Suasana di koridor tersebut kecoh. Ramai pelajar dan guru yang berkumpul untuk menenangkan keadaan.
"AKU AKAN PASTIKAN YANG AKU AKAN MENJADI AHLI SIHIR TERHEBAT DI ALAM INI!"jerit Yoongi.
"Yoongi! Yoongi! Kau sedar tak?"kata Roger Park Jimin, pelajar tahun kelima Slytherin yang merupakan sepupu kepada Chanyeol.
"AKU PERLUKAN AZIMAT! AZIMAT TU! YANG TERSOROK DI RUANG RAHSIA!"jerit Yoongi sambil memegang ular-ular yang berjalan di sekelilingnya.
"Yoongi..."belum sempat Jimin menghabiskan ayatnya, Yoongi memotong.
"AKU BUKAN JASPER MIN YOONGI! NAMA AKU DELPHINI RIDDLE!"jerit Yoongi.
"Delphin!"McGonagall terkejut lalu pitam. Profesor Sinistra sempat menyambut.
Suasana yang kecoh itu membuatkan Delphini yang merasuk badan Yoongi meraung sekuat hati dan bercakap dalam bahasa Parseltongue.
"Demi yang hidup dan mati, demi langit dan bumi, salah seorang patut dikorbankan demi mendapat kekuatan azimat The Sacred Heart."
Semua orang menjadi risau pada ketika itu. Salah seorang daripada mereka patut dikorbankan. Perbuatan Delphini patut dihentikan.
~~~
Selepas waktu makan malam, Lily terserempak dengan Flavia dan The Grey Lady lalu berbual dengan mereka.
"Flavia, aku takutlah,"kata Lily.
"Apa yang patut kau takutkan? Kitorang kan ada,"kata Flavia.
"Lagipun kami tak akan mati sekali lagi,"kata The Grey Lady sambil ketawa.
"Kalau dia betul-betul buat sumpahan tu?"tanya Lily. "I mean Delphini."
"Percayalah, sumpahan dia adalah sumpahan yang tidak terungkap bila kau yang memegang azimat itu,"kata Flavia. "Lagipun azimat itu ialah azimat keluarga kau juga Marmalade."
Semasa mereka melalui koridor utama, mereka ternampak satu kesan contengan berdarah dan ramai orang yang dibekukan.
"Tulisan berdarah!"The Grey Lady terkejut.
"Nick, Baron, Rose, Scorpius, Stephen, Richard dan yang lain-lain dah beku!"kata Lily.
"Dia (gadis) telah aku ambil. Pilihan di tangan kamu semua,"Flavia membaca tulisan itu. "Aku akan korbankan dia malam ini juga! Ruang rahsia telah dibuka. Seorang lagi akan mati..."
Lily mula gelisah. Kepala digaru tanda dia begitu runsing pada ketika itu.
"Ini tak boleh jadi...ini tak boleh jadi,"Flavia menarik tangan Lily lalu berlalu pergi dari situ.
Pada ketika itu, McGonagall dan yang lain pun datang.
"Saya tak tau yang dia akan buat kacau lagi. Sama seperti ayahnya,"rungut McGonagall.
"Bagaimana dengan yang lain di atas lantai ini McGonagall?"tanya Keiling.
McGonagall hanya mengeluh. "Hantar mereka semua ke hospital. Puan Pomfrey tahu bagaimana untuk ubatkan mereka."
Keiling mengangguk. Kemudian, Profesor Sinistra datang menghampiri pengetua Hogwarts.
"Profesor, apa yang terjadi semua ini?"tanya Sinistra.
"Pelajar kita diculik Sinistra,"nada suaranya kedengaran agak berat ketika itu.
"Siapa pelajar tu?"tanya Sinistra lagi.
McGonagall mengeluh resah sambil memegang sendiri kedua tangannya.
"Aurora Özil."
Mendengar sahaja nama itu, Lily membulatkan matanya perlahan-lahan. Tanpa berlengah, dia terus berlari jauh dari Flavia dan The Grey Lady.
"Kau nak ke mana? Hei!"kejar Flavia dengan terbang di atasnya.
"Aku nak cari budak tu! Aku takkan sesekali biarkan dia mati! Delphini perlukan aku untuk berlawan dengannya!"jerit Lily sekuat hati.
"Kau dah gila Lily!"jerit Flavia lagi.
~~~
Tandas Larangan(Pintu masuk ke Ruang Rahsia)
"Lily!"panggil Tao yang tiba-tiba berada di situ.
"Kau dah kenapa?"tanya Lily.
"Kenapa kau ada di sini?"tanya Tao sambil melihat sebuah singki yang bercorak ular pada bahagian pili airnya.
"Aku nak cari Aurora,"kata Lily.
"Bahaya!"marah Tao.
Namun, nasihatnya tidak akan sama sekali didengari oleh si gadis itu malah Lily terus melihat pada singki itu.
"Aku dah tau singki inilah yang akan bawa aku masuk ke dalam sana."
"Kau yakin?"tanya Tao.
"100%"kata Lily, titik.
Pada ketika itu jugalah Yoongi datang.
"Jasper?"kata Lily.
"Aku datang sebab aku nampak ada hantu lari macam Naruto tadi. Siapa tu?"tanya Yoongi.
Tao memandang Lily dengan tajam sekali. "Budak Marmalade ni lah yang jadi hantu tu."
Pipi Tao ditampar oleh Lily dengan rasa yang penuh geram sekali.
~~~
"Waaaa!"Lily menjerit sehingga sampai di satu gua yang besar dan dipenuhi dengan daun kering.
Berkat bantuan Yoongi yang mahir dalam Parseltongue, mereka bertiga dapat membuka pintu laluan ke bilik itu dengan jayanya.
Tiba-tiba Tao melanggar Lily. Mereka berguling bersama-sama dan saling berpelukan.
"Ed, jangan buat benda terlalu romantik boleh tak?"kata Lily.
"Tak sengajalah!"kata Tao.
Yoongi pun sampai. Dia terus meneliti ruangan tersebut dan berasa tidak senang dengan kehadiran bau yang kurang menyenangkan.
"Bau apa ni?"tanya Yoongi.
"Air liur Basilisk,"kata Tao.
Tiba-tiba,titisan air liur Basilisk tertumpah ke arah bahu Tao.
"Ewww...air liur!"kata Lily.
"Tak guna!"kata Tao.
"Shh!"Yoongi membuat isyarat untuk mendiamkan diri.
"Kenapa ni?"kata Lily.
"Aku ada perasan something yang tak kena,"kata Tao.
"Apa benda tu?"kata Yoongi.
Expresi wajah Lily berubah 360 darjah. "Kalau air liur tu menitis dan terkena di bahu kau maknanya..."
"Apa?"tanya Tao.
Lily mendongak ke atas dan mula takut.
"BASILISK!"Lily terus lari.
Dua orang lelaki itupun mendongak ke atas. Benar apa yang dikatakan oleh Lily. Seekor Basilisk besar yang baru dikejutkan dengan kehadiran mereka sedang memandang tepat ke arah mereka.
"CEPAT LARI! BASILISK TU NAK MAKAN KITA!"Tao yang ketakutan seperti seorang gadis juga berlari. Mengalahkan perempuan.
Tao pun terus berlari sambil menarik tangan Yoongi yang seakan-akan kaku setelah melihat makhluk itu.
YOU ARE READING
(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]
Fanfiction[Completed] [Vol. 1] Tahun Pertama Lily Marmalade tidak mengetahui tentang statusnya sebagai seorang ahli sihir berdarah kacukan. Sekeping surat yang diterima dari sekolah sihir Hogwarts telah mengubah hidupnya. [Vol. 2] Bilik Rahsia Pembukaan semul...