Semasa mereka sampai di tasik, Mesut sudah lama berada di tasik tersebut.
"Eh, Mesut pun ada di sini!"kata Jungkook.
"Oh, hai...tak sangka kita boleh bertemu di sini,"kata Mesut kepada Jungkook.
"Kami pun kebetulan datang picnic di sini,"kata Jungkook lagi.
Mesut memandang Lily dengan lama apabila Tao perasan dengan perlakuan lelaki itu.
"Ekhem! Apa kata kita cari port yang sesuai dulu baru kita sibuk cakap-cakap ya?"Tao berbasa-basi lagi di hadapan mereka.
Pandangan lelaki panda itu agak sengit pada mata Lily sambil dia mendengus geram.
Mesut dan Lily hanya memandang lelaki itu dengan pandangan yang agak menghairankan.
~~~
Lily bersama rakan-rakannya yang lain sibuk bermandi-manda di tasik. Gadis itu hanya memakai baju t-shirt berwarna hitam yang longgar dan berseluar pendek biru tua paras lutut. Pemakaiannya berbeza berbanding Rose dan Lisa yang hanya memakai pakaian renang.
"Kau memang sopan sangat ke?"Tao yang hanya berseluar pendek dan bersinglet memegang bahu kanan Lily.
Lily pula membuat muka jengkel.
"Apa yang sopan?"tanya dia.
"Kaulah satu-satunya perempuan yang tak pernah berbikini macam perempuan yang lain,"kata Tao lalu mencubit pipi Lily yang mungil.
"Sakitlah!"Lily memegang pipinya.
Tao tergelak kecil.
"Jom ikut mandi!"Tao terus menarik tangan Lily. Lily ketawa dengan riang sekali.
Mereka semua menikmati masa bermandi-manda mereka selepas menikmati makanan yang dibawa dari rumah. Hanya Jongdae dan Mesut sahaja yang duduk di atas batu sambil memerhatikan mereka yang sibuk bermandi-manda.
"Aku tak taulah kenapa kita berdua ni selalu je kena suruh jaga diorang sedangkan ada juga Stephen, Richard dan Edi di sana,"kata Mesut.
"Kitakan dah matang. Mereka tu masih ada hati budak-budak lagi,"kata Jongdae sambil membaling batu ke dalam tasik.
"Jongdae, kau dah ada teman wanita ke?"tanya Mesut.
Jongdae mengangguk.
"Kenapa kau tanya ni?"tanya Jongdae sambil menguiskan jarinya pada permukaan berbatu itu.
"Saja je tanya,"Mesut tersengih.
"Kau dah ada ke?"tanya Jongdae lagi.
Mesut mengangguk.
"Siapa?"
"Amine Gulse. Pelajar tahun keempat Beauxbatons,"kata Mesut sambil membaling seketul batu kecil ke dalam sungai.
"Jauhnya! Jadi macam manalah kau nak dating?"tanya Jongdae.
"Berutus surat,"kata Mesut. "Aku harap dia akan datang ke London dalam masa yang terdekat."
"Ni mesti sebab sakit rindu kan?"Jongdae ketawa.
"Eh, taklah!"Mesut cuba menyembunyikan hal yang sebenar.
"Eh, jangan nak bohong! Mesti rindu kan?"Jongdae menggeletek perut Mesut.
"Haha! Gelilah woi!"Mesut tidak tahan dengan geletekan Jongdae itu.
"Jujurlah,"kata Jongdae.
Mesut mengangguk laju.
"Ha! Kan aku dah kata!"kata Jongdae sambil mengetip jarinya.
Wajah Mesut menjadi merah padam.
"Tapi kan, kenapa Edi macam marah je tadi?"tanya Mesut sambil menggaru dagunya.
"Entah. Dia ingat kau sukakan Lily kot. Manalah tau kalau dia pun sukakan awek tu."
"Eish mengarut je lah. Aku dah ada awek pun..."gumamnya.
~~~
Lily asyik berenang di dalam tasik itu. Rose dan Lisa pula sibuk menyiram sesama sendiri. Kadang-kadang terkena Lily yang timbul semula pada permukaan air ataupun lima orang remaja lelaki yang sibuk membaling batu ke dalam dasar tasik.
Semasa Lily masuk ke dalam dasar tasik, dia ternampak sesusuk tubuh seorang gadis yang rupawan. Baru sahaja Lily mahu menyentuh tangan gadis itu, tangannya ditarik tiba-tiba. Lily meronta-ronta untuk dilepaskan namun gagal dituruti oleh gadis itu.
Lily dibawa ke sebuah tempat iaitu teratak bagi gadis itu. Gadis itu melepaskan seekor ular untuk datang menghampiri Lily tetapi Lily pantas berenang keluar dari tempat itu sehingga ke permukaan. Sesampainya di permukaan, kaki Lily terasa dibelit. Lily berusaha berenang untuk melepaskan dirinya daripada belitan ular itu sehingga dirinya terkapai-kapai pada permukaan itu.
Namun dia berjaya melepaskan dirinya dan segera berlari ke permukaan yang cetek. Kelihatan Tao yang sibuk memerah singletnya yang basah sekaligus mempamerkan badannya yang sasa.
"Edi!"Lily berlari ke arah Tao lalu memeluknya.
"Eh kenapa ni?"tanya Tao.
"A-aku hampir lemas,"kata Lily.
"Kenapa pergi ke permukaan yang dalam?"Tao meleraikan pelukan gadis itu.
"Bukan sebab tu...ada seekor ular yang datang dan membelit kaki aku. Sebelum tu, aku ada ternampak seorang gadis yang cantik paras rupanya,"kata Lily.
Tao mengerutkan dahinya.
"Aku tak fahamlah apa kau cakap,"kata Tao.
"Kau ingat Legenda Budak Parseltongue yang aku ada ceritakan kepada kau dulu?"tanya Lily.
Tao mengangguk.
"Oh, Sarah dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam tasik bersama seekor ular kesayangannya! Betul tak?"kata Tao.
"Ya dan tasik tu ialah...tasik ni,"Lily menoleh ke arah tasik itu dengan perlahan-lahan.
Riak wajah Tao berubah menjadi risau.
"Aku tak sedap hatilah,"kata Tao."Aku baru je lempar batu kat sana."
Tao menuding jarinya ke arah tempat di mana mayat Sarah Bouttle dan ularnya dibuang.
"Tao! Jom pulang!"Chanyeol membaling baju-t biru milik Tao dan disambut olehnya.
YOU ARE READING
(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]
Fanfiction[Completed] [Vol. 1] Tahun Pertama Lily Marmalade tidak mengetahui tentang statusnya sebagai seorang ahli sihir berdarah kacukan. Sekeping surat yang diterima dari sekolah sihir Hogwarts telah mengubah hidupnya. [Vol. 2] Bilik Rahsia Pembukaan semul...