DDH 1: Serangan Dementor

504 49 0
                                    

"Edi! Edi! Bangunlah!"kedengaran satu suara yang mengejutkan Tao dari tidurnya.

Tao membuka mata. Dia melihat Lily dan Mesut sedang duduk di sebelahnya. Jelas kelihatan gadis itu menangis teresak-esak sambil menggoyangkan tangannya.

"Mujurlah kamu selamat,"kata Puan Pomfrey kepada Tao.

Kelihatan Jungkook dan Ryan datang bersama McGonagall. McGonagall dengan wajah yang risau datang memeriksa keadaan Tao.

"Saya risau dengan kamu semua. Hagrid, lain kali kamu jangan bawa budak-budak ni ke Hutan Larangan lagi,"kata McGonagall.

"Profesor, nampaknya Dementor datang lagi,"kata Jungkook yang risau.

"Apa maksud kamu?"tanya McGonagall.

"Kami ternampak dementor dan ia mencium muka Edison dengan teruk sekali,"kata Jungkook.

"Kami semua panik masa tu,"sambungnya lagi.

"Profesor McGonagall!"kedengaran satu suara jeritan seorang remaja lelaki yang memecahkan suasana sunyi itu.

McGonagall melihat Kim Namjoon, headboy Gryffindor sedang berlari dengan lajunya.

"Profesor...dementor...banyak betul dementor di luar sana,"kata Namjoon dengan tercungap-cungap.

~~~

McGonagall terus bergegas ke luar perkarangan Hogwarts. Banyak dementor terbang di atas bangunan sekolah itu. Ramai orang berasa panik dengan kedatangan makhluk yang agak menyeramkan itu.

"Jangan panik! Semua pelajar masuk ke dalam Dewan Besar sekarang!"arah McGonagall kepada semua pelajar.

Para pengawas masing-masing membawa pelajar dengan kelam kabut. Semua pelajar berlari masuk ke dalam Dewan Besar kecuali Lily yang masih berada di luar untuk menyaksikan apa yang berlaku.

"Kita patut buat ni,"kata Lily lalu mengeluarkan tongkat sihirnya.

"Lily! Jangan!"kata Rose yang kebetulan terlihat gadis itu.

Lily terus menghalakan tongkatnya ke arah dementor-dementor itu. Cahaya biru keluar dari tongkatnya tetapi tidak dapat mengalahkan dementor yang terbang lalu 'mencium' Lily dengan lamanya. Lily menjerit dengan kuat sehingga jatuh pengsan.

"Profesor! Lily diserang Dementor!"kata Rose kepada McGonagall.

McGonagall mula panik lalu berlari ke arah tubuh Lily yang terkulai layu di atas tanah itu.

Tubuh gadis itu segera dipapah olehnya lalu dibawa masuk ke Dewan Besar bersama pelajar yang lain.

~~~

Namjoon terus menghantar surat melalui burung hantu peliharaannya, Jones ke Pejabat Auror di Kementerian Sihir di London.

Tidak sampai sejam, para Auror datang dengan penyapu terbang mereka masing-masing. Pasukan itu diketuai oleh Harry Potter, ayah kepada Albus.

Mereka terus menyerang dementor-dementor itu dengan mantera patronus iaitu mantera yang digunakan untuk memanggil patronus masing-masing.

"Jaga-jaga! Jangan letakkan diri kamu dalam bahaya!"arah Harry dengan tegas ke arah semua ahli-ahlinya.

Mereka terus menyerang dementor itu yang semakin menggila jadinya. Ron pula bertungkus lumus untuk membantu Harry menumpaskan dementor yang jahat itu.

Suasana menjadi kucar-kacir apabila kumpulan Auror dan guru-guru Hogwarts berlawan dengan dementor itu.

~~~

Lily sedar dari pengsannya. Dia mendapati dirinya kini berada di dalam kawasan Dewan Besar yang penuh dengan para pelajar.

"Di mana Scorpius? Rose? Albus?"dengan langkah yang lemah, Lily terus bangun dari pembaringannya sehingga tubuhnya hampir rebah.

Tiba-tiba, dia merasakan tubuhnya disambut oleh seseorang.

"Lily?"pipi gadis itu ditepuk berkali-kali sehingga dia sedar.

"Richard?"Lily membulatkan matanya apabila terlihat Chanyeol berada di belakangnya.

Dia segera bangun lalu menggosok biji matanya yang agak kuyu itu.

"Kau okay?"tanya Chanyeol kepada Lily.

"A-apa yang jadi?"

"Kau hampir mati gara-gara dementor Lily. Kitorang semua takut kalau kau jadi gila lagi,"Chanyeol meletakkan tangannya pada bahu Lily.

Lily mengeluh.

"Aku tak patut buat semua tu tadi. Tapi kenyataannya aku memang ada sifat gila pun,"Chanyeol dipandang dengan senyuman.

Chanyeol hanya tersengih lalu mengalihkan tangannya semula.

~~~

"Dengarnya ada beberapa orang auror yang akan dihantar ke sini untuk jaga kita,"kata Rose.

"Ibu aku nak datang untuk pantau keadaan sekeliling,"kata Rose lagi sambil menikmati lollipopnya.

"Aku takutlah dengan dementor sekarang,"kata Stella. "Serangan semalam tu memang menakutkan."

"Hei, junior semua! Aku ada terjumpa akhbar Daily Prophet di dewan tadi,"kata Sehun yang berlari sambil membawa akhbar Daily Prophet hari ini.

"Daily Prophet?"Lily menjongketkan sebelah alisnya.

Daily Prophet-27 November 2017

Dementor Datang ke Hogwarts lagi?

London- Warga Hogwarts dikejutkan lagi dengan serangan beribu-ribu Dementor dipercayai datang dari Kepulauan Azkaban. Serangan ini telah menyebabkan ramai pelajar yang trauma dan tercedera di samping penglibatan para auror yang membantu guru-guru Hogwarts melawan dementor. Ramai pelajar Hogwarts yang berasa bimbang dengan serangan ini sejak kali terakhir dementor datang ke sekolah ini pada zaman perang Hogwarts.

Temubual:

"Saya berasa trauma dengan kejadian ini. Macam saya nak tinggalkan aje sekolah ni!"
-Mesut Özil, 14

"Saya tak percaya yang dementor akan datang kembali!"
-Charles Jeon Jungkook, 13

"Oh tuhan, serangan ini memang sengit!"
-Richard Park Chanyeol, 14

"Saya hanya duduk dan diam aje."
-Kim Taehyung, 13

"Kawan saya memang gila dan saya tak tau kalau dia dah mati kena serang dementor tadi."
-Scorpius Malfoy, 11

"Temubual tu memang tak masuk akal. Heh,"kata Scorpius.

Lily merenung Scorpius dengan tajam.

"Yalah aku memang gila pun,"kata Lily sambil berjalan mendada.

Rakan-rakannya yang lain hanya memandangnya dengan hairan.

"Sesudipris!"Lily terus melompat seperti kangaroo lalu berlari jauh meninggalkan mereka yang masih terpinga-pinga dengan tingkah laku anehnya itu.







(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now