DDH 2: Ruang Rahsia

96 10 0
                                    

Mereka bertiga bersembunyi di dalam sebuah terowong kecil. Masing-masing menahan nafas agar tidak dikesan oleh Basilisk itu. Tiba-tiba, Fawkes datang sambil membawa seguni senjata.

Lily terus mengambil guni itu. Kelihatan sebilah pedang, sebuah busur dan panah serta lembing di dalam guni itu.

Tiba-tiba, Basilisk itu datang menyerang mereka. Tao terus mengeluarkan pedang tersebut lalu menikam mata Basilisk sehingga buta. Basilisk itu mengerang kesakitan lalu meninggalkan mereka dengan kesengsaraan yang dialami.

"Godric Gryffindor,"Tao terpegun dengan pedang milik Godric itu.

"Biar kau pegang pedang tu. Aku akan gunakan busur dan panah ni. Yoongi pula akan gunakan lembing,"kata Lily.

"Kita keluar secara perlahan-lahan dari terowong ni. Biar aku yang jadi ketua,"kata Tao.

Mereka terus keluar dari terowong itu dengan berhati-hati.

~~~

Mereka sampai di pintu ruang rahsia itu. Pintu itu terbuka dengan bahasa Parseltongue yang dilontarkan oleh Yoongi.

"Kalau kau nak tau, kau ada seorang abang Marmalade,"kata Yoongi.

Langkah Lily yang baru sahaja hendak masuk ke dalam pintu ruangan tersebut terhenti. Lantas dia menoleh ke belakang dan menjegilkan matanya.

"Aku ada abang?"tanya Lily.

Yoongi mengangguk. "Pelajar di sini juga. Tapi aku tak tau siapa."

Tao merenung tajam ke arah Yoongi. "Sejak bila ada student lelaki lain yang ada nama Marmalade di sini? Kau jangan main cakap Yoongi, aku ni pengawas yang bertugas dalam bahagian Student Union kau tau?"

Student Union merupakan sebuah pertubuhan yang ditubuhkan untuk mengumpul data kesemua pelajar dari setiap tahun yang belajar di Hogwarts. Pertubuhan ini diasaskan untuk mengetahui kebolehan sihir dan potensi setiap pelajar dalam ilmu yang dipelajari mereka sepanjang tujuh tahun pengajian.

"Macam ada, tapi aku tak tau,"Yoongi mengangkat kedua bahunya.

Mereka sampai di sebuah tempat yang dipenuhi dengan kolam. Beberapa ekor ular mengiringi mereka. Salah seekor hampir menggigit kaki Yoongi.

"Sh*t!"Yoongi merengus dengan amarahnya.

"Kau tak apa-apa?"Tao mula risau.

Yoongi hanya menggeleng. Ular-ular yang semakin mengganas itu berusaha menghampiri mereka bertiga. Dengan langkah yang dipercepatkan, mereka bertiga segera berjalan meninggalkan tempat tersebut.

"Ular tu berbisa,"kata Tao.

Yoongi menoleh semula ke arah ular tersebut. "Kalau aku cakap pun, diorang takkan dengar. Sama sekali tak akan."

"Ular tu degil,"kata Yoongi lagi.

"Mungkin...kita patut panggil seseorang untuk halau ular ni-"kata Lily.

"Panggil seseorang?"

Semua menoleh ke arah Delphini yang menunggang Basilisknya.

"Tahniah sebab sanggup ambil risiko untuk datang ke sini,"kata Delphini. Dia mendukung Aurora yang terbaring layu.

"Aurora!"Tao terkejut lalu berlari ke arah Delphini.

"Kau tak akan dapatkan dia begitu saja!"kata Delphini lalu mengarahkan Basilisk itu membuang Tao jauh dari mereka.

Tao terbuang dan terhempas pada dinding. Kini, dia cedera parah.

Lily segera mengambil pedang tersebut lalu dimasukkan ke dalam beg panah. Tinggal dia dan Yoongi lagi yang belum diapa-apakan.

Delphini membuat isyarat kepada Basilisk untuk menyerang mereka. Basilisk itu terus menyerang dua remaja itu dan dibuang masuk ke dalam kolam.

Tanpa berlengah, Lily terus menikam biji mata kanan Basilisk itu.

"Siapa yang berani butakan mata aku?"marah Basilisk itu.

"Lily, cepat buang pedang tu!"kata Tao kepada Lily yang berusaha untuk mengapungkan dirinya di dalam kolam yang begitu dalam itu.

Lily terus mencampakkan pedang itu ke arah Tao. Tao terus menghunus pedang itu ke arah Basilisk manakala Yoongi membantu Lily keluar dari kolam itu.


(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now