Semua orang sudah mula penat kerana menghabiskan masa mereka mencari Adner.
"Profesor, saya rasa Adner sudah ghaib,"kata Tao kepada McGonagall.
"Tapi, bebola cahaya ni bawa kita ke belukar ni,"kata Luhan. "Takkanlah salah kot."
Tao memandang abangnya lalu memegang bahu lelaki itu.
"Alat kau tu dah rosak agaknya,"kata Tao.
"Tak. Aku baru beli benda ni dua minggu yang lalu,"kata Luhan.
Tao mengeluh kasar.
"Mari kita sama-sama cari Adner,"kata McGonagall lalu menyalakan lampu dari tongkat sihirnya.
Luhan menarik adiknya untuk bangun lalu mengikuti mereka mencari Adner.
~~~
"Adner!"kata McGonagall.
"Adner! Adner!"Jimin memanggil nama kawannya berkali-kali.
"ADNER!"jerit Yoongi pula.
"Mana Adner?"kata Jungkook kepada Tao. Tao hanya mengangkat bahunya.
"ADNER!"jerit Lily.
"VENOM ADNER! MANA AWAK!"jeritan Rose membuatkan Chanyeol terkejut.
"Jeritan kau buat aku terkejutlah!"kata Chanyeol sambil memegang dadanya.
Rose memandang Chanyeol dengan wajah yang pelik sekali.
"Kenapa?"tanya Chanyeol.
"Apa benda di belakang kau tu?"Rose mula berpeluh dingin.
"Apa?"tanya Chanyeol yang semakin gelisah.
Rose menunjukkan sesuatu di belakang Chanyeol. Chanyeol menoleh ke belakang lalu terkejut sekali lagi.
"OMMA! CENTAURUS!"jerit Chanyeol lalu lari dari situ.
Rose pun berlari mengekori Chanyeol yang sangat takut dengan makhluk tersebut. Centaurus itu terus memerhati mereka berdua lalu berjalan menuju ke tempatnya.
Tao yang kehairanan terus bertanya kepada Chanyeol yang masih berlari. Tao terus mengejar Chanyeol.
"Chanyeol! Kenapa ni?"Tao menarik tangan Chanyeol.
"Centaurus!"kata Chanyeol.
Tao hanya tercegat di situ dan berpaling ke belakang. Hanya kabus sahaja yang kelihatan di tempat Chanyeol ternampak Centaurus itu tadi.
"Tak ada pun,"kata Tao.
"Marilah!"Chanyeol terus menarik tangan Tao yang masih tercegat di tempatnya.
~~~
Semasa mereka masih mencari Adner, Lily ternampak beberapa bebola cahaya yang kecil di sebuah lorong kecil di sebelah kirinya. Dengan perasaan ingin tahu, Lily terus mengikuti cahaya itu tanpa disedari oleh sesiapun termasuklah kawan baiknya sendiri.
Lily terus berjalan dan mengikuti bebola cahaya itu. Suasana di sekeliling semakin gelap dan menyeramkan. Pokok-pokok yang tinggi menambahkan lagi ketakutan yang menyelubungi dirinya.
Akhirnya, Lily berjaya menemui sebatang pokok yang rendang dan hampir gugur daunnya.
"Pokok ni sama seperti Whomping Willow,"kata Lily.
Lily menghampiri kawasan itu. Tiba-tiba pokok itu mula bertindak ganas dan membuang Lily ke tanah.
"Aduh!"kata Lily.
Kemudian, Lily terdengar bisikan suara yang amat dikenalinya. Lily terus menghampiri kawasan tersebut.
"Macam mana kalau ada sesiapa yang akan tahu?"tanya Sarah.
"Kalau ada yang tahu, bunuh saja mereka tu!"kata lelaki itu.
"Kalau Hogwarts tahu?"tanya Sarah lagi.
"Kau masih ingat dengan janji kau?"kata lelaki itu.
"Hancurkan Hogwarts!"kata Sarah.
"Ya! Betul kata kau!"kata lelaki itu.
Seekor ular yang diberi nama Santini keluar dari jubah lelaki itu lalu mengesan kehadiran seseorang.
Lalu ular itupun bercakap dalam bahasa Parseltongue.
"Ada seseorang yang datang dan perhatikan kita,"kata lelaki itu.
Sarah terus keluar dari lubang pada pokok itu dan ternampak Lily yang mula menjauhkan dirinya.
"Lily Marmalade!"kata Sarah. "Sudah lama aku tunggu kau! Tibalah masanya untuk aku bunuh kau!"
Lily terus mengeluarkan tongkat sihirnya dan menghalakan tongkat itu ke arah Sarah. Sarah pula menggunakan sepenuh tenaganya untuk membuang Lily dan menyebabkan Lily mengerang kesakitan.
Lily bangkit dengan perlahan-lahan sambil berfikir apa yang perlu dilakukan olehnya untuk menandingi roh itu.
YOU ARE READING
(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]
Fanfic[Completed] [Vol. 1] Tahun Pertama Lily Marmalade tidak mengetahui tentang statusnya sebagai seorang ahli sihir berdarah kacukan. Sekeping surat yang diterima dari sekolah sihir Hogwarts telah mengubah hidupnya. [Vol. 2] Bilik Rahsia Pembukaan semul...