DDH 4: Malam Yule

64 2 0
                                    

Acara tari-menari dimulakan. Semua pelajar berdiri lalu mula menari bersama pasangan mereka masing-masing.

Tao membawa Lily untuk menari bersamanya. Mereka berpegang tangan lalu mula menari mengikut rentak muzik yang dimainkan oleh kumpulan okestra pelajar Hogwarts.

Mereka mengambil tempat di pertengahan Dewan Besar sambil menari tarian waltz. Pasangan tersebut menjadi tumpuan semua orang kerana keserasian mereka berdua.

Tambahan pula, kecantikan Lily bak puteri salju itu membuatkan semua orang terpukau.

Sementara itu, tarian Rose dan Scorpius sangat kaku kerana Rose sibuk melatih Scorpius untuk menari tarian tersebut.

"Salah!"kata Rose. "Bukan di situ, di sini!"

Tetapi, Scorpius asyik tersilap langkah dalam menari tarian tersebut sehingga dia terpijak kaki Rose beberapa kali.

"Susahlah tarian ni!"kata Scorpius.

Rose hampir terjatuh tetapi Scorpius berjaya menyambutnya.

"Terima kasih,"kata Rose sambil tersenyum.

"Aku rasa kita patut menari tarian lain,"kata Scorpius.

"Jangan,"kata Rose. "Rentak muzik macam ni yang sesuai."

Scorpius mengeluh kecil.

Ariana dan Chanyeol juga sedang menari mengikut rentak muzik yang dimainkan.

"Mari kita berpusing,"kata Chanyeol yang masih merangkul Ariana.

"Mari!"kata Ariana sambil teruja.

Chanyeol pun memusingkan Ariana. Ariana ketawa teruja.

"Kau ni kelakarlah,"kata Ariana cuba untuk memusingkan Chanyeol tetapi dia tidak dapat memegang tangan Chanyeol itu kerana tubuhnya yang rendah.

"Kau tak dapat,"kata Chanyeol sambil ketawa.

Ariana membuat muka merajuk. Dia cuba untuk melompat tetapi gagal.

"Walaupun aku dah pakai kasut tumit tinggi, aku tetap rendah,"kata Ariana.

"Sudahlah,"kata Chanyeol yang masih lagi ketawa.

Rentak muzik terus bertukar menjadi rancak. Semua orang terus terkinja-kinja sambil menikmati rentak muzik trap dan elektronik yang dimainkan itu.

Chanyeol terus melompat kegirangan.

"Hey, Ari! Kau tak nak ikut aku melompat ke?"tanya Chanyeol.

"Emm...tak nak lah,"kata Ari yang hanya membuat tarian kecil sahaja.

Sehun terus datang ke arah Chanyeol.

"Hey, Chanyeol!"kata Sehun.

"Apa?"kata Chanyeol.

"Kau ada bawa gitar kau ke?"kata Sehun.

"Alamak aku terlupa!"kata Chanyeol.

"Tak apalah,"kata Sehun. "Yang penting kita enjoy!"

Mereka berdua terus melompat sambil menyanyikan beberapa buah lagu trap yang dimainkan semasa majlis tersebut. Majlis tersebut sudah menjadi parti tahunan yang sangat meriah.

Dalam kemeriahan suasana tersebut, Chanyeol terpandang Lily yang sedang duduk di sebuah kerusi sambil termenung. Chanyeol terus pergi ke arahnya.

"Hai, Lily!"kata Chanyeol.

Lily memandang Chanyeol lalu tersenyum. Senyuman Lily itu membuatkan Chanyeol terpana.

Dia begitu mengagumi kecantikan gadis tersebut sehingga membuatkan jantungnya berdebar-debar.

Chanyeol mengambil satu lagi kerusi untuk duduk bersama dengan Lily.

"Kau okay ke?"tanya Chanyeol kepada Lily.

"Okay,"kata Lily.

"Mana Edi?"tanya Chanyeol sambil mencari-cari kelibat Tao.

"Dia pergi jumpa kawan dia sekejap,"kata Lily.

"Kau tak rasa kesunyian ke?"tanya Chanyeol. "Kau tak nak ikut kami ke situ?"

Chanyeol menudingkan jarinya ke arah tempat di mana ramai pelajar yang begitu seronok sekali menari itu.

"Hmm,"kata Lily. "Bagaimana dengan Ed?"

"Mungkin dia ada di situ sekarang,"kata Chanyeol.

Chanyeol menghulurkan tangannya kepada Lily.

"Jomlah,"pelawa Chanyeol kepada Lily.

Lily masih dalam keadaan teragak-agak.

"Jom,"kata Chanyeol lagi. "Daripada kau kebosanan kat sini, baik kau ikut kami."

"Baiklah,"Lily terus menyambut tangan Chanyeol.

Lily memandang Chanyeol yang tinggi lampai itu. Mereka terus berjalan bersama-sama sambil berpegangan tangan ke tempat mereka menari tadi.

Lily yang masih janggal hanya memerhatikan Chanyeol dan Sehun yang menari dengan begitu rancak sekali.

"Hei, Chanyeol menarilah!"kata Mesut.

Semua pelajar bersorak apabila mereka ternampak Chanyeol yang sedang menari tarian bergenre K-pop itu. Sehun terus mempamerkan kehebatannya dengan lenggok tariannya yang sempurna.

"Wah, Stephen Oh begitu hebat dalam menari!"kata Evangeline.

"Richard pun tidak kurang hebatnya!"kata Rafaela.

Tetapi, suasana tersebut diganggu oleh Tao yang terus mempamerkan bakatnya dalam seni mempertahankan diri.

Dia terus mengambil batang kayu yang panjang dan runcing lalu membuat pergerakan seni mempertahankan dirinya. Semua pelajar terpegun dengan kehebatannya dalam bidang tersebut.

Chanyeol dan Sehun bertepuk tangan.

"Kau memang hebat,"kata Chanyeol.

Tao memandang Chanyeol lalu tersenyum.

"Biasalah,"kata Tao. Tao memandang Lily lalu mendapatkannya.

"Hei, Lily! Kau tak bagitau pun yang kau ke sini,"kata Tao.

"Oh, aku bosan lah. Lagipun Chanyeol yang bawa aku ke sini,"kata Lily.

Tao memandang Chanyeol lalu terdiam.

"Oh begitu,"kata Tao lalu tersenyum.

"Dari mana kau dapatkan batang ni?"kata Lily.

Tao menunjukkan batang kayu yang runcing itu kepada Lily.

"Aku ambil senyap-senyap di situ,"kata Tao sambil menudingkan jarinya ke arah pintu yang berdekatan dengan tempat duduk guru-guru.

"Di situ kau ambil?"tanya Lily.

Tao mengangguk laju. "Kenapa?"

"Bukankah tempat tu kawasan larangan?"tanya Lily.

"Shh!"kata Tao. "Jangan beritahu sesiapa."

Mereka berdua pun ketawa terbahak-bahak.

Muzik pun bertukar menjadi perlahan kembali. Semua pelajar terus melambai-lambaikan tangan mereka sambil menyaksikan persembahan nyanyian daripada seorang pelajar perempuan tahun terakhir dari Ravenclaw.

Sehun dan Chanyeol terus berpelukan sambil berpura-pura menangis. Tao dan Lily yang melihat aksi mereka terus ketawa.

"Mereka memang luculah,"kata Tao.

"Ya,"kata Lily.

Suasana Malam Yule diakhiri dengan nyanyian daripada para pelajar yang begitu sedih kerana masa untuk mereka bersuka-ria sudah berakhir. Tambahan pula, tugasan yang terakhir akan diadakan pada pertengahan bulan Mei tahun hadapan.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now