DDH 4: Tapak Perkuburan

66 5 0
                                    

Sehun menggeliat lalu meletakkan tangannya di atas muka Chanyeol.

"Sehun!"marah Chanyeol.

"Hmmph!"Sehun memggeliat sekali lagi lalu menedang Chanyeol secara tidak sengaja.

"Aduh!"kata Chanyeol. "Sehun, kau cuba nak halau aku dari tilam ni ke?"

"Hmm..."Sehun masih lena dibuai mimpi.

"Bertuah punya budak!"Chanyeol terus bangun dari tilam lalu mengambil bantal serta selimut dan mencari tempat tidur yang baharu.

Tiba-tiba, Tao mengigau.

"Aku dapat ikan trout!"katanya.

Chanyeol melambaikan tangannya pada wajah Tao.

"Mengigau,"kata Chanyeol.

Chanyeol terus tidur di atas sofa yang empuk.

"Selesanya tidur di sini,"Chanyeol terus terlelap.

Sementara itu, Lily yang sedang nyenyak tidur merasakan sesuatu yang kurang menyenangkan. Bau yang sangat busuk itu menerpa mukus hidungnya.

Lily membuka matanya lalu memandang Rose yang sedang tidur di sebelahnya. Gadis itu dibangunkan.

"Weh, kau kentut ke?"tanya Lily sebaik sahaja Rose sudah bangun.

"Huh, aku? Bukan akulah-hegh..."Rose tertidur semula.

"Habis tu?"tanya Lily sendiri.

Pandangan matanya tertancap pada Sehun yang tidur terlentang. Bau-bauan yang masih berlegar di ruangan itu sehingga membuatkan dia ingin termuntah menyebabkan Lily berjalan menghampiri Sehun.

"Hampeh, Stephen yang kentut rupanya!"kata Lily.

Tidak lama kemudian, Lily pengsan di situ akibat bau-bauan yang kurang menyenangkan daripada lelaki berkulit pucat itu.

Muka hensem tapi kuat kentut. Puih.

~~~

Awal pagi lagi mereka bangun lalu mengemas tempat tidur masing-masing.

"Sehun masih tidur mati lagi? "kata Chanyeol lalu memukul bantal pada kepala Sehun.

"Aku pengsan gara-gara dia kentut weh!"luah Lily kepada Chanyeol.

"Hei, apa korang buat ni!"kata Sehun.

"Bangunlah budak!"kata Chanyeol sambil mengepit hidungnya. "Kau kentut banyak sangat ni! Masuk angin ke?"

Sehun pula hanya meregangkan badannya sehingga tangannya terkena mata Chanyeol.

"Aduh!"Chanyeol memegang matanya.

"Hulamak kau okay?"Sehun terus mendapatkan Chanyeol.

"Kau ni kan!"marah Chanyeol.

Sehun ketawa dan terus berlari keluar dari ruang tamu ke halaman rumah. Chanyeol segera mengejar Sehun sepantas kilat.

"Dah macam adik-beradik pula aku tengok diorang ni,"kata Tao.

~~~

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Lily terlihat seekor burung gagak hitam terbang melimpasi mereka.

"Gagak hitam lah,"kata Lily.

"Kawasan ni dekat dengan kuburan,"kata Chanyeol lalu melihat ke arah sebuah tapak perkuburan yang berhampiran dengan mereka.

"Kuburan tu. Kubur tulah yang aku nampak dalam mimpi saya hari tu!"kata Lily.

"Kau pasti? Memang sebijik ke?"tanya Rose.

Lily mengangguk pantas. Lily terus berlari ke arah tapak perkuburan itu tetapi dihalang oleh Tao.

"Lebih baik kau tak payah pergi,"kata Tao.

Lily mengeluh lalu meneruskan perjalanan.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now