DDH 1: First Wand

880 79 4
                                    

Jubah yang baru sahaja dibeli itu disendengkan pada bahu sambil hoodie berwarna kuning marigold yang dipakainya kini diikat di pinggang. Setelah mengharungi lautan manusia yang begitu sesak itu, akhirnya Lily dan Hagrid sampai di pintu hadapan Kedai Tongkat Sihir Ollivanders.

"Saya mahu beli burung hantu untuk kamu di Emporium Eeylops dulu. Kamu pergilah masuk,"kata Hagrid kepada Lily.

Lily hanya mengangguk sambil melambai ke arah lelaki gergasi itu. Pintu dibuka sehingga wind chimes yang digantung di atasnya berdenting. Alunan bunyi yang indah itu menghiasi keheningan di dalam kedai itu.

Ketika Lily menutup semula pintu kedai itu, pandangannya tertancap pada figura seorang lelaki yang bertubuh tinggi lebih kurang 5 kaki dan 10 inci sedang berdiri membelakanginya.

"Rambut perang, tubuh tinggi...ni mesti hensem ni,"gumam Lily sambil memakai semula hoodienya.

Tidak lama kemudian, lelaki itu berpaling sehingga mata mereka bertembung. Lily agak terkejut sedikit sambil mengurut dadanya.

"S-salam perkenalan,"tangan gadis itu dihulurkan ke arahnya.

Tiba-tiba sahaja, lelaki itu tergelak sambil menayangkan gigi arnabnya. Sapaan yang agak canggung daripada Lily dibalas dengan manis.

"Hai, saya Charles Jeon Jungkook,"kata Jungkook sambil tersenyum.

"Hai...er, Violette Marmalade,"senyuman janggal masih diukir pada bibirnya.

"Nice name,"Jungkook tergelak kecil sambil meleraikan tangannya.

"Awak datang ke sini sebab nak beli tongkat ke?"tanya Lily lagi sambil berdiri di sebelahnya.

"Of course, fyi my wand is broken so I have to buy another new one,"Jungkook menayangkan tongkatnya yang patah itu kepada Lily.

"Ouh...sorry to hear that. Tentu awak terpaksa habiskan beberapa Galleon bukan?"

Jungkook tergelak sinis sambil meletakkan tongkatnya di atas kaunter itu. Kedua belah tangannya diseluk ke dalam poket jeans.

"Tak perlu nak risau. Lagipun encik Ollivander selalu berikan tongkat percuma kepada semua pelajar Hogwarts buat kali kedua,"katanya dengan nada yang agak yakin.

Lily melopongkan sedikit mulutnya sambil sebelah alis diangkat. Jari diketuk di atas meja kaunter itu apabila seorang lelaki tua datang sambil membawa sekotak tongkat kepada Jungkook.

"Ini untuk kamu. Oak wood with dragon heartstring core 12' and flexible,"kata lelaki tua itu sambil bungkusan itu disambut oleh Jungkook.

"Terima kasih,"Jungkook menundukkan kepalanya lalu keluar dari situ dengan hati yang girang.

Lily terus memerhatikan pergerakan lelaki itu sehinggalah pintu kedai ditutup. Wind chimes yang digantung berbunyi dengan irama yang tidak menentu.

"Kamu tentu Violette Marmalade kan?"suara lelaki tua itu membuatkan Lily segera memusingkan kepalanya ke hadapan semula.

"Y-ya,"jubah yang disendeng pada bahu diturunkan ke lengan sambil gadis itu mengangguk laju.

Lelaki tua itu tersenyum lalu memberikan sekotak tongkat kepadanya.

"Saya Garrick Ollivander. Pemilik kedai ini. Cuba dulu tongkat ni,"sebatang tongkat berkayu Cherrywood diberikan kepada Lily.

Lily memegang tongkat itu dengan perlahan-lahan.

"Cuba kamu hayunkan ke arah pasu tu,"kata Ollivander lagi.

Tongkat cherrywood itu dihayunkan ke arah pasu-pasu kaca yang disusun di atas kabinet sehingga hancur berkecai.

"Hm, tak sesuai,"Ollivander turun ke bawah lalu mencari sesuatu di dalamnya.

Kemudian, lelaki itu berdiri semula lalu memberikan sekotak tongkat lain kepada Lily.

"Cuba yang ini,"tongkat kayu Spruce diberikan kepadanya.

Lily hanya mengangguk lalu menghayunkan tongkat itu ke arah kotak-kotak yang disusun di atas Ollivander sehingga jatuh ke bawah. Nasib baik tidak terkena kepala lelaki tua itu.

"Tak sesuai,"Ollivander mengambil semula tongkat itu lalu berfikir sejenak.

"Tunggu sekejap,"Ollivander berjalan ke arah ruang yang menempatkan  banyak kotak di dalamnya yang tersusun secara berlonggok.

Sebuah kotak dikeluarkan daripada longgokan itu lalu dibawa keluar dari ruangan tersebut untuk diberikan kepada Lily.

"Cuba yang ini pula,"kotak itu dibuka lalu menampakkan sebatang tongkat yang begitu halus ukirannya dan digilap sehingga berkilau.

"Tongkat apa ni?"tanya Lily setelah lama mendiamkan diri.

"Laurel wood with unicorn feather core 11'. Tongkat ini sangat bagus,"kata Ollivander dengan ringkas.

Mendengar sahaja kata-kata Ollivander itu membuatkan Lily kagum. Lantas tongkat itu diambil lalu dibelek seketika.

Terasa seperti sesuatu aura datang menyelubunginya. Aura itu bagaikan cahaya yang penuh dengan keyakinan tinggi sehingga membuatkan perasaan yakin itu menari-nari dalam mindanya.

"Rasanya tongkat itu memilih kamu sebagai tuannya,"kata Ollivander lagi sambil memautkan sendiri kedua belah tangannya.

"Tongkat pilih saya?"tanya Lily yang agak hairan.

"Ya, tongkat pilih kamu sebagai tuannya. Bukan kamu yang pilih tongkat itu sebagai tuan kepadanya,"jelas Ollivander.

Lily mengangguk faham sekali lagi lalu membayar harga tongkat itu. Setelah mengucapkan terima kasih, Lily keluar dari kedai itu apabila Hagrid sudah sampai bersama sangkar burung hantu yang berada di tangannya.

"Hai Lily! Macam mana dengan tongkat kamu?"tanya Hagrid.

Lily mengangkat ibu jarinya sebagai tanda tongkatnya selesai dibeli.

Kemudian, mereka berdua berjalan bersama menuju ke sebuah kedai yang terletak tidak jauh dari situ.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now