Selepas selesai kelas posyen, Lily dan rakan-rakannya berjalan menuju ke kelas astronomi. Profesor Aurora Sinistra menjadi guru bagi matapelajaran tersebut.
"Kita dapat melihat kedudukan planet Marikh yang hampir dengan Bumi,"katanya semasa sesi pembelajaran. "Planet ini sangat jelas dilihat selepas fenomena Bulan Berdarah."
"Adakah bulan akan mengeluarkan darah?"tanya Hayley. "Dan adakah ia ditikam oleh seseorang?"
Semua pelajar ketawa.
"Korang dah kenapa ni?"tanya Hayley dengan bengang sambil memandang tajam mereka semua.
"Jangan tanya soalan mengarut kepada saya, Glitch. Bulan bukan berdarah tetapi sinaran cahaya matahari dihalang untuk sampai ke bulan,"kata Sinistra dengan serius. Pandangannya yang tajam membuatkan Hayley membisu.
~~~
"Sebodoh-bodohnya aku, pekat lagi kebodohan Hayley,"kata Lily sambil tertawa sinis.
Hayley bersama rakan-rakannya berjalan melimpasi Lily, Albus, Rose dan Scorpius. Tiba-tiba sahaja dia melanggar bahu Lily.
"Hoi bangsat!"jerit Lily.
"Ops tak sengaja,"kata Hayley sambil menekup mulutnya, ketawa palsu dibuatnya.
"Kaulah bangsat. Asyik cari pasal je,"sindir Frennie Hoggs, sahabat kepada Hayley.
"Diamlah kau!"marah Rose.
"Jangan nak diamkan kawan akulah, mudblood!"kata Hayley.
"Apa kau cakap?"Rose terus menyerang Hayley.
Berlaku pergelutan di antara Rose dan Hayley. Masing-masing menyokong di antara dua orang gadis itu untuk memenangi pergaduhan tersebut. Pergaduhan itu berterusan sehingga Luhan datang.
"Ravenclaw headboy datang!"kata Frennie lalu lari sambil diikuti oleh rakan-rakannya yang lain.
"Apa yang bising-bising ni?"tanya Luhan.
Hayley dan Rose berhenti bergaduh.
"Lu, Hayley hina saya,"kata Rose.
"Hayley hina awak?"tanya Luhan.
Rose mengangguk. "Dia kata saya mudblood."
Hampir lagi gadis itu menangis.
"Mudblood?"Luhan terkejut. "Hayley, awak nak saya laporkan perkara ni kepada Profesor Keiling ke?"
"Profesor Keiling?"tanya Lily.
"Profesor Johnson Aulard Keiling. Penolong pengetua di sini. Dia ketua rumah Hufflepuff sekarang,"kata Luhan.
"Aku minta maaf,"kata Hayley lalu meninggalkan mereka begitu sahaja.
"Begitu saja?"kata Rose.
Langkah Hayley terhenti.
"Habis tu?"tanya Hayley lalu menjeling tajam ke arah Rose. Hayley terus berjalan dengan pantas meninggalkan mereka.
"Eee...tak sopannya,"kata Scorpius.
"Perangai begitu tak patut dicontohi,"kata Luhan.
~~~
Ruang Utama asrama Gryffindor
"Aku rasa buku protokol Hogwarts tu dah kena makan oleh Basilisk,"kata James. "Sebab lama sangat berkampung kat situ."
"Jangan nak mengarut lah,"kata Rose.
James tertawa kecil.
"Eh, surat tu macam mana?"tanya Lily.
"Menurut kata Alex yang menjadi pemantau tadi, Profesor McGonagall berasa amat kecewa,"kata Marco dengan nada yang sangat baku sekali.
"Kecewa? Kenapa?"kata Lily.
"Kementerian tak terima bantahan profesor,"kata Chanyeol sambil tangannya ligat memutar dadu itu. Permainan papan snake and ladder yang dimainnya bersama Sehun ditenung begitu sahaja.
"Nampaknya Hogwarts akan berada dalam bahaya sekali lagi,"Sehun meletakkan dagunya di atas kedua tangan yang disilangkan pada meja.
"Janganlah cakap begitu, aku takut ni,"kata Lily.
"Kitorang pun takut ni,"kata James.
Semua mengeluh.
~~~
Waktu tidur untuk rumah Gryffindor menjelang. Lily masih duduk berpanas di hadapan unggun api. Gadis itu berasa bosan lalu keluar dari asrama Gryffindor.
"Lumos Maxima,"Lily menyalakan tongkat sihirnya.
Perlahan-lahan dia menuruni tangga menuju ke koridor utama.
Semasa dalam perjalanan, Lily terdengar bunyi bisikan dari belakang. Kepala terus ditoleh ke belakang tetapi tidak ada sesiapapun di situ. Lily terus berjalan.
"Lily."
Sekali lagi bunyi bisikan itu muncul, Lily terus menoleh tetapi tidak ada sesiapapun. Lily hairan.
"Siapa pula yang nak berbisik dengan aku ni?"gumam Lily.
Lily terus berjalan sambil mengamati hiasan di sepanjang laluan koridor itu. Gambar-gambar potret hidup yang lena dibuai mimpi itu sungguh tenang sekali.
"Lily."
Lily terus menoleh ke belakang dan wajahnya ditekup oleh sesuatu benda yang begitu misteri. Benda itu berwarna hitam legap.
Pandangan Lily bertukar gelap.
YOU ARE READING
(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]
Fanfiction[Completed] [Vol. 1] Tahun Pertama Lily Marmalade tidak mengetahui tentang statusnya sebagai seorang ahli sihir berdarah kacukan. Sekeping surat yang diterima dari sekolah sihir Hogwarts telah mengubah hidupnya. [Vol. 2] Bilik Rahsia Pembukaan semul...