DDH 4: Pemilihan

64 4 0
                                    

Pemilihan peserta bagi Kejohanan Triwizard telah pun bermula. Semua pelajar yang berumur 15 hingga 17 tahun telah berkumpul di Dewan Besar untuk menghantar nama mereka ke dalam piala api.

Tempat itu juga telah dijampi dengan lingkaran putih menyala untuk mengelakkan peserta di bawah umur 15 tahun daripada mengikuti acara tersebut.

"Ke tepi! Berikan laluan!"kata William Gillderose, pelajar lelaki tahun terakhir yang kacak dari Ravenclaw yang tinggi lampai dan berambut kerinting berwarna perang tua itu.

"Hei, itu William!"

Pelajar-pelajar yang lain mula berbisik apabila William cuba memasukkan namanya ke dalam piala api tersebut.

Piala tersebut mengeluarkan percikan api lalu membakar namanya.

Semua pelajar bertepuk tangan.

"William tu bukan calang-calang orangnya,"kata Jongin kepada Albus.

"Yalah. Ayahnya kan menteri,"kata Albus.

Jongin mengangguk.

Seorang pelajar perempuan tahun terakhir dari Hufflepuff masuk ke dalam lingkaran tersebut lalu memasukkan namanya ke dalam piala tersebut. Piala itu juga membakar namanya tanda dia layak mengikuti kejohanan tersebut.

"Kita tengok siapa yang akan menang nanti,"kata Zeenavie Tangs, pelajar perempuan yang berkulit gelap dan berambut panjang tersebut sambil mengenyitkan matanya.

Kenyitan mata Zeenavie membuatkan ramai pelajar lelaki jatuh hati dengannya kecuali Albus dan Jongin yang berasa jijik dengan kenyitan mata tersebut.

"Entah apa yang istimewa sangat dengan kenyitan mata si Tangs tu,"kata Jongin.

"Eww...janggalnya,"kata Albus lalu mengambil gula-gula getah untuk dikunyah.

Masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba, pelajar dari Slytherin mula bersorak apabila ketua pelajar mereka iaitu Rafaela Ramez sudah memunculkan diri untuk memasukkan namanya ke dalam piala api tersebut.

Dia berlari sekuat hati lalu melompat masuk ke dalam lingkaran tersebut dan melompat ke atas untuk memasukkan namanya ke dalam piala api itu.

Kelincahannya membuatkan semua pelajar bersorak kegembiraan. Rafaela pun terus berlari keluar dari lingkaran sambil melambai kepada semua pelajar yang berada di dalam dewan itu.

"Rafaela memang lincah,"Scorpius tiba-tiba muncul.

"Hei, kau dari mana?"tanya Albus kepada Scorpius.

"Tandas,"kata Scorpius.

"Sakit perut kau tu masih belum hilang lagi?"tanya Albus.

Scorpius mengangguk. "Oh, alamak! Benda tu datang lagi! Aku minta diri dulu...tunggu aku tau! Mungkin aku ke Sayap Hospital lepas ni."

Scorpius terus beredar keluar.

"Nampaknya sakit perut dia masih belum pulih,"kata Albus.

"Macam mana dia boleh sakit perut?"tanya Jongin.

"Dia termakan biskut basi,"kata Albus.

"Patutlah,"kata Jongin.

Tiba-tiba, Hayley dan Merula datang sambil membawa kertas yang dilipat. Mereka juga ingin mendaftarkan nama mereka pada kejohanan tersebut.

"Hei, Hayley! Kau tak boleh ikutlah!"jerit Jennie kepada Hayley.

"Suka hati akulah! Aku ada kuasa untuk memohon kepada Kementerian supaya mereka dapat turunkan had umur,"kata Hayley sambil membuat muka sinis. "Aku kan kaya."

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now