DDH 4: Tugasan Ketiga

59 3 0
                                    

"Selamat datang kepada semua peserta dan penonton yang disanjungi sekalian!"

Semua orang bertepuk tangan dengan gemuruh sekali.

"Pada hari ini, kita akan menyaksikan semua peserta Triwizard yang akan menyelesaikan tugasan yang ketiga iaitu menyelam."

"Tugasan ini bukan mudah kerana setiap peserta perlu menyelamatkan beberapa orang pelajar yang ditenggelamkan di situ sama ada rakan, adik, abang, kakak ataupun kekasih."

Chanyeol yang hanya memakai seluar pendek dan singlet berdiri di tepi tasik tersebut.

"Richard!"Rose yang memegang jubah Chanyeol berlari mendapatkannya.

Chanyeol menoleh.

"Kau dah minum posyen kau ke?"kata Rose.

"Alamak, aku lupa!"kata Chanyeol. "Tolong ambilkan posyen tu dari poket jubah aku."

Rose terus mengeluarkan posyen tersebut dari jubah Chanyeol.

"Nah, minum,"Rose memberikan posyen tersebut kepada Chanyeol selepas selesai membuka penutupnya.

Chanyeol terus meminum posyen tersebut.

"Berapa lama kesan posyen ni bertahan?"tanya Chanyeol.

"Satu hari,"kata Rose.

"Chanyeol!"Mesut memanggil. "Pertandingan akan bermula. Baik kau sedia!"

"Aku pergi dulu,"Chanyeol terus berlari ke pondok.

~~~

Semua peserta Triwizard sudah bersedia di pondok yang disediakan. Kelihatan ramai pelajar dan guru yang sedang memerhatikan mereka sambil teruja.

"Sebelum saya terlupa, statistik pencapaian peserta sepanjang Triwizard ini sudah berubah,"kata Stuart yang menjadi pengacara bagi pertandingan tersebut.

"Ya, betul kata awak,"kata Aqasha yang turut membantu Stuart. "Tempat pertama sekarang didahului oleh Rafaela."

"Manakala tempat kedua pula ialah Richard,"kata Stuart. "Tempat ketiga diikuti oleh William."

"Dan yang terakhir sekali ialah Zeenavie,"kata Aqasha.

Hon dibunyikan menandakan pertandingan sudah bermula. Semua peserta terjun ke dalam tasik lalu menyelam untuk mencari orang yang mereka perlu selamatkan.

Chanyeol terus berenang ke dasar dan melalui rumpai-rumpai yang panjang sekali diekori oleh William yang cuba menarik kaki Chanyeol.

Chanyeol menoleh lalu membuat ekspresi wajah yang marah kerana kakinya ditarik oleh William. Tetapi William hanya tersenyum dan berenang ke tempat lain.

Sementara itu, Rafaela terus berenang ke tempat di mana semua pelajar yang ditenggelamkan diikat pada bahagian kaki mereka.

Rafaela cuba membuka ikatan tersebut tetapi gagal kerana beberapa ekor Pixie cuba menyerangnya. Rafaela terus mengacungkan tongkat sihirnya sehingga membuatkan Pixie-Pixie tersebut lari.

Rafaela terus membuka ikatan pada tali yang diikat pada kaki adiknya, Valentino lalu membawanya kembali ke permukaan tasik.

Rafaela berjaya ke permukaan lalu membawanya adiknya ke pondok. Semua pelajar bersorak gembira apabila Rafaela berjaya menamatkan tugasan tersebut.

~~~

Sementara itu, Zeenavie terus mencari  cara untuk mengelakkan dirinya daripada dikerumuni oleh Pixie-Pixie tersebut yang semakin menyakitkan telinganya. Zeenavie terus mengacungkan tongkat sihirnya lalu segera berenang menuju ke arah Lola yang kaku kerana diikat dengan rantai di kakinya.

Zeenavie cuba membuka ikatan tali tetapi tidak berjaya kerana seekor ikan yang besar cuba menghentamnya jauh ke dasar. Zeenavie terus bergelut dengan ikan tersebut sehingga William dan Chanyeol sampai.

William dan Chanyeol terus membantu Zeenavie dengan mengacungkan tongkat tersebut ke arah ikan besar itu. Ikan itu terus terbuang jauh ke dasar.

Zeenavie terus membuka ikatan pada kaki Lola lalu membawa Lola naik ke atas. Tetapi, Zeenavie tidak mampu berenang ke atas kerana kehabisan oksigen. Zeenavie terus memancarkan cahaya merah dari tongkatnya sebagai tanda dia berada dalam kecemasan.

Chanyeol terus mendapatkan Lola dan melepaskan ikatan pada kaki Lily. Chanyeol terpaksa membawa mereka untuk membantu Zeenavie yang tidak mampus bernafas sepenuhnya.

William terus menyambut Zeenavie dan melepaskan Chaeyoung. Mereka semua terus naik ke atas.

~~~

"Di mana Richard?"tanya Mesut.

"Aku risau,"kata Ariana. "Pancaran cahaya merah tadi tu menandakan seseorang dalam bahaya."

"Mungkinkah-"kata Mesut. "Salah seorang daripada mereka lemas?"

"Aku tak tahu,"kata Ariana.

Dan semestinya, Ariana patut risaukan lelaki itu kerana dia menyukai Chanyeol. Tetapi tiada yang tahu.

Tiba-tiba, Chanyeol dan William terapung dari dasar tasik dan terus berenang ke pondok. Chanyeol terus membaringkan Lily dan Lola yang hampir lemas.

Tao terus berlari mendapatkan Lily.

"Lily, kau tak apa-apa ke?"Tanya Tao.

Lily terbatuk lalu menggeleng.

Zeenavie yang dibalut dengan tuala terus mendapatkan adiknya.

"Lola!"kata Zeenavie. "Terima kasih Richard kerana selamatkan adik saya. Terima kasih juga William sebab tolong saya keluar dari tasik tu."

Lola terus memeluk kakaknya.

Rose terus mendapatkan Chanyeol.

"Bagaimana dengan posyen tu?"tanya Rose.

Chanyeol mengangkat ibu jarinya sebagai tanda respon yang baik daripadanya.

Rose terus mengambil tuala dan meletakkannya pada Chanyeol untuk mengelakkan Chanyeol kesejukan.

"Terima kasih,"kata Chanyeol.

"Sama-sama,"kata Rose.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now