DDH 2: Aiskrim

122 13 2
                                    

"Selamat datang ke Florean Fortescue. Boleh saya tahu apa pesanan kamu?"tanya seorang gadis yang bekerja di situ.

"Saya nak aiskrim coklat dan raspberi,"kata Mesut.

"Aiskrim strawberi,"kata Rose.

"Hmm...aiskrim berttie botts?"Tao teragak-agak.

"Aiskrim koko pudina dua ye!"kata Marco.

"Dengan siapa juga yang kau nak kongsi?"tanya Mesut.

"Aku dan James,"kata Marco.

James melambai ke arah Mesut.

"Aku tak perasan pun yang James ikut kita,"kata Mesut.

Bahunya ditumbuk oleh James.

"Kesian aku tau tak?"kata James.

"Yalah yalah,"Mesut menggulingkan matanya.

"Aiskrim blueberry untuk saya dan aiskrim neopolitan untuk Aurora,"kata Albus.

"Lily? Apa yang kau nak?"tanya Mesut kepada Lily.

"Aiskrim Coklat,"kata Lily.

"Baiklah pesanan diterima,"kata gadis itu.

Semasa mereka menunggu aiskrim until disiapkan, mereka ternampak Jungkook yang sedang berlari ke arah mereka sambil memegang senaskhah akhbar Daily Prophet.

"Hei korang!"kata Jungkook.

"Kenapa ni?"tanya Tao.

"Ada berita gembira! Hogwarts dah ada portal dan kita tak akan bersusah payah untuk naik keretapi lagi!"kata Jungkook.

"Really? Syukurlah!"kata Marco.

Jungkook tersenyum girang lalu membaca isi kandungan akhbar tersebut. Tiba-tiba, riak wajahnya berubah.

"Asal?"kata Tao.

"Cis, bukan semua boleh guna!"rungut Jungkook.

"Maksud kau?"tanya Tao lagi.

"Budak-budak macam kita ni tak boleh guna. Apakah bangangnya kementerian sihir ni,"decit Jungkook.

"F*ck,"carut Tao sambil menguiskan kakinya.

Yang lain hanya mampu mengeluh memikirkan nasib mereka.

"Haih harapan palsu,"kata Marco.

"Jangan bersedih brader. Kita harunginya bersama,"kata Mesut sambil bermain dengan gitar yang entah dari mana datangnya.

"Aaaaaaaa~ aaaaaa~ aaaaaa~ aaaaa~"nganga besar Marco dibuatnya sehingga lalat pun termasuk ke dalam mulutnya. "Uhuk! Uhuk!"

Semua ketawa terbahak-bahak sambil menepuk bahu Marco berkali-kali.

~~~

Selepas membayar harga aiskrim yang dibeli, mereka menikmati aiskrim mereka di sebuah tempat duduk yang berdekatan dengan kedai aiskrim tersebut.

"Minggu depan kita dah nak balik Hogwarts dah,"kata Jungkook yang menikmati aiskrim vanilanya.

"Kerja rumah mantera aku belum siap,"kata Tao dengan riak wajah yang tidak menyenangkan.

"Kenapa denga kau ni Ed?"tanya Mesut yang menyedari perubahan riak wajah rakannya.

"Menyesal aku beli aiskrim ni tau tak! Perisa m-m-muntah,"Tao terus meletakkan aiskrim Berttie Botts itu di atas meja dan menahan rasa loya yang berkumpul di tekak.

"Eww...baik kau habiskan je alang-alang,"kata Jungkook.

"Kau ni gila ke? Takkanlah aku nak habiskan pula?"kata Tao.

Tiba-tiba, datang seorang lelaki tua yang kelihatan tak terurus dan memegang aiskrim yang dibeli olehnya.

"Hei, anak muda! Berikan saya aiskrim muntah kamu tu. Saya tak sukalah dengan aiskrim biskut dan krim ni. Itupun kalau kamu nak,"kata lelaki tua itu.

"Macam mana pak cik tau yang saya tak suka dengan aiskrim ni?"tanya Tao.

"Ahh...bagi je! Tak payah nak tanya pula,"getus lelaki tua itu.

Tao terus memberikan aiskrim muntahnya kepada lelaki tua gelandangan itu. Lelaki itu kelihatan berselera memakan aiskrim itu dan berlalu pergi.

"Tak sangka pula ada yang suka dengan aiskrim perisa macam tu,"kata Jungkook sambil menjilat aiskrim yang kian mencair.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now