelas air.
"Daripada kita bercerita pasal cinta bagus kita bercerita tentang pelajaran,"Chanyeol mengajuk percakapan Lily.
Lily memandang Chanyeol dengan pandangan yang aneh.
"Sejak bila kau jadi pelajar skema ni, Chan?"tanya Tao.
"Sejak lahir,"gurau Chanyeol.
"Hek eleh, dia ni,"kata Tao.
Chanyeol tersengih.
~~~
Selepas mesyuarat selesai, semua remaja terus menaiki tangga di bahagian pantri. Tangga tersebut sangat kecil dan dibina melingkar sehingga ke kawasan halaman belakang rumah Sehun.
"Ari,"Tao memanggil Ariana.
Ariana menoleh.
"Kenapa?"tanya Ariana.
"Aku nak cakap sesuatu dengan kau,"kata Tao. "Jom ikut aku."
Ariana terus mengekori Tao.
~~~
Tao memilih kawasan kolam ikan di halaman depan rumah Sehun sebagai tempat untuk mereka berbual.
"Kenapa kau bawa aku ke sini?"tanya Ariana.
"Aku nampak patung tu lagi,"kata Tao.
"Ye ke?"kata Ariana sambil membuntangkan matanya.
Tao mengangguk.
"Berapa kali patung tu muncul di halaman rumah kau?"tanya Ariana.
"Ini sudah masuk kali ketiga,"kata Tao.
"Aku rasa kau dalam bahaya, Tao,"kata Ariana. "Rodmunson betul-betul mahukan kau sebagai tawanan."
"Tak,"kata Tao.
Ariana membulatkan matanya sekali lagi. Ekspresi muka Tao pula bertambah serius.
"Tak, bukan aku,"kata Tao sambil menggeleng. "Patung tu ada sejak...Lily mula rapat dengan aku."
"Jadi dia nak jadikan Lily sebagai tawanan Death Eater?"kata Ariana.
"Ya,"kata Tao. "Kau kan dah tahu yang Lily tu sasaran utama mereka sekarang. Sejak kehilangan keluarga dia dan penemuan Venom...semuanya menjadi semakin rumit sekarang."
"Jadi apa yang kau patut buat?"tanya Ariana.
"Aku tak tahu. Aku risau,"kata Tao.
"Putuskan hubungan dengan Lily?"kata Ariana.
"Tergamaknya kau nak cakap begitu. Kau tak tau ke yang dia dalam kesusahan?"kata Tao. "Idea yang gila untuk putuskan hubungan dengan dia."
"Jadi macam mana lagi?"tanya Ariana.
"Aku akan cuba cari jalan lain untuk lindungi dia,"kata Tao.
YOU ARE READING
(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]
Fanfiction[Completed] [Vol. 1] Tahun Pertama Lily Marmalade tidak mengetahui tentang statusnya sebagai seorang ahli sihir berdarah kacukan. Sekeping surat yang diterima dari sekolah sihir Hogwarts telah mengubah hidupnya. [Vol. 2] Bilik Rahsia Pembukaan semul...