DDH 1: Diagon Alley

1.1K 82 14
                                    

[Lily's POV]

Kertas yang dipegang ditenung lama sambil derap langkah masih rancak mengikuti jejak Hagrid yang semakin lama semakin meninggalkanku. Ternyata lelaki gergasi ini sangat peramah daripada yang aku sangkakan.

"Pakaian sekolah, tongkat, kawah posyen, pena bulu pelepah..."bebola mataku beralih pada beberapa perkataan seterusnya di bawah kertas itu.

"Buku latihan berkulit kambing...Hagrid, di mana saya boleh dapatkan semua ni?"tanyaku kepada Hagrid yang sedang membelai bulu Fang, anjing peliharaannya.

"Kedai-kedai di Diagon Alley. Nanti saya akan bawakan kamu ke situ,"kata Hagrid.

"Tetapi sebelum itu, kita kena masuk ke dalam Leaky Cauldron dulu."

"Leaky Cauldron?"tanyaku sebaik sahaja kami masuk ke dalam sebuah lorong yang agak sunyi.

"Bar khas untuk ahli sihir. Tapi kamu kena cukup umur dulu untuk minum di sini,"Hagrid memperlahankan suaranya.

Tidak lama kemudian, kami sampai di sebuah bar yang kelihatan antik sekali. Papan tanda yang bertulis Leaky Cauldron menjadi perhatian mataku sementara menunggu pintu bar dibuka.

"Oh, Hagrid! Apa khabar? Lama saya tak jumpa awak. Bagaimana dengan Hogwarts?"tanya seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an kepada kami.

"Hogwarts baik-baik sahaja Hannah. Tak perlu nak risau,"Hagrid tersenyum lalu memandang aku.

"Erm, Hagrid? Siapa budak perempuan di sebelah awak tu?"tanya wanita yang dikenali sebagai Hannah sambil menudingkan ibu jarinya ke arahku.

"Ini cik Violette Vadrika Marmalade. Anak kepada salah seorang staf The Quibbler, Adam Marmalade,"kata Hagrid sambil memegang bahuku.

"Oh, Adam Marmalade! Saya rasa simpati terhadap kamu Violette,"Hannah menundukkan kepalanya.

"Tidak mengapa,"aku tersenyum.

"Ayah kamu memang hebat orangnya. Semua ideanya begitu bernas dan karyanya sangat digemari ramai. Tapi disebabkan Death Eater, ayah kamu hilang tanpa jejak bersama ibu kamu,"kata Hagrid.

Aku dapat menerima apa yang dikatakan oleh Hagrid itu kerana makcik Rosemary sendiri pernah memberitahu tentang kehilangan ayah dan ibu dahulu.

"Baiklah kalau begitu silalah masuk ke dalam. Awak nak minum apa-apa ke Hagrid?"tanya Hannah kepada lelaki gergasi itu apabila kami berdua sudah masuk ke dalam bar.

"Tak payahlah. Lagipun ada budak di bawah umur ni mana sesuai nak bawa minum bersama,"Hagrid tersenyum kecil.

Aku nak rasa minuman keras ahli sihir tolonglah tolonglah.

Hatiku memberontak kerana ingin minum di dalam bar itu. Namun apakan daya hasratku untuk berbuat sedemikian terpaksa dibatalkan apabila aku melihat ramai manusia yang berpakaian pelik di dalam bar itu.

"Mari kita ke tembok berbatu sekarang,"Hagrid terus memimpin tanganku dan membawa aku ke sebuah tembok berbatu yang terletak di belakang bar itu.

Payung merah jambu yang dipegang terus diangkat. Kemudian, lelaki itu terus mengetuk pada kawasan tembok berbatu-bata itu dengan penuh irama sehingga ia terbuka dengan sendirinya.

Apa yang membuatkan aku tercengang apabila melihat pemandangan sebuah pekan yang begitu meriah sekali dengan ramai orang sedang bersesak-sesak untuk membeli keperluan masing-masing.

Bangunan-bangunan di dalam pekan itu kelihatan begitu antik namun masih utuh lagi. Apa yang membuatkan aku kagum adalah apabila aku terlihat sebuah tugu naga yang begitu besar sekali terpacak di atas sebuah bangunan.

"Tugu naga yang kamu lihat itu ialah tugu kepada Bank Gringgots, bank bagi para ahli sihir di sini,"kata Hagrid lalu membawa aku masuk ke dalam bank itu.

"Sebelum itu, saya akan bawa kamu masuk ke dalam bank ini,"katanya lagi sambil membuka pintu bank itu.

Aku bingung. Mengapa aku perlu masuk ke sini dahulu?

"Saya tak ada akaun bank langsung. Saya tak ada duit. Kenapa kita kena masuk ke sini?"tanyaku lagi.

"Di sini kami tak panggil ia sebagai akaun tetapi kami panggil sebagai bilik simpanan,"kata seorang pekerja di situ yang mengejutkan aku daripada lamunan.

Apa yang lebih memelikkan apabila rupa pekerja tersebut persis seperti goblin. Berhidung runcing dan berkedut kulitnya.

"Apa yang boleh saya bantu?"tanya pekerja itu.

"Kami mahu ke bilik simpanan milik Cik Violette Marmalade,"kata Hagrid dengan ringkas.

"Baiklah,"pekerja lelaki itu berjalan terkedek-kedek menuju ke kaunter lalu berbisik sesuatu kepada seorang lagi pekerja di situ.

Nak mengumpat pasal aku ke tu? Aku pun tak tau.

"Pekerja di sini semuanya goblin. Kalau ada spesies manusia pun mereka hanya bekerja sebagai cursebreaker sahaja,"kata Hagrid yang menyentakkan aku daripada lamunan.

Kelibat beberapa orang manusia yang aku yakini itu ialah golongan cursebreaker sedang berlegar di sekeliling kawasan bank itu.

Tidak lama kemudian, makhluk goblin itu sampai bersama segugus kunci yang dipegangnya.

"Ikut saya,"pekerja itu berjalan mendahului kami menuju ke laluan yang akan membawa kami ke kawasan bilik simpanan harta itu.

~~~

Setelah mendapatkan semua duit syiling Galleon yang sangat berkilauan sehingga menyilaukan mata itu, aku terus berjalan mengikuti Hagrid ke kedai Jubah Puan Malkin. Daripada apa yang dikatakan oleh Hagrid tadi, kedai ini sangat terkenal dalam kalangan pelajar Hogwarts yang mahu memulakan tahun pertama mereka di sana.

"Kalau kamu mahu cari baju untuk makan malam, bolehlah singgah ke sini. Kalau kamu mahu cari baju untuk memburu pun ada juga disediakan di sini,"kata Hagrid sambil mengunyah gula-gula Liquoricenya.

"Mahu sedikit?"katanya sambil menghulurkan gula-gula yang masih dibungkus itu kepadaku.

Aku hanya mengangguk lalu menyambut hulurannya. Bungkusan dibuka lalu dimasukkan ke dalam mulut.

Dengan serta-merta, raut wajahku berubah. Dahiku berkerut apabila rasa masam gula-gula itu menerpa tunas rasa. Ugh, masam ya amat!

Mahu sahaja aku menjerit di sini. Mentang-mentang aku tak suka rasa masam.

Pintu kedai jubah itu terus dibuka lalu menampakkan Puan Malkin sedang sibuk melayan pelanggannya.

"Hai Puan Malkin!"tegur Hagrid kepada wanita yang telah berusia itu.

Puan Malkin menoleh lalu menguntumkan senyumannya kepada kami berdua.

"Hai Hagrid! Hai adik manis! Kamu tentu pelajar tahun pertama kan?"katanya kepadaku.

"Y-ya,"aku menunduk malu.

Sesungguhnya aku merasa malu kerana dilayan sebegini. Apatah lagi dengan pandangan melirik yang diberikan oleh orang lain di situ. Sangat memalukan.

"Mari saya bawa kamu ke ruangan jubah di situ. Ada banyak jubah yang kamu boleh pilih,"Puan Malkin terus menarik tangan aku ke sebuah ruangan jubah yang terletak di sudut kiri kedai.

Bertabahlah wahai Lily.




























(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now