DDH 3: Rayuan

82 7 0
                                    

Lily berjalan keluar dari biliknya apabila Marco menghalangnya di tangga.

"Kenapa?"tanya Lily.

"Profesor McGonagall datang nak jumpa,"kata Marco.

"Betulkah?"tanya Lily.

"Tak...haha! Kau kena tipu!"kata Marco sambil ketawa.

"Aku dah tahu helah kau!"kata Lily.

"Lily,"Marco membisikkan sesuatu ke telinga Lily. "Macam mana kelmarin?"

"Bila?"tanya Lily.

"Kau ingat aku dan yang lain-lain tak nampak ke?"kata Marco.

Lily masih hairan. "Hah? Alamak, jadi kau semua nampaklah kami berdua-"

"Berdating!"kata Marco.

"Marco!"Lily terus memukul bahu Marco.

"Haha! Pasangan sejati ada di sini! Tentu boyfriend kau pun malu kan?"kata Marco.

"Ish, kau ni!"kata Lily kepada Marco.

Tao yang berjalan menuruni tangga terus menarik tangan Lily.

"Jom jalan. Jangan dilayan sangat budak gila tu,"kata Tao.

Lily memandang Marco dengan penuh amarah.

"Weh, ada orang yang jealous tau!"jerit Marco sambil berlari masuk ke dalam dorm.

Mesut yang sibuk memakan popcorn pula tidak menghiraukan perkara yang berlaku manakala Chanyeol hanya tidur selepas puas bermain gitar.

Tao mengambil bantal lalu berbaring di atas permaidani bulu yang menghadap unggun api. Lily pula mengambil keputusan untuk duduk di atas sofa.

"Macam mana dengan Ryan sekarang?"tanya Tao kepada Mesut.

"Dia dah berhenti belajar di Hogwarts bila keluarganya berpindah ke Amerika,"kata Mesut.

"Kau masih rapat lagi ke?"tanya Lily.

"Masih. Kami selalu berutus surat,"kata Mesut. "Kadang-kadang kami pakai telefon kalau nak berhubung dengan lebih cepat."

"Aku pun dah ada telefon,"kata Tao. "Ayah aku baru saja belikan untuk aku."

"Telefon kan barangan yang diserap dari dunia muggle. Tentulah barang ni barang larangan di sini,"kata Lily.

"Ya,"kata Mesut. "Ed, jangan risau dengan apa yang berlaku kelmarin."

"Kenapa?"tanya Tao.

"Bukan semua yang tengok kau dua hampir bercium kelmarin,"kata Mesut. "Aku dengan Marco saja."

Hati Tao sedikit lega.

"Lagipun Marco tu memang selalu buat orang kacau saja,"kata Mesut lalu memandang Chanyeol yang masih tertidur sekilas.

"Tapi Chanyeol macam...bad mood pula dari kelmarin,"kata Mesut.

"Bad mood?"tanya Tao.

Mesut mengangguk.

Lily memandang Tao dengan muka yang hairan.

"Kenapa dengan Richard?"tanya Lily kepada Tao.

"Entahlah,"Tao mengeluh.

Lily mengigit bibirnya.

~~~

Semasa Lily, Rose, Albus dan Scorpius sedang bersiar-siar di taman, mereka ternampak Adner yang tertekan manakala Jimin merayu sesuatu kepadanya.

"Adner, tolonglah! Aku merayu kepada kau. Aku mahu kau sembuh dari penyakit kau!"rayu Jimin.

"Ah, aku tak sakitlah!"kata Adner lalu melepaskan genggaman tangan Jimin.

"Tolonglah Adner!"kata Jimin.

"Ah, aku cakap tak nak! Kenapa kau semua ni tak faham?"kata Adner.

Adner terpandang pada empat sahabat itu lalu berlari ke arah mereka.

"Apa kau berempat buat di sini?"Adner hampir menerkam empat sekawan itu tetapi dihalang oleh Chanyeol dan Mesut yang kebetulan berada di situ.

"Jangan apa-apakan budak-budak ni!"marah Mesut.

Adner mendengus lalu berjalan dengan pantas meninggalkan mereka di situ. Jimin cuba mengekori Adner.

"Adner! Adner! Tolonglah aku nak cakap..."

"Jangan ikut aku!"kata Adner.

"Tapi kalau kau hilang..."

"Aku boleh jaga diri aku!"Adner memotong percakapan Jimin.

"Adner tolonglah!"

Adner terus mengeluarkan kuasa sihirnya dengan menghalakan tangannya ke arah Jimin lalu menyebabkan Jimin terbuang ke jatuh ke tanah. Adner terus berlari menuju ke tempat yang dikehendaki.

"Kau tak apa-apa?"tanya Chanyeol kepada Jimin.

Jimin hanya mampu menggeleng.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now