DDH 4: Petanda Mimpi Buruk

59 2 0
                                    

Mimpi ngeri datang kembali. Bayangan kawasan perkuburan tersebut terlintas kembali dalam mindanya.

Lily berdiri berhampiran dengan sebuah tugu di kawasan tersebut. Dia memerhatikan seorang lelaki yang berselubung hitam sedang berdiri di hadapan sebuah kubur.

Tiba-tiba, dua orang remaja lelaki dan perempuan datang melalui alat Portkey yang dipegang oleh mereka. Lily tidak dapat melihat wajah remaja tersebut kerana suasana di perkuburan tersebut sangat berkabus.

Tetapi, dia dapat melihat alat Portkey yang digunakan. Peralatan tersebut kelihatan seperti Piala Triwizard.

Lily terus memerhatikan situasi tersebut. Lelaki yang berselubung hitam itu terus mengacungkan tongkat sihirnya ke arah remaja perempuan tersebut lalu membunuh perempuan itu.

Lily terkejut tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa.

Remaja lelaki itu tadi bertindak menyerang lelaki yang berselubung dengan tongkat sihirnya. Berlaku satu pergelutan di antara mereka.

Lily tidak dapat mendengar setiap bait perkataan yang dilontarkan dari mulut mereka sehinggalah dia terdengar satu jeritan yang agak kuat dan kasar. Suara tersebut sangat dikenalinya sehingga membuatkan matanya terbuntang luas.

"Tak mungkin,"kata Lily.

Tiba-tiba, satu letupan yang sangat dashyat berlaku. Lily terus terbuang jauh ke sebatang pokok sehingga menyebabkan kepalanya terhentak dengan kuat.

Tiba-tiba, Lily terbangun.

Dia menarik nafas lega kerana selamat dari mimpi ngerinya itu.

"Mimpi tu..."kata Lily."Adakah ini bermakna-"

Lily membesarkan matanya.

"Richard dan Rafaela!"kata Lily. "Piala Triwizard itu dijadikan sebagai Portkey!"

Lily bingkas bangun dari katilnya. Dia melihat semua rakan sebiliknya masih tidur lagi.

Lily terus melihat kalendar yang dilekatkan pada dinding. Dia melihat tarikh hari ini iaitu 15 Mei bermakna tugasan yang terakhir akan diadakan pada tarikh tersebut.

"Hari ini tugasan terakhir,"kata Lily. "Ini tak mungkin! Aku perlu beritahu kepada Chanyeol!"

Lily terus keluar dari bilik lalu mencari Chanyeol. Kelibat Chanyeol tidak kelihatan di situ tetapi hanya Tao yang duduk sambil membaca buku.

Lily berasa hampa lalu masuk semula ke dalam biliknya.

Belum sempat Lily masuk ke dalam bilik, Tao terus bercakap.

"Kau nak cari Chanyeol lagi?"tanya Tao.

"Ya,"kata Lily. "Aku ada sesuatu perkara yang aku mahu katakan kepada dia."

"Kenapa kau nak menyibuk?"tanya Lily lagi. "Kau tak ada kena-mengena dalam hal ini, Edison Huang."

"Apa?"tanya Tao lalu memandang Lily dengan pandangan yang tajam. "Kau nak cakap yang kau ada perasaan dengan dia? Dan kau kata aku penyibuk? Apa fungsi aku sebagai seorang kawan, Lily? Kau abaikan aku tahu tak?"

Panjang bebelannya.

"Tak! Aku bukan bermaksud begitu!"marah Lily. "Kau salah faham ni!"

"Habis tu?"tanya Tao.

"Perkara ini peribadi jadi kau tak boleh tahu,"kata Lily.

"Aku dah agak,"kata Tao."Kau mesti sukakan dia kan?"

Lily mengetap bibirnya kerana berasa sangat geram dengan Tao.

"Kau sudah salah faham,"kata Lily.

"Kau ni,"kata Tao. "Asyik-asyik kau je yang betul!"

"Perkara peribadi tidak boleh diberitahu,"kata Lily.

"Baiklah,"kata Tao. "Kalau begitu kau menang."

Lily terus masuk ke dalam bilik dengan perasaan geram yang masih bergelumang dalam hatinya.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now