Lily, Chanyeol dan Tao berjalan bersama-sama di koridor. Semasa mereka bertiga sibuk berbual, seekor Peeves terbang di atas mereka.
"Cik Marmalade sukakan Encik Huang...Marmalade sayang Huang!"kata Peeves itu.
"Apa yang kau merepek ni!"kata Tao.
"Encik Huang bercinta dengan Cik Marmalade...Encik Huang peluk Cik Marmalade! Mereka akan bertunang dan ber-"belum sempat Peeves itu menghabiskan percakapannya, Tao terus mengeluarkan tongkat saktinya.
"Expelliarmus!"
Peeves itupun terbuang jauh ke bilik yang berhabuk dan dipenuhi dengan sarang labah-labah.
"Aku harap Peeves tu tak cedera,"kata Lily.
"Tak cedera kau kata? Diorang tu memang menjengkelkan tau,"kata Tao.
"Maksud kau?"kata Lily
"Diorang tu suka sangat menghebohkan berita sampai satu sekolah tau,"kata Tao.
Semasa mereka berjalan, mereka terserempak dengan seorang pelajar lelaki tahun ketiga dari rumah Hufflepuff.
"Edi! Awek kau mengamuk tiba-tiba!"kata pelajar lelaki itu.
"Hah?"Lily hairan lalu melihat sekumpulan pelajar perempuan yang rancak berbual dan memandang ke arahnya.
Tao pun datang ke arah kumpulan pelajar perempuan itu.
"Apa isu yang korang bualkan sangat ni?"kata Tao.
"Hei, Edison Huang! Kau dah kecewakan kawan kitorang tau! Senang-senang ya kau nak curang dengan dia pastu bercinta dengan perempuan lain!"kata Merula Snyde, pelajar tahun kedua Slytherin yang berambut pendek dan bermata hijau itu.
"Dengan siapa ni? Bila masa aku curang dengan kawan kau hah? Aku tak pernah pun claim dia tu awek aku,"kata Tao dengan bengang.
"Tu! Kau tak nampak Angela tu?"Merula menuding jarinya ke arah Angela Cho, pelajar tahun pertama Slytherin berambut hitam dan panjang yang duduk sambil menangis di sudut koridor.
"Ouh...kesiannya. Bukan dia yang guna sihir minyak pengasih kat aku ke?"kata Tao.
"APA YOU CAKAP!"kata Angela yang berang dan mengeluarkan tongkat saktinya.
"Expelliarmus!"tongkat sakti Angela tiba-tiba terjatuh.
Angela memandang Lily yang memegang tongkat saktinya dan berundur kerana ketakutan. Tao terus menarik tangan Lily dan berlari sambil dikejar oleh Angela. Chanyeol pula mengekori mereka sambil mengeluarkan tongkatnya.
"Biar dia rasakan macam mana padahnya menjadi seorang lelaki yang tak hormat perempuan langsung!"kata Merula.
~~~~~
Sambil mereka bertiga berlari dengan laju sekali, ramai pelajar yang hairan dan memandang mereka dengan pelik sekali.
Setelah mengharungi banyak halangan, akhirnya mereka bertiga sampai di Hutan Larangan lalu bersembunyi di sebalik belukar.
"Ciee Tao, kau dah ada awek ea?"tanya Lily sambil menahan tawanya.
"Diam ah! Dia bukan awek aku,"Tao menggulingkan matanya.
"Habis tu?"kata Lily.
"Annoying person. Maksud aku, dia cuba nak pikat aku dengan posyen Amortentia,"Tao meniup kukunya.
"Eeee..."gumam Chanyeol.
Suasana menjadi diam untuk seketika.
"Lily?"kata Tao.
"Hm?"kata Lily.
"Kau ada boyfriend ke?"
"Tak ada, kenapa?"
Mata Lily membundar perlahan-lahan.
"Oh...kau nak ngorat aku? Eee...tak naklah!"Lily menepuk kuat bahu Tao.
"Kau ni lesbian ke?"Chanyeol pula mencelah.
PAKK!
Sekali lagi bahu Chanyeol pula ditepuk kuat oleh gadis bertubuh kecil itu. Mereka berdua tertawa sambil membiarkan Lily mencebik merajuk.
"Tak nak kawan,"kata Lily sambil mencebik. Pipinya yang tembam begitu ketara dilihat.
"Gurau-gurau,"kata Chanyeol.
Tao pula menjeling ke arah Lily yang duduk terdiam sambil membiarkan rasa merajuk menguasai diri.
"Aku minta maaf,"kata Tao dengan tersengih.
"Tau pun..."gumam Lily.
"Aku pun,"Chanyeol mengusap belakang tengkuknya.
"Hm,"kata Lily dengan nada malas.
Sengihan Tao masih belum hilang lagi.
Lily mengerlingkan matanya dan terus berdiam. Selepas beberapa lama mereka bersembunyi di belukar tersebut, mereka berdua pun pulang ke asrama sambil berbual dengan rancak sekali.
YOU ARE READING
(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]
Fanfic[Completed] [Vol. 1] Tahun Pertama Lily Marmalade tidak mengetahui tentang statusnya sebagai seorang ahli sihir berdarah kacukan. Sekeping surat yang diterima dari sekolah sihir Hogwarts telah mengubah hidupnya. [Vol. 2] Bilik Rahsia Pembukaan semul...