DDH 3: Ramalan Trelawney

83 9 0
                                    

Semasa kelas peramalan, Profesor Trelawney sedang mengajar cara-cara untuk meramal dengan menggunakan tangan.

Trelawney pun melihat garis-garis yang terdapat pada tapak tangan Lily.

"Tapak tangan kanan kamu menunjukkan yang kamu akan mendapat pekerjaan yang bagus, keluarga yang bahagia dan kehebatan yang luar biasa,"kata Trelawney. "Tapak tangan kiri kamu pula..."

Trelawney mula terdiam. Lily memerhatikan Trelawney yang mula risau dengan garis-garis yang terdapat pada tapak tangan kirinya.

"Kenapa profesor?"tanya Lily.

"Kamu...akan mendapat malapetaka sekurang-kurangnya sekali pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang,"kata Trelawney.

Mata Lily terbuntang.

"Pada usia 17 tahun, kamu akan menghadapi penentuan antara hidup dan mati kalau kamu mahu mendapatkan persoalan di sebalik persoalan yang bertimbun,"kata Trelawney. "Pertarungan di antara pewaris kuasa jahat untuk menghapuskan kejahatan kelam di dunia sihir ini."

Mulut Lily terkunci. Dia terdiam seribu bahasa dan masih keliru dengan ramalan Trelawney itu.

~~~

Selepas habis kelas peramalan, Lily berjumpa dengan Trelawney.

"Profesor,"panggil Lily.

"Ya?"Trelawney menoleh.

"Betulkah apa yang profesor ramalkan?"tanya Lily.

"Ramalan tak semestinya betul tapi ramalan ini betul-betul memberikan saya bayangan bahawa sesuatu akan terjadi kepada kamu nanti,"kata Trelawney. "Jangan sampai kamu silap langkah pula nanti."

Trelawney memegang bahu Lily. Lily hanya mengangguk kecil.

"Baik profesor,"kata Lily lalu keluar dari kelas itu.

Sesi kelas Penjagaan Haiwan Ajaib bermula. Hagrid menjadi guru bagi mata pelajaran itu.

"Baiklah semua! Hari ini saya akan membawa kamu semua untuk berjumpa dengan Buckbeak,"kata Hagrid.

"Buckbeak tu apa profesor?"tanya Scorpius.

"Oh, Buckbeak tu haiwan peliharaan saya. Ia sejenis Hippogrif,"kata Hagrid.

"Oh..."ramai pelajar yang melopong.

~~~

Hagrid memperkenalkan Buckbeak yang sibuk memakan daging tupai mentah segar yang sahaja diburu olehnya.

"Buckbeak ni pandai memburu. Sebab itulah sekarang saya jarang sekali masuk ke dalam hutan dan memburu tupai-tupai ni,"kata Hagrid.

"Profesor, Buckbeak ni tak liar ke?"kata Lily sambil membelek halaman Monster Book miliknya.

"Dia takkan liar kalau kamu tak kelipkan mata,"kata Hagrid yang membuatkan semua pelajar tersentak.

"J-j-jadi...kami tak boleh kelipkan mata walau sekali pun?"kata Lily.

"Tidak kalau kamu hampir dengannya,"kata Hagrid.

Lily berpeluh dingin. Dia menelan air liur yang tersangkut di tekaknya dan terketar-ketar.

"Baiklah, Violette Marmalade! Kamu dulu!"kata Hagrid.

"Tapi...profesor-"kata Lily.

"Kamu mesti berani kalau nak lawan dengan Dark Wizard,"kata Hagrid dengan nada yang agak tegas.

Semua pelajar merenung tajam ke arah Lily sambil membuat omongan sinis.

Lily terdiam. Dia berjalan perlahan-lahan menuju ke arah Hippogrif itu dan melihatnya tanpa berkelip pun. Buckbeak mula mendekatkan wajahnya ke arah Lily dan menggesel manja. Lily tergelak lalu membelai Buckbeak.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now