DDH 2: Perpustakaan

106 11 0
                                    

Keesokan harinya, Lily dan Rose berjalan bersama ke perpustakaan. Semasa mereka memasuki perpustakaan tersebut, mereka ternampak seorang pelajar lelaki Gryffindor sedang menyusun buku-buku di rak buku yang berdekatan dengan kaunter.

"Tumpang tanya, awak pustakawan di sini?"tanya Rose.

Lelaki itu menoleh dan mengangguk.

"Boleh kami pinjam beberapa buah buku di sini?"tanya Lily.

"Boleh,"kata lelaki itu sambil tersenyum.

"Terima kasih,"kata Rose.

"Ya,"kata lelaki itu.

~~~

Semasa mereka memeriksa buku-buku di sebuah rak, Lily ternampak sebuah buku yang mempunyai muka depan yang cantik.

Lily terus membuka buku itu dan sebuah patung Jack In The Box keluar dari muka surat pertama secara tiba-tiba.

"Oh my god!"Lily terkejut lalu membuangnya ke tepi.

Lelaki pustakawan itu datang sambil ketawa.

"Buku tu saya dah jampi sendiri sebelum saya dilantik menjadi pustakawan. Maaflah kalau awak tak suka,"kata lelaki itu.

"Tak apa. Kami okay,"kata Lily yang cuba mengawal dirinya semula.

"Jong Dae!"Luhan memanggil lelaki pustakawan itu.

"Ya aku datang ni!"lelaki yang dikenali sebagai Jong Dae itu terus datang ke arah Luhan.

"Siapa yang datang tu?"tanya Luhan.

"Entahlah, dua orang pelajar perempuan Gryffindor,"kata Jong Dae.

"Apa tujuan mereka datang ke sini?"tanya Luhan sekali lagi.

"Cari buku untuk dipinjam,"kata Jong Dae.

"Oh,"kata Luhan. Apabila matanya tertancap pada Rose dan Lily, lambaian diberikan kepada dua budak perempuan itu.

~~~

"Buku rahsia azimat Marmalade,"Lily membaca satu persatu tajuk buku itu.

"Buku yang awak cari ni baru 10% daripada maklumat sebenar,"kata Luhan.

"Di mana 90% lagi?"tanya Rose.

"Ada di rak buku yang berantai tu. Itupun baru 50%. Kalau kamu nak cari 40% lagi ada di bilik rahsia,"kata Luhan.

"Bilik rahsia?"tanya Lily.

"Bilik milik Salazar Slytherin,"kata Jong Dae.

"A-awak tau tak macam mana ke sana?"tanya Rose.

"Ish apa kau ni?"Lily memukul tangan Rose dengan kuat.

Jong Dae menggeleng.

"Saya tak tau di mana pintu masuk ke sana,"dia terus menghulurkan buku Sejarah Sihir kepada Rose.

Rose terus membelek buku tersebut dan melihat satu lambang keluarga sihir pada satu halaman yang ditemuinya.

"Apa lambang ni?"tanya Rose.

Jong Dae mengangkat kepalanya untuk melihat apa yang ditunjuk oleh gadis itu.

"Lambang keluarga Slytherin,"kata Luhan sambil membaca sebuah buku yang diletakkan di atas mejanya.

"Aku tak sangka Slytherin ada family sendiri, hyung,"gumam Jong Dae.

"Kau je yang tak tau,"desis Luhan.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now