DDH 1: Sembilan Tiga Suku

852 76 2
                                    

[Lily's POV]

Ketika aku sedang menikmati aiskrim coklat yang dibeli dari kedai Florean Fortescue, Hagrid tiba-tiba bersuara sehingga membuatkan hasrat aku untuk menghabiskan aiskrim itu terbantut.

"Kamu akan ke Stesen King Cross di London nanti. Saya harap kamu dapat masuk ke platfrom 9 3/4,"kata Hagrid.

"Platform 9 3/4?"tanyaku dengan hati yang penuh hairan.

"Ya...platform itu khas untuk Hogwarts sahaja,"kata Hagrid lagi.

"Macam mana saya nak ke situ?"tanya aku lagi apabila burung hantu aku yang bernama Jackson itu terus merenung ke arahku dengan pandangan ingin tahu.

"Tembus melalui dinding platform 9 dan 10."

Aku mula takut.

"T-tembus dinding,"mataku kian membulat.

Hagrid hanya ketawa kecil sambil mendukung Fang yang sudah tertidur kerana terlalu banyak berjalan hari ini. Kesian anjing ni.

"Dinding itu sudah disihir jadi kamu tak payah risaulah."

Aku mengurut dada tanda lega sambil membawa banyak barangan yang dibeli dari Diagon Alley pada pagi itu.

"Memandangkan kamu akan ke sana pada hari ini. Apa kata saya pergi ke rumah kamu dahulu untuk mengambil semua barang-barang kamu,"sekeping tiket diberikan kepadaku sehingga membuatkan aku tercengang.

Hari ini? Pukul 9:30 pagi? Asal awal sangat aku ke Hogwarts ni?

"Perjalanan ke sana mengambil masa 9 jam. Jadi bersedialah,"kata Hagrid lalu pergi bersama payung yang dipegangnya.

Aku hanya tercegat di kawasan lapang Diagon Alley itu sambil memerhatikan tiket yang masih dipegang dengan kemas. Aiskrim yang mula mencair itu aku habiskan dengan segera.

Mungkin jawapan kepada misteri kehilangan ibu bapa aku akan terjawab seandainya aku bersekolah di situ. Mungkin!

~~~

Sesampainya di Stesen King Cross London, aku terus menolak troli menuju ke platform 9 dan 10. Aku ternampak tiang platform yang terpacak kemas di situ sambil troli terus ditolak.

Baru sahaja aku menghampiri dinding itu, seorang lelaki berambut pendek berwarna hitam sedang menghalang laluanku bersama seorang lagi sahabatnya yang berambut blonde.

"Sorry men first,"kata lelaki rambut hitam jet itu dengan angkuh.

Aku menggetap bibir menahan marah sambil kaki dihentakkan di atas lantai.

"Ladies first you b*tch!"marahku.

"Wah, kecil-kecil lagi dah pandai mencarut ya?"kata rakannya yang berambut blonde itu dengan sinis.

"Kau dua yang rebut tempat aku. Aku yang sampai sinilah!"aku memutarkan bebola mataku lalu masuk menembusi ke dalam dinding itu.

Sesampainya di dalam kawasan Stesen Hogwarts Express, aku melihat begitu ramai pelajar yang berkumpul sambil mengucapkan selamat tinggal kepada semua ahli keluarga masing-masing.

Aku? Tidak ada ahli keluarga langsung! Yang ada cuma ibu saudara dan sepupu sahaja yang langsung tidak menghiraukan kewujudan aku di dunia ini.

Sedih.

"Are you muggles?"suara lelaki yang berambut hitam jet itu tadi menganggu koklea.

Aku segera berpaling lalu menggulingkan mataku.

"Nope. My dad is a pureblood meanwhile my mom is a muggle. Both of them are disappearing until now. Sad right?"kataku.

Itupun aku baru je tau segala isi cerita tu daripada Hagrid tadi tentang bagaimana ibu bapa aku tiba-tiba boleh hilang lepas setahun aku dilahirkan. Selepas kejadian itu, aku dijaga sekejap oleh seorang Squib yang diamanahkan sendiri oleh Profesor McGonagall sebelum diserahkan kepada Keluarga Plank.

"So touching. Kau tak pernah jumpa ibu bapa kau selama ni?"tanya lelaki berambut blonde itu.

Aku menggeleng. "Tak pernah."

Mereka berdua mengangguk simpati. Kemudian, lelaki yang berambut hitam itu terus menghulurkan tangannya ke arahku.

"Sorry sebab main-mainkan kau tadi. By the way, nama aku Albus Severus Potter."

Aku tersenyum lalu menyambut huluran tangannya.

"Nama aku Violette Vadrika Marmalade."

"Anak kepada penulis terkenal, Adam Marmalade?"sampuk lelaki berambut blonde itu.

Aku mengangguk. Kemudian lelaki itu berdehem.

"Scorpius Hyperion Malfoy. Everybody knows Malfoy from their hair,"Scorpius menunjukkan rambut blondenya yang seolah-olah dibleach.

"Wuh,"aku melopong kagum lalu mengikuti mereka memasukkan semua barangan ke dalam kabin kereta api itu.

"Jom masuk,"Albus mengetuai kami semua lalu masuk ke dalam bahagian penumpan kereta api yang agak sesak itu.

Kami terus berjalan sehinggalah kami terjumpa sebuah petak yang masih mempunyai ruang di situ. Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang duduk sambil merenung ke luar tingkap.

"Rose!"laung Albus kepada budak perempuan itu.

Perempuan berambut merah yang dikenali sebagai Rose itu segera berpaling lalu melambai ke arah Albus. Kemudian, dia memandang ke arah kami sambil melambai dengan penuh mesra.

"Dia sepupu aku,"kata Albus kepada kami.

Aku membalas lambaian gadis itu lalu mengekori Albus dan Scorpius yang duduk di hadapannya. Aku pula duduk di sebelah Rose sambil berkenalan dengannya.

"Hai, Violette Marmalade. Tapi boleh panggil Lily,"kataku secara ringkas.

"Rose Granger-Weasley,"Rose tersenyum.

Pandangan matanya dialihkan ke arah Scorpius yang sibuk memakan coklat dengan lahap sekali.

"Ni siapa Albus?"tanya Rose kepada Albus dengan pandangan yang menghairankan.

"Ouh, Scorpius Malfoy!"Albus menepuk bahu Scorpius.

"Jangan risau, dia okay je,"katanya lagi.

Rose mengangguk sedikit. Apabila kereta api sudah mahu bergerak, kami hanya terus mendiamkan diri sambil melayan kebingitan bunyi enjin kereta api yang semakin kuat itu.


















(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now