Pada malam itu, Lily mengambil keputusan untuk bermalam di rumah Rose sehari apabila langit semakin gelap.
"Apa? Ada ular pergi belit kaki kau di tasik?"kata Rose.
Albus ketawa. Lily pula memukul paha Albus.
"Ini serius,"kata Lily kepada Albus.
"Kau demam ni,"kata Albus.
"Taklah,"kata Lily sambil mencebik.
"Sudahlah jom tidur,"Rose terus menaiki tangga ke atas.
"Selamat malam Violy,"Albus terus masuk ke dalam biliknya.
Lily berdecit sinis apabila lelaki itu terus menahan tawanya.
Hanya tinggal dia lagi berseorangan di ruang tamu yang sunyi itu. Tidak ada seorang pun yang akan mempercayai ceritanya terutama Tao sendiri. Lily mengeluh kasar.
Semasa dia merenung pada sebuah cermin yang terletak di hadapannya, tiba-tiba bayangan wajah perempuan yang ditemuinya tadi muncul di hadapan. Lily segera menjauhkan diri.
"Saya Sarah Bouttle,"kata perempuan itu.
"K-kau nak tarik aku lagi?"kata Lily dengan suara yang terketar-ketar.
Perempuan itu menggeleng.
"Aku nak bagitahu satu ramalan,"kata Sarah.
"Apa ramalan tu?"tanya Lily.
"Kau akan jumpa saudara lama kau yang terpisah nanti,"Sarah terus menghilangkan diri.
Rose keluar dari biliknya dan memanggil Lily.
"Lily! Apa yang kau merepek lagi di luar tu? Jomlah tidur!"marah Rose.
Lily dengan tergesa-gesa terus menaiki tangga untuk masuk tidur.
~~~
Semasa Lily, Rose, Albus, James dan Lilly berjalan-jalan di Diagon Alley, mereka terjumpa Adeline yang sedang memegang segulung kertas.
"Adeline, apa yang awak pegang tu?"tanya Lily.
"Surat perlantikan pengawas rumah Slytherin. Saya gembira sangat-sangat sebab saya dah dilantik!"kata Adeline. "Oh, ya! Pegawai di pejabat pos Gringgots bagi ini untuk awak dan Rose."
Adeline memberikan segulung kertas kepada Lily. Lily terus membuka gulungan kertas itu.
Perlantikan Pengawas Gryffindor 2019(Tahun ketiga-keenam)
(*skip)
Tahun Ketiga
1.Violette Vadrika Marmalade
2.Rose Granger-Weasley
3.Stuart King"Stuart pun jadi pengawas?"tanya Rose.
"Ya, unbelievable kan?"kata Adeline.
"Rekod disiplin Stuart pun tak baik. Macam mana dia boleh dilantik menjadi pengawas?"kata Lily.
"Saya pun tak tahu. Profesor McGonagall mungkin tahu apa sebabnya,"kata Adeline. "Saya nak pergi dulu. Bye!"
"Bye!"kata Lily dan Rose.
Lily berasa gembira dilantik menjadi pengawas. Dia tidak sabar untuk memberikan perkara tersebut dengan Tao.
~~~
Lily terserempak dengan Tao yang sedang memilih penyapu terbangnya.
"Wah, kayanya kau sampai dapat beli NYX-Firebolt!"kata Lily.
"Hehe...biasalah,"Tao tersengih memandang wajah Lily yang cantik apabila terkena sinaran cahaya matahari itu.
"Kau dah tahu ke yang aku dah jadi pengawas sekarang?"tanya Lily.
Mata Tao membulat.
"Betul ke ni? T-tahniah sebab kau dah dilantik!"kata Tao dengan teruja.
"Terima kasih,"Lily tersenyum. Tao membalas senyumnya.
"Kau gembira tak masa kau kena lantik dulu?"tanya Lily.
"Hmm...50-50 maybe,"kata Tao.
"Kenapa 50-50?"tanya Lily.
"Jadi pengawas ni susah. Kau kena kawal beratus-ratus orang pelajar dalam satu rumah. Kalau ada kecemasan, kaulah orang pertama yang akan dipanggil untuk mengawal,"kata Tao. "Masa kalut lagi pula tu."
"Tapi taklah sesusah manapun,"kata Lily. "Yang penting, aku ni rajin. Bukan macam kau, pemalas."
Tao tersenyum sinis. Lantas tangannya mencubit kuat lengan gadis itu.
"Sakitlah!"Lily menampar kuat lengan Tao.
"Buktikan yang kau tu rajin,"kata Tao.
"Tak payahlah...er nanti riak pula,"kata Lily.
"Hehe...yalah. Aku pergi dulu,"kata Tao sambil membawa penyapu terbang barunya.
Lily melambai ke arah Tao. Tao membalas lambaiannya itu.
YOU ARE READING
(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]
Fanfiction[Completed] [Vol. 1] Tahun Pertama Lily Marmalade tidak mengetahui tentang statusnya sebagai seorang ahli sihir berdarah kacukan. Sekeping surat yang diterima dari sekolah sihir Hogwarts telah mengubah hidupnya. [Vol. 2] Bilik Rahsia Pembukaan semul...