DDH 3: Berkelah

99 8 1
                                    

Keesokan harinya, Lily berjalan keluar dari rumahnya dan bersiar-siar di sekeliling kawasan tanah lapang yang berdekatan. Ketika itu jugalah, Rose bersama kawan-kawannya yang lain datang ke rumahnya dengan membawa barangan yang banyak.

"Mak cik!"laung Chanyeol sambil menggalas beg pengembaraannya.

"Mak ciiiiiiiiik!"Jongdae pula mula menarik high note dengan nyaring sekali sehingga membingitkan telinga kawan-kawannya yang lain.

"Mak cik Violette Vadrika Marmaladeeeeeeeee!"jerit Scorpius sekuat hati.

"Kau ni!"bahunya ditepuk kuat oleh Rose.

Lily segera berlari ke arah mereka dengan tergopoh-gapah.

"Apani? Apani? Kenapa korang sibuk jerit kat depan rumah aku macam orang tengah meroyan ni? Aku ada habiskan beras kat rumah korang ke?"tanya Lily bertubi-tubi.

"Tak adalah..."gumam Chanyeol apabila perutnya mula berbunyi. "Aku lapar..."

Jongdae pula memberikan sebungkus roti bun kepada sahabat tiang elektriknya itu. Roti itu diambil oleh Chanyeol dan dilahap dengan sekali ngap sahaja.

"Mana auntie kau?"tanya Jungkook.

Lily menuding ke arah ruangan dapur yang terletak di belakang rumah. Kelihatan Rosemary sedang sibuk memasak makanan sambil menyanyi.

"Aku rancang nak bawa kau pergi berkelah harini,"kata Tao yang turut serta. Sehun dan Chanyeol hanya mengangguk laju sahaja.

"Ouh...erm. Kejap, aku nak bagitau mak cik aku dulu,"Lily terus masuk ke dalam rumahnya.

~~~

Setelah mendapat kebenaran daripada ibu saudaranya, Lily terus membawa banyak makanan termasuklah beberapa botol minuman coke yang disimpan dalam peti sejuk. Kemudian, dia terus berjalan bersama kawan-kawannya yang lain.

"Let's go to the river!"jerit Chanyeol sehingga terbang semua burung di hutan itu.

"Kau dah kenapa ni?"tanya Sehun.

"Ha'ah. Excited tak bertempat,"Lisa memuncungkan bibirnya.

"Aku lulus O.W.L lah! Korang tak gembira ke? Aku gembira ni!"jerit Chanyeol dengan lebih kuat.

"Tak. Kau tak dilayan langsung,"Sehun mencebik.

Kasihan Chanyeol. Masa dia nak gembira jugalah ada orang yang nak spoilkan hari dia. Ceh.

"Aku ambil sepuluh subjek. Aku dapat sembilan outstanding woo..."kata Chanyeol sambil mendekatkan wajahnya pada wajah Sehun.

Hal itu membuatkan Sehun sendiri tidak selesa seraya wajah sepupunya itu ditampar kuat.

"Satu lagi?"tanya Lily.

"Exceeds expectation,"balas Chanyeol sambil memakan roti ban yang baharu.

"Oooo..."Lisa hanya melopong.

"Macam mana dengan Mesut dan Jasper?"tanya Rose. "Sepupu aku pula dapat banyak E dan satu O saja."

"Mesut lulus dengan cemerlang. Straight O's,"kata Chanyeol.

"Jasper?"tanya Lily.

"Aku tak sangka Jasper lulus kalini sebab dia kan gagal dalam ujian amali mantera dulu,"kata Chanyeol.

"Dia dah berubah nampaknya,"kata Lily.

"Ya, dia mungkin dah berubah. Dia dah makin baik aku tengok. Walaupun aku masih takutkan budak Parseltongue tu,"kata Chanyeol.

"Tapi peraturan sekarang dah tak ketat dah macam dulu,"kata Jongdae. "I mean ramai pelajar yang dah mula menipu dalam exam. Tapi aku tak buat macam tu masa O.W.L dulu."

"Kau kan jujur,"Chanyeol pula menyampuk kata kawannya sambil menyiku lengan lelaki itu.

"Kenapa pula?"tanya Rose kepada mereka lagi.

"Pihak Kementerian sekarang memandang rendah dengan peraturan ni,"kata Chanyeol. "Sebab mereka yakin pelajar-pelajar yang mengambil O.W.L takkan buat apa-apa kesalahan."

"Jadi ramailah yang lulus?"tanya Tao.

"Ya. Zaman sekarang bukan lagi seperti tahun 90-an. Pelajar sekarang lebih bijak dan berani,"kata Chanyeol.

"Yakinnya..."kata Lily.

Aku pun nak juga macam tu. Desis hatinya yang mula jahil.

~~~

Lily, Sehun, Rose, Scorpius, Chanyeol, Tao, Jungkook dan Lisa yang berjalan bersama dalam satu kawanan di belakang Jongdae menghentikan langkah mereka apabila salah seorang ahli sedang sibuk mencari sesuatu.


"Aku ada bawa sandwich tuna ke tak ni?"gumam Scorpius.

"Manalah aku tau, aku kan Sehun."

Kepala Sehun diketuk kuat oleh Scorpius.

"Kau diam Stephen Oh Sehun,"kata Scorpius sambil mengacukan tongkatnya.

"Seorang Malfoy tak boleh cepat gelabah. By the way, kau cari sandwich tuna kau kan?"tanya Tao.

Scorpius lantas menoleh sambil mengangguk. "Mana?"

Tangannya sudah ditadahkan di hadapan lelaki cina itu. Kemudian, Tao menuding jari ke arah Chanyeol.

"Richard makan,"bisiknya sambil terkekek.

"Apa?"mata Scorpius semakin membulat besar. Asap mula keluar dari lubang hidung dan telinganya lantas dia berlari ke arah Chanyeol lalu bergusti dengan lelaki itu.

"Kau makan sandwich aku! Kau makan sandwich aku! Kau tau tak yang aku susah payah buat tu dalam lima jam? Kau tau tak?"tengking Scorpius sambil menangis.

"Akh! L-lepaskan aku! Ekh-akh!"pekik Chanyeol lalu menepis kuat tubuh Scorpius. "Dahlah, don't cry over the spill milk."

"Apa maksud kau?"tanya Scorpius.

"Entahlah aku pun tak tau. Dah, dah. Nanti aku buatkan kau sandwich yang baru, lima saat je."

Heh. Itu saja reaksi yang mampu diberikan oleh Scorpius kepada Chanyeol apabila mereka sudah sampai di kawasan lereng bukit.

"Daripada kau orang bergaduh macam ibu ayam hilang anak ni, baik lagi kau berdua guna spell,"kata Tao dengan wajah angkuhnya.

"Kalau kau pandai!"kata Chanyeol dan Scorpius serentak lalu menumbuk kepala kawannya itu.

"Adeh, tolong!"Tao pula meronta-ronta kesakitan.

Namun kawan-kawannya yang lain tidak mempedulikan lelaki itu kerana sudah biasa dengan sifat nakal mereka bertiga.

Jongdae pula hanya menggelengkan kepalanya sambil memakai bucket hat miliknya.


(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now