DDH 4: Rancangan Sabotaj

153 5 6
                                    

Mereka kembali ke tempat pertandingan bersama mayat Rafaela. Semua orang bersorak gembira tetapi mereka tidak mengetahui apa yang terjadi terhadap mereka.

Tiba-tiba, Rodrigo menjerit lalu menangis sehingga membuatkan suasana di tempat tersebut bertukar diam.

"Anak saya!"jerit Rodrigo.

Valentino terus berdiri apabila terdengar jeritan ayahnya. Dia mula berasa tidak sedap hati.

"Anak saya sudah tiada!"Rodrigo terus mendapatkan mayat Rafaela yang terbujur kaku itu.

Valentino segera turun ke arah mayat kakaknya lalu meraung sekuat hati.

"Kakak!"tangisan Valentino itu membuatkan semua orang berasa sedih.

Chanyeol dan Lily juga menangis kerana mereka tidak dapat menyelamatkan rakan mereka. Harry, McGonagall dan Keiling datang menuju ke arah mereka.

"Profesor, ini bukan salah saya,"kata Chanyeol sambil menangis.

"Kamu tak bersalah dalam hal ini,"kata McGonagall kepada Chanyeol. Lalu dia terpandang Lily.

"Bagaimana kamu boleh ada bersama mereka, Lily?"tanya McGonagall kepada Lily.

"Saya bermimpi profesor...dan mimpi itu membawa petunjuk yang tidak baik,"kata Lily. "Kalau saya tidak ada petunjuk mimpi tersebut, tentu mereka berdua sudah terbunuh."

"Kamu memang hebat, Marmalade,"kata Harry. "Saya nampak kamu tergesa-gesa mencari barang untuk dijadikan sebagai Portkey. Saya juga mendapatkan petunjuk tentang mimpi kamu itu."

"Betulkah profesor Potter?"tanya Lily.

Harry mengangguk.

"Sudahlah,"kata McGonagall. "Encik Rodrigo, tenangkan diri awak."

Rodrigo cuba menenangkan dirinya namun gagal. Keiling dan Harry memeluk Rodrigo dan Valentino sebagai tanda memberi semangat kepada mereka.

Suasana yang meriah bertukar menjadi tragedi yang menyayat hati kerana Hogwarts telah kehilangan seorang pelajar yang berpotensi menjadi ahli sihir yang terhebat sepanjang zaman.

~~~

Lily berjumpa dengan McGonagall di pejabatnya. Dia duduk lalu melihat McGonagall yang sibuk membaca.

Lily cuba berdehem.

"Emm...profesor,"kata Lily. "Saya nak cakap sesuatu."

McGonagall memandang Lily sambil tersenyum.

"Teruskan,"kata McGonagall.

"Tentang Kejohanan Triwizard tu,"kata Lily. "Saya rasa ada unsur sabotaj."

McGonagall terdiam seketika. Dia memandang Lily.

"Betul apa yang kamu cakapkan ini?"tanya McGonagall.

Lily mengangguk.

"Daripada insiden Joni menyerang Hogwarts dan piala yang ditukar menjadi Portkey,"kata Lily. "Saya rasa ada unsur sabotaj yang sudah dirancang."

"Oh ya! Saya ada dengar yang Joni mahu daftarkan kamu dalam Triwizard tetapi nasib baik undang-undang Kementerian Sihir sekarang diketatkan,"kata McGonagall.

"Adakah itu semua berkaitan dengan rancangan mereka untuk membunuh saya?"tanya Lily lagi. "Dan...ia melibatkan Venom sekali?"

"Ya,"kata McGonagall. "Sebab itulah saya rasa kamu perlu lebih berhati-hati."

"Baik profesor,"kata Lily.

~~~

"Hari ini, kita akan memperingati pemergian seorang pelajar yang sangat berdedikasi. Perkara ini membuatkan saya berasa sangat sedih kerana Hogwarts telah kehilangan seorang pelajar yang berpotensi menjadi ahli sihir yang terhebat pada masa akan datang. Oleh itu, marilah kita sama-sama berkabung untuk memperingati pemergian Rafaela Ramez,"ucap McGonagall panjang.

Suasana di Dewan Besar dipenuhi dengan tangisan terutama sekali dari rumah Slytherin. Mereka berasa begitu sedih kerana ketua pelajar mereka tidak ada lagi.

"Yang pergi, biarkan mereka pergi. Kita yang hidup ini perlulah meneruskan kehidupan kita,"kata Keiling.

~~~

Lily sedang duduk sambil termenung di tepi tasik. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menampar pipinya. Dia merasakan kehadiran seseorang di sisi.

Lily memandang di sebelah kirinya. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat Tao di sebelahnya.

"Maaf buat kau terkejut,"kata Tao.

"Kau tak marahkan aku?"tanya Lily.

Tao memandang Lily lalu menggeleng sambil ketawa.

"Kau ni!"kata Lily yang terus merajuk.

Tao hanya terus ketawa. Lily memukul bahu Tao.

"Ish, janganlah!"kata Tao.

Lily tersenyum lalu ketawa. Tao juga ketawa. Suasana menjadi begitu ceria tatkala cuaca pada hari ini sangat baik. Mereka menghabiskan masa dengan berbual sementara menunggu musim cuti yang akan tiba.

Tamat

15 November 2019
11:37 p.m.

Tamat re-edit: 12 Oktober 2020 (7:18 pagi)

BERSAMBUNG DI BUKU SETERUSNYA...

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now