"Kejohanan Quidditch tahun ni dibatalkan,"kata Mesut.
"Apa?"kata Sehun.
"Alah..."kata Chanyeol.
Semua pelajar di dalam asrama tersebut juga kecewa.
"Tahun ni kan ada Triwizard,"kata Mesut. "Sebab tulah Quidditch dibatalkan."
Semua pelajar mengeluh.
"Eh, tapi hari ni kelayakan perserta Triwizard kan?"kata Stuart.
"Yalah!"
"Wah!"
"Tak sabarnya!"
Chanyeol memandang Mesut.
"Aku rasa mungkin kau yang akan terpilih,"kata Chanyeol.
"Eh, taklah,"kata Mesut sambil tersengih. "Kau tu yang patut terpilih."
Chanyeol memandang Mesut dengan pandangan yang berbinar.
"Kalau aku yang terpilih, aku tak boleh buat,"kata Chanyeol.
"Kenapa?"kata Mesut.
"Entahlah. Keyakinan aku sudah hilang,"kata Chanyeol.
"Richard!"kata Mesut lalu memegang bahu Chanyeol. "Kau mesti yakin...biarlah apa orang cakap pasal kau. Yang penting kau yakin yang kau boleh hadapi semua cabaran semasa Triwizard nanti."
Chanyeol mengeluh.
~~~
Dewan Besar
McGonagall berdiri di tempat ucapan untuk mengumumkan peserta yang terpilih dalam Triwizard.
"Selamat malam semua pelajar Hogwarts,"kata McGonagall.
"Hari ini...malam ini, kita akan menyaksikan pelajar dari setiap rumah iaitu Gryffindor, Slytherin, Ravenclaw dan Hufflepuff yang terpilih dalam Triwizard yang akan bermula pada minggu hadapan sehinggalah bulan Mei tahun hadapan,"kata McGonagall lagi.
Semua pelajar bertepuk tangan.
"Maksudnya, kita akan ada Triwizard selama setahun,"kata Marco kepada Mesut.
Mesut mengangguk.
"Di hadapan saya ada sebuah piala api, piala ini akan menentukan siapakah yang akan terpilih untuk Triwizard nanti,"kata McGonagall.
Piala api tersebut mula menyala dan bertukar warna menjadi biru terang. Suasana menjadi gelap dan semua pelajar mula diam.
Sekeping kertas keluar dari piala tersebut dan terbang menuju ke tempat McGonagall. McGonagall membuka lipatan kertas tersebut lalu memanggil peserta yang pertama.
"Zeenavie Tangs!"
Semua pelajar Hufflepuff bersorak gembira.
Sekeping lagi kertas keluar dari piala tersebut dan menuju ke tempat McGonagall. McGonagall membuka lipatan kertas tersebut.
"William Gillderose!"
Semua pelajar Ravenclaw bersorak gembira. Suasana di dalam dewan senyap sekali lagi.
"Inilah saat yang dinantikan!"kata Sehun sambil teruja. "Uhui! Manalah tau kalau aku yang terpilih."
Pelajar-pelajar Gryffindor yang lain memandang Sehun dengan pandangan yang menjengkelkan.
"Bukan juga kau yang terpilih,"kata Ariana.
Sekeping kertas keluar dari piala tersebut lalu terbang menuju ke McGonagall.
Debaran semakin dirasai oleh Gryffindor kerana tidak sabar untuk menyaksikan siapakah yang akan terpilih untuk Triwizard nanti.
"Richard Park Chanyeol!"kata McGonagall.
Semua pelajar bersorak gembira apabila Chanyeol terpilih dalam Triwizard. Chanyeol seakan-akan tidak percaya dengan apa yang terjadi.
"Tahniah abang!"kata Chaeyoung.
Chanyeol masih tergamam.
"Chanyeol, lakukan yang terbaik demi Gryffindor!"kata Mesut.
"Tahniah Chanyeol!"Tao bersalam dengan Chanyeol.
"Terima kasih,"Chanyeol tersenyum.
"Tahniah Chanyeol!"Sehun terus memeluk Chanyeol.
Sekeping kertas yang terakhir terbang ke arah McGonagall. McGonagall terus membuka lipatan kertas yang terakhir itu.
"Rafaela Ramez!"kata McGonagall.
Semua pelajar Slytherin bersorak gembira kerana ketua murid mereka terpilih untuk menyertai Triwizard itu.
Piala api itu terus berhenti menyala menandakan pemilihan telah berakhir. Semua pelajar beredar keluar dari Dewan Besar dan pulang ke asrama masing-masing.
~~~
Di ruang utama asrama Gryffindor, Chanyeol sedang duduk menghadap unggun api sambil menghirup secawan coklat panas.
Lily yang melihat Chanyeol itu terus turun dari bilik lalu datang menghampiri Chanyeol.
"Chanyeol?"kata Lily.
Chanyeol menoleh.
"Eh, Lily!"kata Chanyeol. "Duduklah"
Chanyeol memberi ruang untuk Lily duduk dan memberikan Lily secawan lagi coklat panas.
"Bila kau buat ni?"tanya Lily.
"Tadi,"kata Chanyeol. "Aku ingat aku nak buat minuman untuk aku saja tapi sebab kau datang, aku bagilah secawan lagi tu untuk kau."
Lily tersenyum. "Kau baiklah."
"Sebenarnya, aku tengah depression ni,"kata Chanyeol. "Kalau umur aku sekarang 18 tahun, tentu aku dah minum sebotol soju ataupun wine."
"Chanyeol, kau tak boleh minum arak!"kata Lily yang risau dengan keadaan Chanyeol. "Itu boleh bahayakan kesihatan kau."
"Aku tahu tapi kadang-kadang hati aku ni kosong,"kata Chanyeol. "Entah kenapa tahun ini tahun yang paling menyedihkan untuk aku."
Air muka Lily mula menjadi risau.
"Chanyeol,"kata Lily yang terus meletakkan jari telunjuknya pada dahi Chanyeol.
Chanyeol tersenyum. "Tao tak marah ke?"
Lily menggeleng sambil tergelak kecil. "Taklah. Kami tak serius mana pun."
"Lebih baik kau pergi tidur,"kata Chanyeol.
"Minuman ni?"kata Lily.
"Bawalah,"kata Chanyeol.
Lily tersenyum lalu berjalan menaiki tangga menuju ke biliknya.
YOU ARE READING
(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]
Fanfiction[Completed] [Vol. 1] Tahun Pertama Lily Marmalade tidak mengetahui tentang statusnya sebagai seorang ahli sihir berdarah kacukan. Sekeping surat yang diterima dari sekolah sihir Hogwarts telah mengubah hidupnya. [Vol. 2] Bilik Rahsia Pembukaan semul...