DDH 4: Rumah Keiling

67 6 0
                                    

"Macam mana profesor boleh datang ke sini?"tanya Tao kepada Keiling.

"Hutan tempat kamu berkhemah sekarang telah dikuasai oleh Death Eater. Dengarnya, tempat ini akan menjadi markas utama mereka untuk mengadakan perjumpaan rahsia,"kata Keiling.

"Di hutan ini?"Chanyeol hairan.

"Cuba kamu lihat rumah besar di hujung sana tu,"Keiling menudingkan jarinya ke arah sebuah mansion yang besar di sebalik pokok-pokok yang melindungi rumah tersebut.

"Siapa punya rumah tu?"tanya Tao.

"Rumah Tom Jr,"kata Keiling. "Lebih baik kamu semua keluar dari sini. Mungkin Tom Jr akan perhatikan kamu semua dan terus membuat rancangan untuk hapuskan kamu."

~~~

Keiling, Tao dan Chanyeol datang ke tapak perkhemahan. Lily, Sehun dan Rose terus datang ke arah mereka. Lily terus merangkul Chanyeol yang cedera.

"Richard, kau tak apa-apa?"kata Lily dengan risau.

"Tak, aku okay je,"kata Chanyeol.

"Edi!"Lily terus memeluk Tao lalu menangis.

"Kenapa kau ni?"Tao mengelap air mata Lily dengan kain mantelnya.

"Aku risau! Kami ada nampak tanda Death Eater di langit tadi,"kata Lily.

"Joni dah kembali,"kata Rose.

"Joni?"tanya Lily.

"Jonnisthon,"kata Rose. "Orang yang setia dengan Tom Jr selepas Rodmunson. Tom Jr baru sahaja lepaskan dia dari Azkaban."

"Tom Jr sangat licik,"kata Sehun.

"Kemaskan barang kamu. Kita kena keluar dari hutan ni. Tom Jr mungkin akan perhatikan kamu semua,"kata Keiling.

Mereka terus mengemas barangan masing-masing.

~~~

"Macam mana aku nak cakap dengan mak bapa aku tentang hal ni?"Sehun mengeluh.

"Kenapa pula?"tanya Rose.

"Aku cakap dengan diorang yang kami pergi lama dan diorang benarkan,"kata Sehun.

"Chaeyoung tak ikut ke?"tanya Tao kepada Chanyeol.

"Dia tu memang tak nak pergi. Tahu-tahulah dia tu, tak suka keluar malam,"kata Chanyeol.

"Dia tu patut didedahkan dengan aktiviti macam ni,"kata Sehun. Chanyeol berdecit.

"Mana maunya,"kata Chanyeol.

Kemudian, mereka sampai di rumah Keiling. Sebuah rumah kayu yang sederhana besar dan mempunyai dua tingkat sudah cukup selesa untuk Keiling dan keluarganya hidup bersama.

"Inilah rumah saya,"kata Keiling.

"Rumah kayu dua tingkat rupanya. Besar juga,"kata Sehun.

Keiling terus mengetuk pintu. Kelihatan isterinya, Amanda membuka pintu.

"Abang dah balik,"Amanda terus mengucup bibir Keiling.

"Abang balik bawa anak murid. Mereka ni berkhemah di Hutan Darkshire,"kata Keiling.

"Hutan Darkshire? Jadi selama ni hutan tu ada berhampiran dengan rumah kitalah?"kata Tao.

Rose terus membelek buku yang dibawanya. "Yalah, hutan tu ada berhampiran dengan kita. Hutan yang kita pergi tadi adalah penghujungnya."

"Maksudnya, Hutan Darkshire tu memang luas?"tanya Lily.

"Ya,"kata Rose.

"Nasib baik Profesor Keiling datang selamatkan kamu,"kata Amanda. "Jemputlah duduk. Mak cik sediakan teh dan biskut. Kalau kamu mahu marshmello pun mak cik boleh ambilkan."

"Tak apalah mak cik. Terima kasih dengan pelawaan tu,"kata Lily.

Mereka terus duduk di atas sofa manakala Chanyeol berbaring di atas paha Sehun.

"Kamu semua bolehlah tidur di sini untuk sementara waktu. Nanti besok, saya akan hantarkan kamu semua,"kata Keiling.

"Terima kasih profesor,"kata Rose.

"Oh ya, Rose. Bagaimana dengan ayah kamu sekarang?"tanya Keiling.

"Baik-baik saja,"kata Rose. "Dia sekarang bekerja sebagai auror. Kerjanya mencabar, profesor."

"Saya tahu,"kata Keiling. "Auror mesti perlukan nilai keberanian dan ketabahan."

"Ya,"Rose menunduk seketika.

Sementara itu, Amanda datang sambil membawa seteko teh bersama beberapa cawan yang terbang di sampingnya. Kemudian, cawan-cawan itu tersusun rapi di atas meja bersama sepinggan biskut dan marshmello.

"Jemputlah makan,"pelawa Keiling kepada enam sekawan itu. "Richard, kamu boleh bangun tak?"

"Boleh profesor,"kata Chanyeol. Chanyeol bangun perlahan-lahan lalu mengambil secawan teh dan biskut untuk dimakan.

"Hmm! Sedapnya!"kata Tao sambil makan dengan gelojoh.

"Ed,boleh tak kau makan perlahan-lahan? Tak sopanlah kalau begitu,"Rose menegur Tao.

"Maaf. Maaf,"kata Tao.

Tiba-tiba, Tao tersedak. Sehun terus menepuk belakang lelaki itu.

"Kan aku dah cakap tadi,"kata Rose yang duduk di hadapannya.

"Yelah,"kata Tao.

~~~

Pada waktu malam, Keiling menyuruh Lily dan kawan-kawannya tidur di ruang tamu.

"Kamu semua tidur sahaja di ruang tamu,"kata Keiling. "Bilik yang lain tidak boleh dihuni. Profesor ada sediakan tilam dan selimut untuk kamu."

"Terima kasih, profesor!"kata Chanyeol.

Keiling terus menaiki tangga menuju ke bilik tidurnya.

"Profesor Keiling ada anak ke?"tanya Lily.

"Ada tapi semua sibuk dengan kerja. Dengarnya ada dua orang anak dia yang bekerja sebagai penjaga naga di Romania,"kata Tao.

Mereka pun mengambil tilam, bantal dan selimut lalu tidur di tempat masing-masing.


(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now