DDH 3: Makan Pagi

83 7 0
                                    

Akhirnya, kebakaran berjaya dipadam walaupun masing-masing sudah penat dan lelah. Uniform mereka dipenuhi dengan abu api.

"Nasib baik Edi jadi bagus,"kata Ariana sambil menjeling ke arah Tao.

"Shut up your mouth,"tingkah Tao pula.

"Sekarang ni macam mana kita nak keluar dari hutan ni?"kata Albus.

"Berbaris secara melintang,"kata Tao.

Tao menghulurkan tangannya. Tiba-tiba, NYX-Fireboltnya datang dan berjaya ditangkap olehnya. Yang lain pun berjaya mendapatkan penyapu terbang mereka masing-masing.

"Sedia!"kata Tao. Semua orang pun bersedia. "Terbang!"

"YAHOO!"jerit Albus.

Semua orang berasa teruja dengan penerbangan itu. Masing-masing menjerit kegirangan.

"AKU TAK TAHU MACAM MANA NAK TERBANG!"jerit Ariana.

Penyapu-penyapu terbang itu terus terbang memecut laju ke Hogwarts.

~~~

S

esampainya mereka di hadapan pintu Dewan Besar, kelihatan McGonagall sedang menunggu mereka bersama Keiling.

"Apa yang dah jadi?"bisik Albus kepada Tao.

"Entah,"kata Tao.

"Di mana kamu semua pergi?"kata McGonagall dengan serius.

Semua tertunduk diam.

"Tolong jawab,"kata Keiling.

Ariana memandang pengetua dan pembantu pengetua itu lalu berterus-terang.

"Kami nak mencari Adner. Dia hilang semasa pergi ke perpustakaan,"kata Ariana. "Dan selepas itu, dia melarikan diri ke Hutan Larangan. Profesor Hagrid pun ada nampak dia berlari ke tengah-tengah hutan."

"Dan kenapa uniform kamu dipenuhi abu?"tanya McGonagall.

"Sebenarnya-"Lily terus memotong.

"Abang saya yang buat,"kata Lily.

McGonagall terkejut.

"Abang kamu? Venom Adner Marmalade?"tanya McGonagall dengan wajah yang agak resah.

Lily mengangguk. "Dan dia ada motif kenapa dia di sini."

Semua memandang Lily dengan rasa ingin tahu.

"Dia mahu pastikan Hogwarts dapat dihancurkan dan dia mahu bunuh saya"kata Lily.

"Jangan cakap benda yang lawak cik Marmalade,"kata McGonagall.

Keiling pula terus meninggalkan mereka dan bergegas ke pejabat Harry.

"Profesor Potter! Profesor Potter!"panggil Keiling.

Harry terus keluar dari pejabatnya dan bergegas menuruni tangga.

"Kenapa Profesor Keiling?"tanya Harry.

"Saya mahu kamu cari maklumat tentang Adner Marmalade di student council,"kata Keiling.

"Ada apa dengan Adner?"tanya Harry.

"Seperti ada sesuatu yang buruk berlaku terhadap adik kandung dia nanti,"kata Keiling.

Harry terdiam.

"Nanti saya cari maklumat tentang dia,"kata Harry.

"Baiklah,"kata Keiling. "Saya minta diri dulu."

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now