DDH 1: Pondok Usang

432 40 2
                                    

"Dia dah jatuh ke bawah dah,"kata Mesut apabila mereka sampai di kawasan kaki bukit yang agak terpencil itu.

"Maksudnya dia dah pengsan lah kan?"tanya Scorpius.

"Ya,"kata Mesut.

"Mari ikut aku ke satu tempat...peluk aku."

"Peluk?"tanya Scorpius.

Mesut mengangguk.

"Eww...tak nak. Kau ni gay ke?"tanya Scorpius kepada Mesut.

Dengan pantas, Mesut membulatkan matanya tanda marah.

"Aku masih ada perasaan dekat perempuanlah!"katanya.

Scorpius tersengih.

"Yalah yalah...aku peluklah,"kata Scorpius terus memeluk Mesut.

Mesut melakukan aksi sama seperti tadi dan hilang begitu sahaja dengan kesan asap keabuan itu.

~~~

Mereka sampai di sebuah pondok yang usang. Kelihatan Lily, Albus dan Rose berdiri di hadapan pintu itu sambil berbisik.

"Apa yang korang buat sekarang ni?"kata Scorpius.

"Kitorang sibuk buat projek Herbologi tadi ..tiba-tiba kitorang ternampak ada budak perempuan berambut putih jatuh terguling-guling di sini tadi dan sekarang dia pula yang tak ada,"kata Lily.

"Aku ada dengar bunyi tapak kaki dalam pondok usang ni,"kata Albus.

"Bunyi tapak kaki?"tanya Mesut.

"Ya,"kata Rose.

"Eh, macam mana awak boleh datang ke sini Mesut?"tanya Rose lagi.

"Aku ada nampak Scorpius nak kejar Hayley sebab dia hina Scorpius. Bila budak ni nampak aku, dia terus minta tolong. Baru je tadi kami berlawan di bukit di atas tu,"kata Mesut.

"Mungkin budak tu Hayley,"kata Lily.

"Yalah sebab kan aku dengar Hayley dilahirkan dalam keluarga sihir yang kuat dari sebuah pulau terpencil yang berdekatan dengan Antartika,"kata Rose.

"Rambut mereka akan menjadi putih jika mereka tidak sedarkan diri."

Lily kelihatan terpegun.

"Kejap,"Mesut ternampak sesuatu. "Bukankah ini loket Hayley?"

"Mana?"kata Albus sambil meneliti loket kayu itu.

"Yalah...cuba tengok muka tu. Serupa dengan Hayley,"Albus membulatkan matanya.

Tiba-tiba, mereka terdengar bunyi kayu patah di dalam pondok itu. Mereka terdengar satu bunyi teriakan yang begitu kuat sekali.

"Korang tunggu di sini dulu,"kata Mesut lalu perlahan-lahan memasuki pondok itu.

Mesut memakai hud mantel hitamnya. Dalam keadaan bersiap sedia, dia terus mengeluarkan tongkat sihirnya dan berjalan berjengket-jengket. Secara tidak sengaja dia terpijak kayu yang rapuh.

"Ceh! Nasib baik aku tak terjatuh tadi!"kata Mesut ketika dia berusaha menahan dirinya dari terjatuh.

Seorang perempuan berambut putih muncul.

"Mesut! Sini pun kau,"katanya.

Mesut mendongak dan melihat Hayley yang berada di atas buaian di siling itu. Hayley pun melompat turun dan berdiri berhadapan dengan Mesut.

"Apa yang kau nak?"kata Mesut.

"Aku nak balas dendam,"kata Hayley.

"Memandangkan kau ni dari kumpulan Moonlight Soldier, aku rasa ada baiknya kita berlawan satu lawan satu."

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now