DDH 3: Penyapu Baharu

74 6 0
                                    

Semasa makan tengah hari, Lily dan Rose sedang menikmati makanan mereka sambil berbual dengan Marco.

"Jadi rancangan kau untuk berenang di Great Lake dibatalkan?"tanya Rose kepada Marco.

"Ya,"kata Marco. "Flavia tu strict gila duh. Dia tak nak kitorang semua jadi ikan belut. Merepek aje dia tu."

"Dia main-main je tu,"kata Lily.

"She's trying to accuse me Marmalade,"kata Marco.

"Mungkin kau patut beli Zonko?"tanya Lily.

Marco menggeleng. Lily pula mencebik.

Tiba-tiba, Chanyeol, Tao dan Jong Dae datang lalu meletakkan sebungkus hadiah di atas meja.

"Ada hadiah untuk Cik Marmalade!"kata Tao.

"Apa ni?"kata Lily.

"Bukalah sendiri,"kata Jong Dae.

Lily terus membuka bungkusan itu. Alangkah terkejutnya Lily apabila melihat sebatang penyapu terbang yang baharu tersergam indah di hadapannya. Pelajar yang lain pun berasa kagum dengan hadiah itu.

Lily memandang McGonagall yang tersenyum melihatnya. Lily membalas senyuman wanita itu.

"Nyx-Firebolt 2.0, model terkini dan penyapu yang paling canggih pada abad ini,"kata Chanyeol.

"Tak sangka kau akan tandingi kehebatan penyapu terbang aku,"kata Tao kepada Lily.

Lily ketawa. "Aku tak sangka aku akan dapat penyapu ni. Korang beli kat mana?"

"Diagon Alley. Dan-"kata-kata Chanyeol dipintas Tao.

"Duit aku terbang lagi,"kata Tao dengan nada malas. Chanyeol pula menahan tawanya.

"Jomlah, Lily!"Chanyeol mengajak Lily untuk ke kawasan luar perkarangan Dewan Besar.

~~~

Mereka terus berlari ke kawasan tersebut sambil diekori Rose dan Marco. Albus dan Scorpius juga kelihatan di situ.

"Aku tak sabar nak tengok si Lily terbangkan penyapu dia!"kata Albus.

Lily terus bersedia lalu terbang dengan tinggi ke udara.

"YAHOO!"kata Lily.

Lily berasa gembira dengan penerbangan penyapu terbangnya yang baharu itu. Walaupun terpaksa menghadapi tahun yang sukar tetapi Lily bersyukur kerana masih dapat bertahan bersama orang-orang yang tersayang.

Tamat

11.41 pagi
29 November 2018

Tamat re-edit: 24 Ogos 2020 (9:33 a.m)

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now