DDH 3: Truth Behind

85 8 0
                                    

Albus melihat keadaan sekeliling. Angin mula bertiup kencang. Daun-daun yang kering pun berterbangan.

"Apa yang kau buat ni?"kata Lily kepada Adner.

Tiba-tiba, Chanyeol, Sehun dan Ariana ditarik oleh ular-ular peliharaan Adner itu. Mereka dibuang ke arah sebatang pokok yang besar dan rendang.

"Korang!"Lily berlari mendapatkan mereka bertiga.

"Kami ditarik oleh ular tu masa kami dapat tahu yang kamu diserang,"kata Chanyeol sambil menahan luka yang mengalir dari tangannya.

"Muka kau dah bercalar, Chan,"kata Sehun.

"Memang salah ular tu,"kata Chanyeol. "Heh bodoh! "

"Habis tu...di mana Ed?"kata Lily dengan resah.

"Edi sudah dibelit oleh Medusa!"kata Ariana.

"Siapa Medusa?"tanya Albus.

"Ular abang kau. Aku tak tau di mana Medusa bawa dia pergi,"kata Ariana. "Tapi aku nampak dia ditarik ke dalam semak-samun yang dapat menelan tu."

"No way..."kata Lily.

Tiba-tiba, Tao dibuang oleh Medusa lalu jatuh tersungkur di atas tanah. Kepalanya terhantuk pada akar pokok itu. Lily terus memangku Tao.

"Ed!"kata Lily.

"Inilah kawan-kawan tak guna kau yang aku ambil,"kata Adner.

"Beraninya kau! Sampai hati kau buat begini!"marah Lily.

Adner tertawa sambil menyeluk kedua tangan ke dalam sakunya. Adik kandungnya yang masih meradang itu diperhati dengan rasa penuh sarkastik.

Adner bencikan adiknya sendiri. Hanya kerana dia ialah seorang pembunuh.

"KENAPA KAU KETAWA?"jerkah Lily.

"Sebab aku tak patut beradikkan pembunuh seperti kau. Kaulah penyebab ibu dan ayah hilang! Kaulah penyebab ayah dibunuh!"balas Adner sambil menudingkan jarinya ke arah Lily. "Dan aku ada motif kenapa aku masih berada di sini sedangkan aku bencikan kau."

"Apa motif kau? Beritahulah dengan aku!"kata Lily.

"Motif aku adalah untuk meruntuhkan Hogwarts dan membunuh kau!"

Deg!

Jantung Lily hampir gugur. Mengapa abang kandungnya yang sudah lama tidak berjumpa mahu membunuhnya?

"Sebab yang lain lagi ialah...aku berada di pihak Death Eater,"Adner menunjukkan Dark Mark yang terukir pada lengan kirinya.

"Death Eater?"Tao tergamam.

Adner mengalihkan pandangannya ke arah Tao dengan senyuman yang sinis.

"Kau, Edison Huang. Kau jangan cuba nak tipu kawan-kawan kau yang kau kononnya baik. Bila-bila masa sahaja aku boleh beritahu kepada diorang semua yang kau sebenarnya-"

"KAU DIAM, ADNER!"Tao membuang Adner dengan tongkat sihirnya. Adner bangun dengan perlahan-lahan.

Lelaki cina itu terus berdiri sambil mengacukan tongkatnya ke arah Adner. Tangannya mula bergegar sehingga matanya kelihatan berkaca.

"Jangan...aku mohon...jangan Adner...jangan..."suaranya mula bergegar.

"Aku pernah nampak kau di Borgin & Burkes dulu. Oh ya! Aku pernah nampak kau berbual dengan Lucius Malfoy...aku dengar kau bercerita tentang-"

"AKU KATA CUKUP!"jerkah Tao.

Satu pancaran cahaya kehitaman ditembak tepat pada dada Adner sehingga lelaki itu mengerang kesakitan.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now