Keesokan harinya, Lily dipanggil oleh McGonagall ke pejabatnya bersama buku azimat itu. Semasa menaiki tangga berpusar itu, dia menyebut jampi untuk menghidupkan tangga tersebut.
"Sherbet Lemon!"kata Lily lalu tangga itu berpusar.
~~~
Semasa memasuki pejabat McGonagall, wanita itu sedang sibuk meneliti pedang yang Lily gunakan semasa berada di bilik rahsia kelmarin. McGonagall memandang Lily lalu tersenyum.
"Profesor...s-saya minta maaf. Saya tau saya buat salah semalam sampai Edison hampir mati..."tunduk Lily.
"Kamu tak salah. Walaupun saya tahu yang kedegilan kamu tak pandai hilang, tapi apa yang kamu lakukan ini sudah menyelamatkan Hogwarts,"senyum McGonagall.
Lily terdiam.
"Pedang ini sudah selamatkan kamu semua. Kamu memang hebat,"kata McGonagall.
"Jadi saya ni pewaris Godric Gryffindor?"tanya Lily.
"Bukan. Kamu tetap akan menjadi pewaris keluarga Marmalade. Sebab kamu ada buku di tangan kamu tu."
"Profesor,ini buku azimat yang saya jumpa,"kata Lily.
"Tulisan Sta. Saya harap kalau kamu dapat faham,"McGonagall tergelak kecil.
"Jasper yang tolong saya,"kata Lily.
"Nasib baik saya suruh dia ambil tulisan purba. Kalau tak memang dia masih merangkak-rangkak kalau dia tetap berdegil untuk teruskan subjek N.E.W.T. tu,"kata McGonagall. "Syukur dia lulus."
Lily melopong faham.
"Lagipun Jasper tu berdarah tulen dan banyak perkara tentang dunia muggle yang dia tak faham berbanding kamu,"kata McGonagall.
"Profesor, tak apa ke kalau saya beri buku ni dalam keadaan berlubang?"tanya Lily.
"Berlubang apa maksud kamu?"tanya McGonagall.
"Buku ni sudah digunakan untuk pengampunan,"kata Lily.
McGonagall terkejut.
"Buku yang digunakan untuk pengampunan itu adalah buku yang suci. Lagipun, cuba kamu tengok bahagian belakang buku tu,"kata McGonagall.
Lily segera melihat bahagian belakang buku itu. Dia terkejut kerana bahagian belakang buku itu sudah menjadi seperti sediakala. Lubang dan darah yang mengalir pada halaman itu sudah hilang.
"Dah tak ada,"kata Lily.
"Maknanya buku itu sudah suci,"kata McGonagall. "Sekarang ini biar buku itu berada pada tangan saya buat masa ini."
"Kenapa?"tanya Lily.
"Isi kandungan buku ni terlalu berat untuk kamu. Lagipun kamu baru berusia 12 tahun dan tak sepatutnya melakukan pengampunan. Tapi kerana kamu bijak, kamu dapat lakukan semua itu. Bila kamu dah berusia 17 tahun barulah kamu dapat pegang buku azimat keluarga kamu ini,"kata McGonagall.
Lily pun tersenyum. Kemudian dia melangkah keluar dari pejabat itu sambil mengucapkan kata selamat tinggal kepada wanita itu.
Di sebalik pintu yang telah ditutup itu, McGonagall hanya tersenyum sambil melihat budak perempuan itu terus keluar dari pejabatnya.
"Ada sinar baru untuk dunia ini. Aku yakin Death Eater akan tewas sekali lagi,"matanya tertancap pada buku yang dipegangnya.
"Delphini Riddle..."
Nama perempuan yang telah menghancurkan semula dunia sihir ini.
YOU ARE READING
(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]
Fanfiction[Completed] [Vol. 1] Tahun Pertama Lily Marmalade tidak mengetahui tentang statusnya sebagai seorang ahli sihir berdarah kacukan. Sekeping surat yang diterima dari sekolah sihir Hogwarts telah mengubah hidupnya. [Vol. 2] Bilik Rahsia Pembukaan semul...